15 Oktober 2022

Resepi Bakwan Indonesia Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Bakwan Indonesia Yang Sedap Dan Mudah | Aku sebenarnya risau jika PKP dilanjutkan untuk fasa 3. Aku dah kebuntuan idea nak masak dan dah boring tak tahu nak buat apa. Nak jumpa suami pun, suami nun jauh di Port Dickson. 

Kang tak pasal dapat saman PKP RM1000, mana nak cari duit. Tetapi ada kebaikan juga jika PKP dilanjutkan. Walaupun tiada bazar ramadhan dan solat terawih, aku mahu beraya juga di kampung. Nak makan ketupat dan lauk-lauk raya.

Tahu tak apa itu Bakwan? 

Bakwan ni bukannya orang tau, ianya sejenis makanan yang sedap di jamu selera ketika waktu pagi atau petang. Orang Indonesia panggil Bakwan tapi kita panggil jemput-jemput sayur, cucur sayur atau pun nama terkini iaitu welcome-welcome sayur. 

Resepi Bakwan Indonesia Atau Jemput-Jemput Malaysia?

Mudah je nak buat, ada bahan dah ikut langkah di bawah, terbentuklah makanan yang bernama Bakwan. Apa yang perlu korang buat? Ikutilah langkah-langkah dan bahan-bahan yang di bawah untuk membuat resepi bakwan Indonesia.

resepi bakwan

Bahan-bahan untuk membuat bakwan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu tepung beras
  • 4 sudu tepung bestari pedas/original (kalau ada, tak ada tak apa)
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air sejuk
  • 1 1/2 cawan carrot sagat atau potong halus
  • 1 1/2 cawan hirisan kobis
  • 5 tangkai daun bawang
  • 1 labu bawang besar hiris kasar
  • 1 batang lada besar hiris halus

Cara-cara membuat bakwan yang sedap dan mudah : 


Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Sediakan bahan

Korang nak buat resepi bakwan Indonesia ni, kena sediakan bahan yang mencukupi. Kang tengah sedap potong sayur baru tahu tepung tak ada. Sebelum nak memulakan masakan, kena pastikan bahan mencukupi. 

Nanti tak jadi nak masak dan boleh spoil mood tau. Potong sayur-mayur bersesuai dengan keperluan bakwan. Untuk carrot, sagat atau potong halus, kobis di hiris halus, 1 labu bawang besar di hiris kasar dan 1 batang lada merah di hiris halus.


2. Satukan bahan

Mula-mula, masukkan 2 cawan tepung gandum, 1 sudu tepung beras, 4 sudu tepung bestari pedas/original (kalau ada, tak ada tak apa), 1 biji telur, sedikit garam dan sedikit serbuk kunyit ke dalam sebuah bekas. 

Setelah itu, masukkan juga sayur-mayur yang dipotong ke dalam bekas tersebut. Tambah sedikit air sejuk, bagi memudahkan untuk mengadun bahan-bahan yang dicampurkan.

resepi bakwan

 3. Adun Bakwan

Bila dah campurkan air sejuk seperti di atas. Korang boleh aduk-adukkan bahan seperti gambar di bawah. Kacau sampai jadi. Tepung tu jangan terlalu cair atau terlalu pekat. 

Biar jadi sedang-sedang je sebelum nak menggoreng. Pastikan juga perasa dah diletakkan, tak mahu nanti rasa tawar. Biarlah secukup rasa dan sedap di makan.

resepi bakwan


4. Gorengkan.

Macam aku buat jemput-jemput, pastikan minyak betul betul panas sebelum menggoreng. Nanti tak ada lah melekat di kuali. Ambil sedikit demi sedikit, letakkan di dalam minyak yang panas. Rujuk gambar di bawah. 

Nampak cantik je kan? Nak menggoreng tu jangan bagi banyak-banyak, crowded nanti dah tak tahu yang mana masak dulu, atau yang terlebih masak. Lepas dah goreng, jangan lupa angkat dan toskan minyak. 


resepi bakwan




Bahan-bahan untuk membuat sos pencicah :

  •   2 biji lada merah
  •  1 ulas bawang putih
  •  1/2 sudu gula pasir
  •  4 sudu sos cili
  •  4 sudu air panas
  •  atau option lain bubuh cuka makan

Cara-cara membuat sos pencicah: 

Ini pula adalah langkah membuatnya.


1. Tumbuk bagi lumat

2 biji lada merah, 1 ulas bawang putih dan 1/2 gula pasir, 3 bahan ni korang tumbuk guna lesung batu sampai lumat. Kalau tak lumat bolehlah ditapis. Tak sedap nanti banyak lada-lada yang tak ditumbuk lumat. Letak di dalam sebuah bekas tau.

Resepi Bakwan Indonesia


2. Gaulkan bahan

Korang boleh campurkan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas di bahan yang ditumbuk tadi tu. Gaulkan bagi sebati bahan bahan tu. Jangan lupa rasa tau. 


resepi bakwan


Bakwan dah siap goreng, sos pencicah pun dah ada. Kiranya dah cukup dah satu sajian untuk di jamu selera bersama seisi keluarga. Mudahkan nak buat Bakwan dan sos pencicah? 

Akhir Kata

Apa yang kita perlukan cuma sebuah kerajinan untuk melakukannya. Aku pun dah sediakan bahan keperluan bakwan dan dilengkapi dengan langkah-langkah pembuatan. Jadi apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat resepi Bakwan Indonesia yang sedap dan mudah semudah 1, 2 3.


Kredit | Hernee Nazir





2 ulasan:

  1. Sedapnyaaaaa..akak nak buat macam ni la nanti...

    BalasPadam
  2. Sedapnya OM.. nanti nak try laa... dah jemu dah jemput2 kembung, ikan bilis, kentang dan bawang. sekali sekala meriah macam ni mesti sedap.. Yum~

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!