5 Januari 2023

RESEPI KUE TEOW KUNGFU RINGKAS GILA

Assalammualaikum & hello there!


Buat surirumah yang dah tak tahu nak masak apa untuk dinner, boleh cuba masak kue teow kungfu yang sangat ringkas gila. Kue teow ni salah satu menu wajib order kalau makan di kedai. Hari ni ada lebihan buat kue teow goreng semalam, jadi mari berkungfukan dia untuk dinner.

Bahan-bahan : 


1 mangkuk kue teow
1 biji telor gred B
1 ketul ayam potong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/4 bawang holland potong memanjang
1 biji lobak merah dipotong memanjang
1 bij babycorn dipotong memanjang
1 batang sawi dipotong
2 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air
1 cawan air putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya :


1. Pecahkan telur ke dalam kue teow dan masukkan secubit garam. Panaskan kuali dan goreng kue teow sehingga garing.


2. Tumiskan bawang putih. Masukkan ayam dan tambahkan air putih. Masukkan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa.


3. Kemudian, boleh masukkan sayur kita tadi tu. Kacau sebati dan tambahkan bancuhan tepung jagung. Kacau bagi sebati dan bila likat tutup api.

4. Curahkan ke atas kue teow tadi. Makan bersama cili potong kicap ataupun sambal kicap.

Selamat mencuba.





5 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!