Resepi nasi minyak pengantin ini merupakan salah satu makanan yang akan dihidangkan ketika majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Kiranya jika tiada nasi minyak ini, maka hilanglah seri majlis perkahwinan tersebut, gitu. Tapi, menu ini juga boleh dibuat pada hari-hari biasa malah boleh dijadikan menu makanan di pagi hari raya.
Menarikkan? Bila kita dah bosan dengan menu berbuka yang lain, apa kata kita cuba masak nasi minyak simple, sedap dan mudah? In syaa Allah, pasti terliur disaat menantikan azan berkumandang. Aku sendiri pun dah jadikan nasi minyak dan daging beriani ini sebagai makanan kegemaran.
Sebenarnya, tak perlu pun nasi minyak yang terlalu sudah untuk di masak. Lagi pun, nak makan nasi minyak di kenduri majlis belum tentu kita dapat. Jadi, apa salahnya kita cuba untuk memasak resepi nasi minyak sedap lembut dan daging beriani ini. Tepuk dada, tanya selera.
Resepi Nasi Minyak Simple, Sedap Dan Mudah Untuk Di Makan
Nasi minyak |
Bahan - bahan untuk membuat nasi minyak simple :
Di bawah ini adalah senarai bahan masak yang diperlukan.- 3 cawan beras basmathi
- 1/2 cawan margerin/planta
- 3 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 2 helai daun pandan
- garam secukupnya
- 1 kuib stok ayam
- Pewarna kuning
Bahan - bahan untuk dikisar :
- 6 biji bawang merag
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
Bahan - bahan sebagai hiasan :
- bawang goreng
- daun bawang dihiris
Cara - cara untuk membuat nasi minyak simple :
Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur.
2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!
Bahan - bahan untuk membuat daging beriani :
- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )
- 1/2cawan minyak
- 1 cawan air
- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )
- 2 tangkai daun ketumbar
- sedikit garam
- 2 biji kentang dipotong 4
- sedikit susu cair ( agak2 )
- 2 sudu cili kisar
Bahan - bahan kisar yang diperlukan :
- 7 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 3 labu bawang besar
- 1 1/2 cm halia
daging beriani |
Cara - cara penyediaan daging beriani yang boleh dimakan bersama nasi minyak simple, sedap dan mudah :
Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur.
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.
2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!
AKhir Kata
Itulah dia bahan dan cara untuk membuat resepi nasi minyak simple bersama daging beriani yang boleh kita cuba di rumah. Rasanya tak susah mana kan? In syaa Allah tak berpeluh muka ketika masak menu ni. Hanya perlu campur itu dan campur ini, taraaa dah siap dah menu nasi minyak bersama daging beriani.Bagi ibu ibu yang ada anak kecil, dah tak perlu pening - pening dah. Sebab menu ini tak ambil masa yang lama di dapur untuk membuatnya. Suami dan anak - anak pasti menyukainya dan menyayangi ibu ibu, jangan risau, nak pikat perut suami dan anak - anak, ha tak perlu dah nak cari resepi yang susah, resepi ini dah cukup membantu ibu - ibu untuk membuatnya.
Mudah bukan? Untuk tuan empunya resepi, terima kasih daku ucapkan kerana sudi berkongsi resepi nasi minyak yang simple bersama daging beriani. Terima kasih ye!
Selamat mencuba.
kredit: FB Angah Izan
Thanks for your sharing 😊
BalasPadamSedaonya OM. Ritu cuba buat nasi minyak tak jadi. Haha nasib masa th belom ada group masak apa hari ni tak jadi. Haha
BalasPadamkalau makan nasi beriani ni memang lama tidurnya sebab kekenyangan kesedapan
BalasPadamsedappnyaa
BalasPadamaduh sedap nyer OM.
BalasPadamso far aida x pernah buat nasi minyak gini rupa.
siap ada daging beriani.
hu hu hu hu tetiba terasa mcm gi umah org kawin, OM :) ha ha ha ha...
anyway, tq for sharing ye.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam