Lama jugakan tak pekena mee sizzling? Semenjak PKP & PKPB, kebanyakkan
mall dah tutup bahagian makan kan? 3 bulan juga tak merasa sizzling yee me ni
ditambah lagi dengan bulan puasa, mahu tak mengidam makan sizzling yee mee.
Baca ini juga: Resepi Mee Kolok Sarawak Mudah & Simple
Ko jangan risau, aku tahu citarasa korang di dalam keadaan PKPB ni. Hari ni
aku nak kongsikan resepi mee sizzling tanpa hot plate. Jangan ingat dengan hot
plate je boleh buat resepi mee sizzling ni. Tanpa hot plate pun , dah
confirm menjadi mee sizzling ni.
Resepi Mee Sizzling Sama Macam Di Kedai
Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee sizzling yang mudah dan simple untuk
korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini
dengan teratur ya. Siapa penggemar mee sizzling bolehlah cuba resipi-resipi
ni! Jom baca sampai habis artikel ini.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi mee sizzling:
- 3 keping yee mee kering
- 10 tangkai cili kering di potong besar-besar
- 4-5 biji cendawan shitake dihiris tebal
- 10 biji bawang putih dihiris
- 3 inci halia dihiris halus
- 200 gram isi ayam dipotong kecil
- 4 sudu besar sos tiram
- 1 cawan kicap manis (apa-apa jenis kicap pun ok)
- 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
- 1-2 sudu lada hitam serbuk
- 4 biji telur ayam
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu besar minyak bijan
- 4-5 cawan air
- 2 sudu besar tapung jagung
- 3 tangkai sawi dihiris besar
- Garam secukup rasa
Cara Penyediaan resepi mee sizzling tanpa hot plate:
#1 Tumiskan Bahan
Panaskan minyak masak, tumis bawang ptuih, halia dan cili kering hingga
perang. Masukkan ayam, tumiskan hingga kecut bersama lada hitam tumbuk dan
serbuk lada hitam sehingga ayam kecut. Masukkan cendawan, sos tiram, kicap
manis dan 4 cawan air.
#2 Bancuhkan Air Untuk Pekatkan Kuah
Korang bancuhkan secawan air bersama 2 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah.
Tuangkan ke dalam kuah. Renihkan 2 minit. Perasakan dengan garam, tak perlu
banyak kerana kicap dah cukup masin. Masukkan sesudu minyak bijan.
#3 Pecahkan Telur
Pecahkan telur 4 penjuru berasingan dan jangan kacau kuah, kerana tak mahu
telur pecah dalam kuah. Agak-agak bila telur dah sedikit masak, letakkan yee
mee atas kauh dan terbalikkan mee bila dah kembang dan taburkan sayur sawi.
Biarkan seketika. Siap untuk dihidang sizzling yee mee ni, tanpa hot plate pun
tau, letak je ke dalam pinggan.
Kesimpulan
Korang seronok tak baca resepi mee sizzling mudah dan simple ini. Rasa
mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk
dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak mee
sizzling.
Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua.
Tapi tak dinafikan yang mee sizzling ini sering dinikmati oleh pelbagai
kaum. Makin best kalau dapat makan mee sizzling panas, perghh sedap!
Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee
sizzling ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.
aduhai, terus lapar tengok ni. lama dah tak makan
BalasPadamKami biasa buat kuah dia banyak2, pastu bekukan. Nak makan, amik sebijik mee masukkan dalam kuah beku yang telah dipanaskan. Sedap mee ni.
BalasPadamyes. bagus idea frozen ni.
Padamtq tq han hanni :)
yummy!
BalasPadamsedapnya
BalasPadamkena cuba nih
da beberapa kali aida buat mee ni kat rumah.
BalasPadamterlalu rindu nak makan di food court!
di food court da tak sedap seperti dulu.
kurang rasa. kurang bahan. tapi harga mahal.
tu yg usaha masak sendiri.
boleh la :) ha ha ha ha ha