20 Mac 2025

Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai

Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai

 Buat korang yang tengah plan nak berbuka puasa dengan suasana santai dan tak crowded tapi penuh dengan makanan sedap, nah, ni ada berita best untuk korang! 


GoodHope Hotel Skudai telah pun melangsungkan Buffet Ramadan mereka dari 5 Mac hingga 27 Mac 2025. Dengan berkonsepkan Selera Ramadan, mereka menawarkan lebih dari 100 jenis menu makanan yang boleh korang nikkmati.


Good Hope Hotel Skudai

Nah, inilah masa yang sesuai! Dah ada buffet Ramadan kat area Skudai, so apa lagi? Datang je lah! Tapi ingat, datang makan je tau, nak merayap tempat lain tu boleh tapi lepas berbukalah ye. Paradigm Mall dengan hotel ni pun tak jauh, ada dalam 5 minit je macam tu. 


Syu memang suka gila dengan konsep buffet Ramadan di GoodHope Hotel ni. Kenapa? Sebab kawasan dia selesa, tak crowded dan yang paling penting, parking pun mudah nak cari! Tak payah pening kepala pusing-pusing nak cari spot parking. Selain tu, kemudahan asas macam bilik air dan surau pun tersedia. 


Good Hope Hotel Skudai

Sekarang kita cerita pasal benda paling penting—makanan! Korang tau tak apa yang jadi bintang utama dalam buffet ni? Lauk pauk dia, beb! Fuhh, memang terbaik! Ada ayam masak kompo, ikan goreng berlado yang rangup di luar dan juicy di dalam, sayur kobis, udang lemak nenas dan banyak lagi..


Kalau korang jenis suka makanan goreng-goreng atau yang berkuah, jangan risau, buffet ni memang ada banyak pilihan. Bihun Goreng, Steamboat, Mee Wantan—semua ada! Setiap satu tu dimasak dengan cukup rasa. 


Good Hope Hotel Skudai

Eh, tak lupa juga pada Nasi Ayam! Serius, Syu memang repeat ambik banyak kali sebab ayam dia garing tapi tak liat langsung. Lepas tu sambal nasi ayam dia mmg padu teruk, tapi yang ni memang perfect!


Lepas layan lauk-pauk berat, mestilah kita nak pencuci mulut kan? Walaupun pilihan kuih muih kat sini tak terlalu banyak, tapi serius semua yang ada memang sedap! Kuih muih Melayu dia betul-betul kena dengan selera Syu. 


Good Hope Hotel Skudai


Ada kuih talam, seri muka, kuih lapis, dan beberapa lagi pilihan klasik yang confirm buat kita nostalgia dengan air tangan mak di rumah. Bagi Syu, kalau kuih muih Melayu ada, dessert fancy macam puding dan kek pun tak ada pun takpe!


GoodHope Hotel Skudai


Tapi kalau korang jenis suka dessert moden, jangan risau! Ada juga pilihan macam aiskrim dan snack yang confirm buat anak-anak (dan mak bapak sekali) happy. Dari aiskrim montok sampailah aiskrim panjang, semua ada! Memang meriah gila! Lepas kenyang berbuka, boleh layan aiskrim sambil borak santai dengan keluarga atau kawan-kawan.


Oh ya, pilihan minuman pun pelbagai! Ada air sejuk, air panas, air manis, dan macam-macam lagi. Memang confirm takkan haus. Ada teh tarik kaw, kopi, dan juga air-air sirap bandung, asam boi dan jagung yang menyegarkan. Pendek kata, takkan ada yang balik dengan perut kosong!


Satu lagi benda best tentang GoodHope Hotel ni adalah susun atur meja yang sangat mesra pelanggan. Senang nak ambil makanan tanpa bersesak-sesak. Yang bahagian bakar-bakar seperti Martabak, Satay dan otak-otak pun diletakkan di bahagian tepi supaya orang boleh ambil dengan lebih selesa.


GoodHope Hotel Skudai

Bila tengok gambar-gambar suasana kat sini, confirm korang dah boleh bayangkan macam mana bestnya tempat ni kan? So, apa tunggu lagi?


Harga early bird untuk buffet ni sebenarnya dah mula dijual sejak 13 Februari sampai 1 Mac 2025. But sekarang harga mereka masih rendah berbanding tempat lain. So, kalau nak jimat, boleh ajak kawan-kawan, ahli keluarga, atau saudara-mara pakat beli sekali. Boleh 10 dapat free 1 pax.


Tapi kalau tak sempat grab harga early bird pun takpe, sebab harga standard buffet ni masih lagi mampu milik dan berbaloi dengan pilihan makanan yang ada. Kalau korang berminat, Syu dah siap-siap letak info harga dan tempahan kat bawah ni. 


Jadi, siapa yang tengah mencari lokasi berbuka puasa yang best di Skudai, inilah tempatnya! Confirm puas hati!


⏰ 05 - 27 March 2025

📍No.1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru 81300 Skudai Johor

🤑 RM90 Adult | RM65 Kids | RM75 Warga Emas


Untuk tempahan, boleh hubungi 

075572828 / 0197799467 Ms Katty / 0137757569 En Qurzee


9 Mac 2025

Berbuka Puasa Set Iftar Ramadan di Restoran Bara Stulang – Mesti Masuk Bucket List!

Berbuka Puasa Set Iftar Ramadan di Restoran Bara Stulang – Mesti Masuk Bucket List!

Biasanya, Syu selalu recommend korang untuk berbuka puasa secara buffet, kan? Tapi kali ni, jom cuba sesuatu yang lain daripada biasa, kita berbuka dengan menu set Iftar! Sesekali tukar selera memang seronok, lebih-lebih lagi kalau dapat menikmati makanan yang segar, sedap, dan terhidang panas-panas atas meja.


Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, dan pastinya kita nak berbuka dengan makanan yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memuaskan selera. Kalau sebut makanan set, mesti korang bayangkan ikan bakar, tomyam, seafood segar, dan pelbagai hidangan lain yang menggoda selera. 

Restoran Bara Stulang JB


Bayangkan kepuasan menikmati makanan tanpa perlu beratur panjang atau berebut di meja buffet dan dah tentunya menjadi pengalaman berbuka yang lebih eksklusif dan santai!


Restoran Bara Stulang JB – Pakar Ikan Bakar & Menu Set Iftar


Kalau korang orang Johor atau pernah ke JB, mesti pernah dengar nama Restoran Bara Stulang JB. Restoran ini memang terkenal dengan ikan bakar dan sambal special mereka yang unik dan sedap! Gabungan rasa pedas, manis, dan sedikit masin dalam sambalnya memang buat sesiapa yang mencuba terus jatuh cinta.


Jadi, kalau korang tengah cari tempat berbuka puasa yang sedap, berbaloi dan berkonsep set menu, ini memang destinasi yang wajib masuk dalam bucket list Ramadan korang tahun ni!


Konsep Berbuka Ala Carte di Bara Stulang JB


Masa Syu ke sana haritu, mereka menawarkan pakej berbuka puasa menu set Iftar berdasarkan jumlah pax. Maksudnya, korang boleh pilih set makanan mengikut bilangan orang sama ada berdua, bertiga, atau lebih ramai. 


Yang paling best, korang tak perlu beratur atau bersesak mengambil makanan di meja buffet. Just buat tempahan awal, datang pada waktu berbuka, dan makanan dah siap terhidang di meja. Senang dan lebih eksklusif!


Syu Pilih Set B – Berbaloi atau Tidak?


Untuk pengalaman berbuka puasa kali ni, Syu pilih Set B untuk 4 pax, dan serius portion dia memang puas hati! Dari segi harga dan kesedapan, memang berbaloi. Untuk set iftar Ramadan ni, mereka menyediakan 5 jenis set yang boleh dipilih bergantung pada jumlah pax yang korang ada.

Restoran Bara Stulang JB

Set B (Harga: RM219 sahaja) Mengandungi:

Siakap Bakar Sambal Bara Style
Udang Salted Egg
Sotong Paprik
Lala Buttermik
Tomyam Campur Merah
Sayur Kailan Ikan Masin
Telur Bawang
Nasi Putih x 4

Meja penuh dengan hidangan yang menyelerakan! Kalau korang rasa masih tak cukup, boleh ADD ON menu lain seperti Siput Sedut Masak Lemak, Ketam Nipah masak Cili untuk pengalaman berbuka yang lebih lengkap.


Review & Rating Dari Syu!

🔥 Udang Salted Egg – 🌟🌟🌟🌟🌟 (5/5)
Serius sedap! Isi udang ini sangat segar, disalut dengan sos salted egg yang creamy dan cukup rasa. Memang kalau dapat 12 ekor pun tak cukup weh!

Restoran Bara Stulang JB

🔥 Sotong Paprik – 🌟🌟🌟🌟 (3/5)
Walaupun nampak simple, tapi sotong Paprik ni cukup rasa, lembut dan tak liat. Sesuai dimakan dengan nasi putih panas.

🔥 Tomyam Campur Merah – 🌟🌟🌟🌟 (5/5)
Kalau dapat hirup tomyam panas-panas, memang syok! Syu sendiri pun tak mahu nak makan isi dalam tomyam tu sebabnya kuahnya yang buat Syu nak hirup lagi dan lagi. Tapi overall masih sedap dan cukup rasa.

Restoran Bara Stulang JB

🔥 Siakap Bakar Sambal Bara Style – 🌟🌟🌟🌟🌟 (5/5)
Ikan siakapa ni walaupun dibakar isinya masih lembut! Kuahnya pekat, cukup masam, manis, dan pedas memang kena dengan selera!

🔥 Lala Buttermilk – 🌟🌟🌟🌟🌟 (4/5)
Kombinasi lemak, pedas dan rasa lala yang fresh buat menu ni wajib dicuba! Memang tak rugi kalau pilih set ni.

Free Flow Mini Buffet – Ambil Secara Percuma!


Satu lagi keistimewaan berbuka di Bara Stulang JB ni adalah mereka menyediakan Free Flow Mini Buffet secara percuma! Korang boleh ambil:


Minuman panas & sejuk
Kurma
Bubur manis
Buah potong
Ulam-ulaman
Kuih-muih


Selain itu, ada juga pakej Kekanda & Adinda, yang termasuk air katira dalam set berbuka. Syu dah cuba air katira mereka, dan memang lemak-lemak, tak terlalu manis, just nice! Tak macam sesetengah tempat yang buat air katira terlalu manis sampai boleh potong kaki. Yang ni memang sedap dan menyegarkan!


Restoran Bara Stulang JB




Kesimpulan – Berbaloi atau Tidak?


Secara keseluruhan, pengalaman berbuka puasa di Restoran Bara Stulang JB memang berbaloi, puas hati, dan wajib masuk dalam bucket list Ramadan korang! Dengan konsep set Iftar Ramadan yang lebih eksklusif, hidangan berkualiti, dan servis yang cepat, memang satu pengalaman berbuka yang lain daripada yang lain.


Kalau korang nak cuba sesuatu yang lebih santai dan tidak sesak seperti buffet, inilah tempat yang paling sesuai!


💥 Rating Keseluruhan: 🌟🌟🌟🌟🌟 (5/5)


Jangan lupa buat tempahan awal sebab tempat memang cepat penuh! Siapa dah pernah cuba, confirm nak repeat lagi! 😊


Set Iftar Ramadhan

📍 Restoran Bara Stulang, Johor Bahru
🕖 7:00pm -  9:30pm

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 016 402 0350

20 Februari 2025

Kali Kedua Dapat Job Konten 4 Angka

Kali Kedua Dapat Job Konten 4 Angka

Alhamdulillah ala kulli hal.

Bila ada client approach sambil kata "18 Jan ni free tak?" Mestilah Syu ni seronok, lepastu Syu akan tanya terus ada payment ke? Buat masa sekarang, memang utamakan payment sahaja. Kalau client yang dah kenal lama dan dia kata tak ada payment, Syu layankan juga.

Terus client bagi harga "RMxxxx ni okay tak?" Gila tak okay, 4 angka kot! Syu accept je, lagi pun Syu kat Johor dan job tersebut dekat Genting Highlands. Bila ditolak tambah bahagi darab, masih lagi ada untungnya. Syu pun setuju.

Konten 4 Angka


Ini kali kedua tau, kali pertama adalah job Isuzu DMax Xtrrain dekat Semenyih. Nanti Syu ceritakan juga. Syu pun apa lagi terus call suami kata free ke 18 Jan ni. Dah alang-alang Luth cuti sekolah terus boleh bawa Luth jalan-jalan.

Event ni under Farm Fresh dan Genting Awana Resorts, big brand kan? Syu ni IG pun tak sampai 10K masa tu, geram tau tiba tiba je IG turun dari 10.2K jadi 9800. Dekat 400 followers hilang, rupanya bukan Syu je, kawan-kawan influencer yang lain pun sama. Ada yang sampai turun 3K follower tau, tu disebabkan algorithm IG, terpaksalah akur.

Lagi pun, job ni memang nak kena ada Luth dan suami. Walaupun tak dapat bermalam tapi dah collab dengan big brand macam mereka ni, memang dah bersyukur sangat. Bukan apa, Syu nak pelbagaikan lagi video video konten, dengan cara ni chance untuk dapat job lain jadi tinggi.

Konten 4 Angka


Syu ni pun dah 3 tahun tak bekerja. Kalau Syu ni owner syarikat construction boleh petik jari goyang kaki kat rumah kan. Syu pun sedar, syu ni dilevel yang mana, jadi kena usaha extra to earn my own income.

Tapi, kalau ada client offer harga rendah walaupun RM100 Syu akan amik juga. Lagi lagi kalau konten tu senang. Nak tolak pun sayang, dibuatnya bulan tu tak ada job mana nak cari income kan?

Video untuk job ni pun dah post dah, kalau korang nak tengok pergi je kat IG syu yang dah Syu pinned kan tu. 

Konten 4 Angka

Syu harap lepas ni client lagi nampaklah effort dan nilai sebuah konten. Tak semua benda free, even internet pun kena bayar, capcut pun dari tak bayar sampailah bayar. Nak buat konten ni bukan semata-mata amik video dan upload. Semuanya ada proses.

Kalau masih tak nampak effort untuk buat konten tu, carilah content creator yang lain. Heheheh. Syu harap tahun ni lagi banyak job 4 angka, bukan apa azam tahun ni nak pulun habiskan duit PTPTN dan duit loan kereta. Lagi 1 tahun je loan kereta nak habis.

Lepas tu, dah bebas hutang.



Nota kaki: Tak semua kerja adalah free. Awak pun dah pandai pilih job berbayar ye? 

3 Februari 2025

Makan Ais Kepal Ban Pecah Tanjung Piandang

Makan Ais Kepal Ban Pecah Tanjung Piandang

Minggu lepas, Syu balik kampung di Kuala Kurau Perak. Banyak juga draft nak siapkan, lama kan dah tak menulis. Artikel 2-3 hari ni mungkin yang santai-santai sahaja, bukan SEO entry.

Kampung suami Syu ni memang sangat dekat dengan Pantai Ban Pecah. Kalau naik motor tu, tak sampai 10 minit pun. Betul-betul dekat dengan rumah mertua. Nak jadikan cerita, masa balik kampung tu, Luth tak sihat 3 hari, hari ke empat barulah dia sihat sikit.

Kesian pulak, asyik berkurung dalam rumah. Itu yang bawa Luth jalan-jalan ke Pantai Ban Pecah. Luth ni pantang sihat dan nampak laut, mulalah dia nak mandi laut. Luth ni jenis pula suka pergi kawasan dalam, gigi-gigi air dia tak nak mandi.

Ais Kepal Ban Pecah


Kebetulan pula, kawasan situ memang dalam, tak berani nak lepas dia sorang mandi situ. Kang tak pasal jadi kes lain pula, kan? Lagi pun, kami berdua tak mandi, kalau mandi bolehlah kami berdua pantau. Itu yang kena marah dengan abahnya, terus merajuk tak nak mandi.

Kami sampai pun dah jam 6.20 petang, lepas nampak je Van Ais Kepal Ban Pecah, tak lengah terus Syu beratur. Dahlah, kena beratur panjang ye. Sebenarnya, ais kepal ni dah lama viral, masa hari Raya ada je Syu beli. Cuma baru kali ni, nak menulis dalam blog.


Ais Kepal Ban Pecah


Gambar atas ni menu Ais Kepal Ban Pecah, ada lebih dari 10 jenis. Rambang mata nak pilih tau. Durian ais kepal pun ada, cuma Syu tak pilihlah menu tersebut. Takut tak kena selera dah jadi 1 pembaziran.

Masa yang diambil utk siapkan menu Syu ni around 20 minit, sebelum ni sampai 40 minit ya nak siapkan. Punyalah ramai, untung masa Syu datang ni orang dalam 10 orang je yang beratur.

Syu nak pesan siap-siap, siapa yang boleh tunggu, silakan tunggu. Kalau tak boleh tunggu, jangan beratur. Banyak lagi makanan lain yang boleh korang cuba. Cuma yang ramainya di Ais Kepal ni sahaja.

Ais Kepal Ban Pecah


Actually, Ais Kepal ni makanan yang berasaskan air kisar yang dicampur dengan pelbagai perisa seperti buah-buahan segar, coklat, green tea dan lain-lain. Macam ABC tapi yang ni, aisnya dikepal dan dimasukkan ke dalam bekas, lalu dituangkan dengan perisa dan dihiasi dengan buah-buahan segar.

Syu ingat lagi time PKP, bukan main viral lagi Ais Kepal Milo. Sana sini dok bercerita dengan menu ni. Cuma sekarang, dah beredarnya waktu, jadi ais kepal ni divariasikan lagi dengan pilihan-pilihan perisa yang sedap dan menarik. 

Kami mencuba Mango Mix Strawberry RM11 dan Grape RM10. Sebelum ni dah rasa flavour lain, jadi kali ni kami cuba flavour yang lain pula. Nak tengok juga, sama tak rasa macam sebelum ni. 


Ais Kepal Ban Pecah

Bagi Syu harga tu setimpal dengan ais kepal yang kami dapat. Buah-buahan dalam ais kepal tu semuanya segar-segar. Tak ada yang lembik atau masam, memang nampak ada sorang pekerja potong terus buah-buahan yang elok untuk dihiasi pada ais kepal.

Semua ais kepal akan dapat 1 scope aiskrim, padanlah dengan harga. Buah pun banyak, sedap dan rangup pula tu. Sedaplah, boleh repeat flavour lain bila balik kampung nanti. 

Cuma tulah, bila dah viral ni, jadi lemah nak beratur. Tiber! Untuk yang jenis sabar, boleh tunggu dan beratur, kalau jenis tak sabar tu, jangan beli ya. Dah alang-alang berjalan ke Ban Pecah, jangan lupa singgah di Ais Kepal Ban Pecah ya.



Ais Kepal Ban Pecah 
📍Pantai Ban Pecah 34350 Kuala Kurau Perak 
Waktu Operasi : 4pm - 7.30pm Rabu & Khamis Cuti










14 Disember 2024

Rawat Masalah Ekzema Di Klinik Dr Bazilah

Rawat Masalah Ekzema Di Klinik Dr Bazilah

Syu paling risau bila anak Syu kena masalah kulit, lagi-lagi masalah ekzema. Masalah kulit ni bukan dewasa je boleh kena, kanak-kanak pun boleh berisiko tinggi untuk terkena masalah ekzema. Tapi, ada juga yang mengalami ekzema sepanjang kehidupannya.

Syu pernah juga mengikuti perkembangan anak kepada rakan kerja Syu, di mana anak dia ada mengalami masalah ekzema yang sangat teruk. Kulit anak kawan Syu ni dah jadi kemerahan yang licin, kulit pun dah menggelupas teruk. Lagi sedihnya, hampir 80% badan anak dia kena masalah ni.

Lepas tu, Syu tanya dengan kawan Syu ni, "tak pernah bawa rawatan ke?"

Rupanya, dia memang dah buat rawatan di Klinik Dr Bazilah. Tapi sebelum tu, mehlah kita pelajari sikit apa itu Ekzema, jenis, punca dan cara untuk merawatnya. Biar ibu bapa di luar sana lebih alert dengan masalah seperti ini.

Klinik Dr Bazilah


Apa Itu Ekzema?


Ekzema adalah salah satu penyakit kulit yang biasa dialami oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Ekzema adalah keadaan di mana berlaku keradangan pada permukaan kulit yang disertai dengan bengkak, gatal, ruam merah yang mana adakalanya kelihatan seperti kulit melecur yang berair. 

Ia menyebabkan keradangan, kegatalan, dan kekeringan pada kulit, yang boleh menjejaskan kualiti hidup penghidapnya. Ekzema bukanlah penyakit yang boleh berjangkit, tetapi ia boleh menjadi kronik dan memerlukan pengurusan yang rapi.

Punca Terjadinya Ekzema


Ekzema berlaku apabila lapisan pelindung kulit menjadi lemah, menyebabkan kulit lebih terdedah kepada iritasi dan alergen. Walaupun punca sebenar ekzema belum dapat dipastikan, beberapa faktor utama dipercayai menyumbang kepada keadaan ini, termasuk:

  • Keturunan
  • Infeksi virus
  • Bahan kimia seperti sabun, minyak wangi dan pembersih
  • Boleh terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
  • Lain-lain jangkitan
  • Alahan kepada makanan

Jenis-Jenis Ekzema


Ekzema terdiri daripada pelbagai jenis, dan setiap jenis mempunyai simptom dan faktor pencetus yang berbeza. Berikut adalah jenis-jenis ekzema yang utama:


1. Dermatitis Atopik


Berkait rapat dengan sejarah keluarga yang menghidap alahan seperti asma, hay fever, atau ekzema. Gejala awal biasanya ialah kulit kering, gatal, dan merah. Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan boleh berlanjutan hingga dewasa.


2. Dermatitis Kontak


Terjadi akibat pendedahan kepada bahan perengsa atau alergen seperti sabun, logam (seperti nikel), atau bahan kimia. Kemerahan, kegatalan, lepuh, atau kulit yang bengkak merupakan gejala awal. Biasanya, kawasan yang terdedah kepada perengsa akan terjejas. Biasanya terjejas pada kawasan kulit yang bersentuhan langsung dengan bahan perengsa.


3. Seborrheic Dermatitis


Masalah ekzema ni berkait rapat dengan pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit dan kehadiran kulat seperti Malassezia. Jadi, kulit akan bersisik, kemerahan, dan kegatalan, terutama di kawasan kulit kepala, wajah, dan dada. Penyebab utama berlaku disebabkan pengeluaran sebum berlebihan, kulat, atau perubahan hormon.


4. Dyshidrotic Eczema


Selalunya dikaitkan dengan tekanan, suhu panas, atau berpeluh berlebihan. Penyebabnya terjadi dari tekanan, cuaca panas atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit. Itu yang terhasilnya lepuh kecil berisi air yang muncul pada tangan dan kaki, menyebabkan kegatalan yang teruk.


5. Dermatitis Stasis


Masalah ekzema ini pula berkaitan dengan peredaran darah yang tidak lancar, terutamanya pada kaki disebabkan oleh kegagalan vena atau masalah pembuluh darah. Penyebabnya terjadi disebabkan Masalah peredaran darah, seperti dalam kes vena varikos atau kekurangan vena.

Kawasan Terjejas biasanya terjadi di bahagian kaki, terutama pergelangan kaki dan betis. Gejala biasanya akan menjadi kemerahan, pembengkakan, gatal, dan kulit bersisik di sekitar pergelangan kaki.

6. Ekzema Neurodermatitis (Lichen Simplex Chronicus)


Tidak diketahui sepenuhnya, tetapi boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti cuaca sejuk atau kering. Gejala awal biasanya akan terjadi tompok yang berbentuk duit syiling yang berwarna merah atau coklat, gatal, dan bersisik. Faktor utama terjadi disebabkan oleh keringnya kulit, jangkitan kulit atau faktor persekitaran.


7. Nummular Eczema


Berhubungan dengan tekanan, kebiasaan menggaru kulit yang berterusan, atau keadaan mental yang tidak stabil. Kulit akan menebal, kasar, dan gatal. Biasanya bermula dengan gatal ringan yang menyebabkan penghidap menggaru secara berulang. 


Biasanya di kawasan yang mudah dicapai seperti leher, pergelangan tangan, dan kaki. Ini terjadi disebabkan oleh stres, kebiasaan menggaru, atau kecenderungan untuk berasa tertekan


Dapatkan Rawatan Ekzema di Klinik Dr Bazilah


Berbalik pada masalah kawan anak Syu tu, rupanya dia bawa anak ke Klinik Dr Bazilah. Syu ingatkan Klinik Dr Bazilah ni hanya merawat masalah jerawat, pigmentasi dan fokus kepada wajah. Rupanya, klinik ni klinik kulit estetik yang menyediakan rawatan pemulihan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Klinik Dr Bazilah

Lagi pun, Klinik Dr Bazilah ni sudah diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terdapat 4 cawangan iaitu Kuala Lumpur, Damansara, Bangi dan Shah Alam. Setiap rawatan yang diberikan telah terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan untuk masalah yang berkaitan dermatologi terutama masalah ekzema ni.

Jadi, buat mereka yang tidak tahu mengenai klinik ini, Klinik Dr Bazilah ni sebuah klinik kulit terbaik di kawasan Lembah Klang dan pengamal perubatan di sini bertauliah dan berlesen di bawah KKM. 

Sekiranya, anak anak korang atau korang sendiri mengalami tanda-tanda jangkitan sehingga menyebabkan demam, panas, kulit kemerahan, melepuh dan bernanah atau ekzema, segeralah dapatkan rawatan dengan membuat temujanji di Klinik Dr Bazilah yang berhampiran dengan korang.

Klinik Dr Bazilah

Jadi, untuk sebarang pertanyaan mengenai rawatan dan promosi, boleh terus DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah di talian +6019-6571563 atau boleh layari http://temujanjidrbazilah.wasap.my
 
Syu senaraikan juga 4 cawangan beserta dengan alamat ya, boleh check di bawah: 

1. Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur
(Klinik Kulit/ Aesthetik/ Rambut/ Jerawat/ Jeragat)
Alamat: Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur
Phone: 013-8177005

2. Klinik Dr Bazilah, Damansara
Alamat: R-01-05, EMPORIS, SEKSYEN 3, TAMAN SAINS SELANGOR 1, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Phone: 019-788 8362

3. Klinik Dr Bazilah, Bangi
Alamat: C 10 G, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone: 03-8922 9681 / 0111-5905931

4. Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
Alamat: R-02-01, EMIRA, JALAN AKUATIK A 13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Phone: 013-575 7627




13 Disember 2024

Singgah Beli Roti Kaya Junus Teluk Intan

Singgah Beli Roti Kaya Junus Teluk Intan

Syu balik kampung bulan 9 hari tu, Syu dengan suami lalu highway WCE. Plan nak singgah Teluk Intan, pusing-pusing sekejap sebelum teruskan perjalanan ke Segamat.

Syu sendiri pun tak pernah sampai lagi Teluk Intan. Dah alang-alang lalu jalan belakang, baik singgah kejap. Sebelum ke Menara Condong, kami sembahyang Zuhur dulu di Masjid. Lagi pun, masa tu sampai dalam 2.30 petang.


Hari pula macam nak hujan je, mendung je masa tu. Dah siap solat semua, teruslah ke Menara Condong. Syu ingatkan tinggi, rupanya rendah aja. Tapi cantiklah. Nak mencari parking tu, eh Syu terpandang Roti Kaya Junus.


roti kaya junus


Roti Kaya Junus Teluk Intan

Macam kenal je roti ni, rupanya Syu tengok balik kat Tiktok. Syu dah pernah tengok videonya, cuma berbeza tempat je. Syu tengok Roti Kaya Junus dekat Shah Alam, masa tengok tu dah terdetik, nak beli tapi jauh pulak.


Dah ternampak, teruslah beli. Van Roti Kaya Junus ni betul-betul di kiri jalan Menara Condong. Van ni parking dekat situ je dan takkan berganjak ke tempat lain. Kalau korang parking jauh, kena jalan kaki sikitlah.

Syu memang suka makan roti macam ni, lagi lagi kalau makan macam tu je tanpa kena cicah dengan air. Syu apa lagi terus melaju order roti kaya junus.

Roti Kaya Junus


Rupanya, Roti Kaya Junus ni memang dah beroperasi lebih dari 30 tahun dan Teluk Intan ni tempat mula-mula mereka berniaga. Kalau korang nak tahu, roti kaya ni masak menggunakan dapur kayu api. Tak pakai oven ya. Patutlah lembut semacam je.


Lagilah, kawasan Johor ni payah nak jumpa. Itu yang bila dah terjumpa terus beli banyak. Mula-mula beli 1 bungkus, try makan "Sedapnya! Kenapa lembut ni?"

Itu yang datang balik, beli 1 bungkus lagi untuk makan dekat rumah. Roti dia lembut tau! Tak silap, kaya tu pun mereka buat sendiri.

So ini antara menu yang ada di Roti Kaya Junus:

  • Roti Kaya
  • Roti Kelapa
  • Roti Kacang
  • Roti Benggali

roti kaya junus

Roti Kaya Junus ni tak semua tempat ada. Apa yang Syu tahu, roti ni banyak belah utara dan rnr ke arah utara. So kalau belah Johor ni macam tak pernah jumpa lagi. 

Mungkin ada yang teringin nak makan, kena pergi berjalan di kawasan utara. Hehehehe





11 Disember 2024

Keindahan Bunga Lily dan Simbolisme yang Abadi

Keindahan Bunga Lily dan Simbolisme yang Abadi

Bunga lily, atau lebih dikenali sebagai "lily" dalam bahasa Inggeris, adalah salah satu bunga yang paling dihargai di dunia. Dengan bentuk yang anggun, warna yang memukau, dan aroma yang memikat, bunga ini telah menjadi simbol keindahan, kesucian, dan kehidupan abadi dalam pelbagai budaya dan tradisi. 


Dalam artikel ini, kita akan mendalami dunia bunga lili, menerokai sejarahnya, jenis-jenisnya, simbolisme, serta cara menanam dan menjaga bunga ini. Artikel ini diharapkan dapat memberikan pembaca pemahaman yang lebih mendalam mengenai keunikan bunga lili dan mengapa ia terus menjadi pilihan utama dalam pelbagai acara penting.


Sejarah dan Asal Usul Bunga Lili


Bunga lily telah wujud selama ribuan tahun dan telah menjadi sebahagian penting dalam budaya manusia sejak zaman purba. Sejarah menunjukkan bahawa bunga ini telah digunakan dalam pelbagai upacara keagamaan, seni, dan juga sebagai simbol dalam mitologi.


bunga lily


Baca ini: Bunga Matahari


Asal usul bunga lily dipercayai dari kawasan-kawasan yang beriklim sederhana di Hemisfera Utara, terutamanya di Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Pada zaman Yunani Purba, bunga lili dianggap sebagai bunga yang berkaitan dengan dewi Hera, isteri kepada Zeus. 


Menurut mitos, bunga lili tumbuh daripada susu dewi Hera yang jatuh ke bumi. Di Mesir Purba, bunga lili digunakan dalam upacara keagamaan dan sering dikaitkan dengan kehidupan selepas mati. Dalam budaya Cina dan Jepun, bunga lili melambangkan keindahan dan kesucian.


Jenis-jenis Bunga Lili


Terdapat lebih daripada 100 spesies bunga lili yang tersebar di seluruh dunia, dan setiap spesies mempunyai ciri-ciri unik yang tersendiri. Berikut adalah beberapa jenis bunga lili yang paling popular:


1. Lily Putih (Lilium candidum)

Lily putih adalah simbol kesucian dan keindahan. Bunga ini sering digunakan dalam upacara perkahwinan dan perayaan keagamaan. Warna putihnya yang murni dan bentuknya yang anggun menjadikannya pilihan utama untuk hiasan dalam pelbagai majlis.


2. Tiger Lily (Lilium lancifolium)

Tiger lily dikenali dengan warna oren yang terang dan bintik-bintik hitam pada kelopaknya. Bunga ini melambangkan keberanian dan kekuatan. Tiger lily sering digunakan dalam seni dan reka bentuk kerana coraknya yang unik.


3. Lily Easter (Lilium longiflorum)

Lily Easter, juga dikenali sebagai "lily Paskah", sering digunakan dalam perayaan Paskah. Bunga ini melambangkan kebangkitan dan kehidupan abadi. Ia dikenali dengan bentuknya yang panjang dan kelopak yang besar.


4. Lily Asiatic (Lilium asiaticum)

Lily Asiatic adalah salah satu jenis lily yang paling mudah ditanam dan tahan lasak. Ia datang dalam pelbagai warna termasuk putih, kuning, merah, oren, dan merah jambu. Bunga ini tidak mempunyai bau yang kuat, menjadikannya sesuai untuk dijadikan hiasan dalam rumah.


5. Lily Oriental (Lilium orientalis)

Lily Oriental dikenali dengan bau yang wangi dan kelopak yang besar. Bunga ini sering digunakan dalam gubahan bunga dan hiasan taman. Warna-warna yang biasa ditemui termasuk putih, merah jambu, dan merah.


bunga lily


Simbolisme Bunga Lily


Bunga lili mempunyai makna simbolik yang mendalam dalam pelbagai budaya dan tradisi. Berikut adalah beberapa simbolisme yang dikaitkan dengan bunga lili:


Lily putih, khususnya, sering dikaitkan dengan kesucian dan keindahan. Bunga ini digunakan dalam upacara perkahwinan sebagai simbol cinta yang murni dan tulus. Ia juga sering digunakan dalam upacara keagamaan sebagai lambang kesucian rohani.


Dalam tradisi Kristian, bunga lili sering dikaitkan dengan kebangkitan Kristus dan kehidupan abadi. Lily Easter, yang sering digunakan semasa perayaan Paskah, melambangkan harapan dan kehidupan yang kekal.


Tiger lily melambangkan keberanian dan kekuatan. Bunga ini sering dikaitkan dengan orang yang berani dan mempunyai semangat yang kuat.


Dalam budaya Cina, bunga lili dikaitkan dengan kesuburan dan kelembutan. Ia sering diberikan sebagai hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin sebagai simbol harapan untuk kebahagiaan dan kesuburan dalam perkahwinan.


Cara Menanam dan Menjaga Bunga Lili


Menanam bunga lily adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan, terutamanya apabila bunga ini mula mekar dan menambah kecantikan kepada taman anda. Berikut adalah panduan asas untuk menanam dan menjaga bunga lili:


1. Memilih Tapak Penanaman

Lily memerlukan cahaya matahari penuh atau separa teduh untuk tumbuh dengan baik. Pastikan tapak penanaman mempunyai saliran yang baik kerana lily tidak suka tanah yang terlalu lembap. Tanah yang sedikit berasid hingga neutral adalah yang paling sesuai untuk penanaman lily.


2. Menanam Umbi Lily

Umbi lily biasanya ditanam pada musim luruh atau awal musim bunga. Gali lubang dengan kedalaman kira-kira dua hingga tiga kali tinggi umbi, dan pastikan jarak antara umbi adalah sekitar 30 hingga 40 cm. Letakkan umbi dengan hujung yang tajam menghadap ke atas, kemudian tutup dengan tanah dan padatkan sedikit.


3. Menyiram

Pastikan tanah sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah. Lily memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh dengan baik, terutamanya semasa musim panas. Namun, elakkan menyiram terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan umbi membusuk.


4. Baja

Gunakan baja yang kaya dengan fosforus dan kalium untuk menggalakkan pertumbuhan bunga. Baja organik seperti kompos juga boleh digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah.


5. Mengawal Penyakit dan Perosak

Lily boleh terdedah kepada beberapa penyakit seperti reput umbi dan cendawan. Untuk mengelakkan penyakit, pastikan tapak penanaman mempunyai saliran yang baik dan elakkan kelembapan berlebihan. Perosak seperti siput dan kumbang lily boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga atau dengan memeriksa tanaman secara berkala.


6. Penjagaan Selepas Bunga Mekar

Selepas bunga lily mekar, potong tangkai bunga yang layu untuk menggalakkan pertumbuhan yang sihat. Jangan potong daun sehingga ia menjadi kuning dan mati secara semula jadi kerana daun membantu menyimpan tenaga dalam umbi untuk pertumbuhan musim berikutnya.


Bunga Lily


Kegunaan Bunga Lili dalam Kehidupan Seharian


Selain daripada kecantikan dan simbolismenya, bunga lily juga mempunyai pelbagai kegunaan praktikal dalam kehidupan seharian. Berikut adalah beberapa kegunaan bunga lili:


1. Hiasan

Bunga lili sering digunakan dalam gubahan bunga untuk majlis-majlis khas seperti perkahwinan, pengebumian, dan perayaan. Keanggunan dan pelbagai warna bunga lili menjadikannya pilihan utama untuk menambah keindahan kepada mana-mana acara.


2. Aromaterapi

Lily Oriental, yang dikenali dengan bau yang wangi, sering digunakan dalam minyak wangi dan produk aromaterapi. Bau yang menenangkan ini dapat membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi.


3. Perubatan Tradisional

Dalam perubatan tradisional Cina, beberapa bahagian bunga lily digunakan sebagai ramuan untuk merawat pelbagai penyakit. Umbi lily dikatakan mempunyai sifat penenang dan digunakan untuk merawat insomnia dan batuk.


Kesimpulan


Bunga lili bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga kaya dengan makna simbolik dan kegunaan praktikal. Dari sejarahnya yang panjang hingga kepada pelbagai jenis dan simbolismenya, bunga lili telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan manusia. 


Dengan penjagaan yang betul, bunga ini dapat menambah kecantikan kepada taman anda dan membawa ketenangan kepada kehidupan anda. 


Sama ada digunakan sebagai hiasan, dalam aromaterapi, atau sebagai simbol dalam pelbagai upacara, bunga lili tetap menjadi pilihan utama bagi mereka yang menghargai keindahan dan makna mendalam dalam kehidupan.

10 Disember 2024

Ayam Brand Terus Komitmen Malaysia Lebih Sihat  Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Ayam Brand Terus Komitmen Malaysia Lebih Sihat Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Ayam BrandTM, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggidan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008. 


Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak- kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat. 


Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas. 



ayam brand


Di Klang Valley, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada 6 NGO dengan menyediakan mereka 76,500 hidangan berkhasiat yang juga enak. 


Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar- pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif. 


Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat. 


“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya. 

ayam brand


Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan1 Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3. 


“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat. Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.” 


“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan. Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” tambah Teoh. 

ayam brand


Laporan berita 2 baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara. 


Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah mengalami masalah lebihan berat badan atau obes. 


Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka. 


“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global 4 melaporkan penglihatan kanak- kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun  atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas. Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,” 


Teoh menghurai lanjut. “Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand. Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Hospital Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” kata Cik Gwen Yap, Pengurus Pemasaran Serantau, Hospital Columbia Asia. 


Di Klang Valley, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor , Yayasan Sunbeams Home, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Shelter Home dan Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami.

Sawi: 5 Jenis Dan Cara Untuk Menanamnya

Sawi: 5 Jenis Dan Cara Untuk Menanamnya

Sawi merupakan sayur hijau yang sering digunakan di dalam masakan. Sayur sawi ini banyak terjual di pasar termasuk pasar tani dan pasar malam. Ia juga banyak di tanam di perkarangan rumah dan kebun sayur. 

Pelbagai cara yang boleh korang masak dengan sayur ni. Ada yang masak sayur air, sayur tumis dan juga dijadikan bahan sampingan dalam mee goreng dan sebagainya.


Setiap kali nak masak mee goreng, macam tak lengkap je kalau tiada sayur ini kan. Aku memang tak makan sayur ni, entahlah. Aku tak suka dengan rasa sayur ni, mungkin tekak aku rasa kelat dan tidak pada tekak orang lain. 


Baca sini: Cara Simpan Sayur Tahan Lama


sawi


Jenis-jenis


Sebenarnya, sawi ini juga mempunyai jenisnya dan cara nak memasaknya pun agak berbeza. Jadi, untuk para suami dan juga isteri di luar sana, korang kena tahu jenis sayur ni tau. Perbezaan bentuk dan rasa pun berbeza-beza. Korang kena ambil tahu sebelum beli di pasar atau supermarket.


#1 Kai Choy

Di Malaysia, salah satu jenis sayur yang terkenal ialah Kai Choy, atau sayur sawi pahit. Daun hijau menghiasi batang dari bawah ke atas. Batang mempunyai warna putih kehijauan.


Kai Choy pahit ini biasanya dimasak sebagai perasa tambahan untuk mee goreng, tumis, sup untuk orang berpantang atau dijadikan jeruk.


#2 Choy Sam

Choy Sam, juga dikenali sebagai sayur sawi hijau, mempunyai banyak manfaat. Choy Sam ini mempunyai daun tegak berwarna hijau dan berukuran kira-kira dua puluh hingga dua puluh lima sentimeter. 


Bahagian putih kehijauan batang berkembang ke hujung dan daunnya mengecil. Selalunya, Choy Sam hijau ini dimasak untuk mee goreng atau hidangan sup.


Baca ini juga: Tanam Sayur Kangkung


sawi



#3 Sawi Putih

Sayur ini, seperti namanya menunjukkan, mempunyai banyak warna putih, tetapi tidak sepenuhnya. Satu bahagian batang berwarna putih sahaja. 


Daun berwarna hijau gelap yang melebar dan mengembang. Satu kajian 2016 mendapati bahawa khasiat tumbuhan ini boleh menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 15% dan melembutkan najis.


Baca sini lagi: Kebaikan Kacang Buncis


#4 Pak Choy 


Rakyat Malaysia sering menyukai makanan sampingan seperti sayur Pak Choy, juga dikenali sebagai Pak Choy. Jika anda ingin tahu, ciri-ciri daun Pak Choy termasuk urat putih dan daun hijau tua yang tebal dan melebar. 


Bahagian bawahnya berbentuk bulat dan berwarna putih. Selalunya orang Cina membuat Pak Choy Sos Tiram, tetapi orang Melayu suka menumis.


#5 Choy Sum Fa

Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk membezakan sayur Choy Sum Fa, ia sangat mudah. Bunga berwarna kuning terletak pada bahagian pucuk daun. Ada khasiat dalam bunga, jadi jangan dibuang. Masukkan sekali semasa masak.


Sayur ini juga dikenali sebagai Choy Sum Fa, mempunyai mineral, vitamin B6, A, dan C serta antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh. 


Jangan lupa baca: Aneka Masakan Sayur


Cara Untuk Menanam


Korang boleh cuba menanam sayur sawi ini di rumah dan tekniknya ada pelbagai jenis. Salah satunya, menggunakan teknik nutripot.


Nutripot ini sejenis teknik yang kita bagi baja bersama air semasa melakukan siraman. Siraman ini korang hanya buat 1 minggu 1 kali sahaja bagi pokok yang masih kecil.


Apabila menjangkau usia 3 minggu, barulah korang siram sebanyak 2 kali seminggu. 

Bahan-bahan yang diperlukan:


  • Pasu
  • Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu.
  • Span 
  • Cocopeat 
  • Air baja AB

sawi


Cara-cara untuk menanam:

1. Pertama sekali, korang pilih pasu dan tong yang bersesuaian. Pastikan juga 1/3 daripada pasu masuk ke dalam tong.

2. Korang pastikan mengguna pasu yang mempunyai lubang. Jika tak ada, wajib buat lubang pada dasar pasu.

3. Masukkan pasu tadi tu ke dalam tong, kemudian ukur paras kedalaman pasu yang masuk dalam tong. Nak lagi mudah, tanda dengan marker pen untuk paras tersebut.

4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.

5. Ukur pula tong atau baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.

6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti. Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.

7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium.

sawi

8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong atau baldi.

9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.

10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci. Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS.

11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut.
  • Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5
  • Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8
  • Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0
  • Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5
*Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”

12. Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.

Kesimpulan

Semoga perkongsian tentang jenis dan cara untuk menanam sawi dapat membantu korang semua yang masih keliru dengan jenis jenis tumbuhan dan tak tahu untuk menanamnya. Moga bermanfaat.