5 Februari 2023

Resepi Lontong Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

Cepatnya masa berlalu, hari ni sudah raya ketiga. Ada yang masih beraya ke? Kerajaan sudah umum, kita hanya dibenarkan beraya dan menziarahi saudara-mara hanya pada raya pertama. Jika didapati pada raya kedua dan seterusnya, rumah kita mengadakan aktiviti kunjung mengunjung, tindakan bakal diambil oleh pihak berkuasa.

Jadi, janganlah sengaja mencari masalah ye. Duduk diam-diam di dalam rumah. Eh, ketupat raya masih ada lagi hari ni? Cuba check ketupat raya tu, basi atau tidak? Jika tidak basi, bolehlah ketupat raya itu dijadikan lontong goreng yang lazat. Saya sendiri pun belum pernah merasai lontong goreng, nak juga merasa tapi ketupat raya pula dah basi. Adehh!

Untuk anda yang ingin mencuba resepi nasi briyani ini, sila ikuti langkah demi langkah seperti yang ditunjukkan di bawah dan pastikan anda tidak skip step yang dipaparkan.

Resepi Lontong Goreng Mudah Dan Sedap Untuk Dicuba

Resepi Lontong Goreng


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat lontong goreng :

  • 1 mangkuk nasi impit (dipotong dadu)
  • 25 biji cili kering - jika suka kepedasan boleh ditambah lagi
  • 2 labu bawang merah dikisar halus
  • 4 ulas bwang putih
  • 2 sudu udang kering
  • 100 gram daging/ayam cincang
  • 2 sudu rempah kari
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil sayur campur
  • 1 batang lobak merah - potong bulat jika suka
  • Sedikit kobis bunga dan putik jagung
  • Segenggam taugeh
  • Sedikit kicap manis dan kicap masin
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun sup dan bawang goreng (untuk taburan diatasnya)


Cara-cara untuk membuat lontong goreng :

Sila ikuti langkah dibawah dengan teratur:


1. Tumiskan Bahan

Anda tumiskan dahulu bahan yang dikisar dan 2 sudu rempah kari hingga benar-benar garing dan naik bau. Kemudian, masukkan daging/ayam dan gaul hingga masak.

2. Masukkan Sayur-Sayuran

Bila daging/ayam sudah masak, korang masukkan lobak merah, kobis bunga dan putik jagung. Goreng sayur-sayuran ini sehingga lembut dan masukkan 1 mangkuk kecil sayur campur dan gaul rata.

3. Nasi Impit Dipotong Dadu

Selepas itu, nasi impit yang sudah dipotong dadu, korang masukkan ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati ye. 

4. Letakkan Perasa

Anda masukkan juga kicap masin dan kicap manis, lebih kurang 2-3 sudu, jangan banyak-banyak nanti terlebih masin dan manis pula. Gaulkan rata tau. Jangan tak gaul nanti tak sebati rasa lontong goreng ni, masukkan taugeh dan gaul lagi bagi rata. 

5. Pecahkan Telur

Akhir sekali, lubangkan ditengah-tengah nasi impit dan pecahkan 1 biji telur sambil sesekali dikacau telur supaya masak. Dan gaulkan semua sekali sehingga rata.

6. Siap Sudah Lontong Goreng

Anda bolehlah rasa tahap masin, manis lontong goreng ni dan akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng diatasnya jika suka.

Kesimpulan

Mesti anda dah tertelan air liur kan? Saya rasa resepi lontong goreng ni agak popular di negeri Johor tapi saya sendiri yang berasal dari Johor pun belum pernah buat lagi lontong goreng ni. Nak nak bila buat lontong goreng dengan menggunakan lebihan ketupat raya. Biasanya raya kedua, tetamu dah jarang nak makan ketupat. 

Tapi, jika buang ketupat raya ni dah kira satu pembaziran, jadi tak salah jika kita olah sedikit lebihan makanan untuk dijadikan menu makanan yang sangat lazat. Saya harap kalian boleh mencuba resepi diatas untuk dijamu pada para tetamu. 

Semoga bermanfaat.








6 ulasan:

  1. Tak pernah buat lontong gorwng ni nanti nak try lah

    BalasPadam
  2. sedapnya! Tak pernah makan sebab selalunya ketupat raya habis dimakan haha tapi tengok resipi ni buat lapar pulak

    BalasPadam
  3. Kami kalau ada nasi impit tak habis, kami simpan buat bubur nasi.

    BalasPadam
  4. ni kawan saya orang Johor penah buatkan..
    sendiri tak penah buat lagi. sedap juga =)

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!