25 Jun 2026
19 Jun 2025
Daun Kesum: Khasiat, Nama Saintifik, dan Kandungan Nutrisi
Daun kesum, yang dikenali dengan nama saintifik Polygonum minus, adalah sejenis herba yang sering digunakan dalam masakan tradisional Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.
Daun ini mempunyai aroma yang unik dan rasa yang sedikit pedas serta asam, menjadikannya bahan penting dalam pelbagai hidangan seperti laksa, asam pedas, dan ulam-ulaman. Selain kegunaannya dalam masakan, daun kesum juga dikenali kerana khasiat kesihatannya yang luas.
Artikel ini akan membincangkan secara mendalam tentang nama saintifik, manfaat kesihatan, dan kandungan nutrisi pada daun ini.
.png)
Nama Saintifik dan Pengenalan Botani
Nama saintifik daun ini adalah Polygonum minus dari keluarga Polygonaceae. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama tempatan seperti daun laksa dan daun rau ram di Vietnam.
Tumbuhan ini tumbuh subur di kawasan yang lembap dan beriklim tropika, dan ia boleh dikenali melalui daunnya yang panjang dan runcing, serta baunya yang wangi dan menyegarkan.
Daun ini biasanya tumbuh di sepanjang tebing sungai, parit, atau kawasan yang lembap, dan ia mudah dibiakkan sama ada melalui biji benih atau keratan batang.
Manfaat Kesihatan Daun Kesum
.png)
Kandungan Nutrisi Daun Kesum
Vitamin A dalam daun ini adalah penting untuk kesihatan mata, kulit, dan sistem imun. Vitamin ini membantu dalam menjaga penglihatan yang baik, terutama dalam keadaan cahaya yang rendah, dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pendedahan kepada sinaran ultraviolet.
Daun kesum juga mengandungi vitamin C, yang berfungsi sebagai antioksidan semulajadi dan penting untuk pembentukan kolagen. Kolagen adalah protein yang membantu dalam penyembuhan luka dan mengekalkan keanjalan kulit.
Zat besi adalah mineral penting yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah. Ini membantu dalam pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh, yang sangat penting untuk mengekalkan tahap tenaga dan mengelakkan anemia.
Kandungan serat dalam daun ini membantu dalam penghadaman yang sihat dan mengekalkan kesihatan usus. Serat juga membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dan mengawal kadar gula dalam darah, menjadikannya berguna untuk pesakit diabetes.
Kalsium adalah mineral yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Kandungan kalsium dalam daun ini membantu menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis, terutama dalam kalangan wanita yang berusia.
Cara Menggunakan Daun Kesum
Daun kesum boleh digunakan dalam pelbagai cara dalam diet harian anda. Ia boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dicampur dalam salad, ditambahkan ke dalam masakan seperti laksa, atau digunakan dalam rempah-ratus untuk memberi aroma dan rasa yang unik kepada hidangan.
.png)
Sebagai Hiasan: Daun ini juga boleh digunakan sebagai hiasan dalam hidangan untuk menambah elemen estetika dan aroma yang menyegarkan.
Kesimpulan
Daun kesum ini, dengan nama saintifiknya Polygonum minus, adalah herba yang bukan sahaja menambah rasa pada masakan tetapi juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan.
Dengan kandungan nutrisi yang kaya dan sifat antioksidan, antibakteria, dan anti-inflamasi, daun ini adalah satu anugerah alam yang patut dimanfaatkan sepenuhnya dalam kehidupan harian kita.
Dengan menggunakan daun ini dalam masakan, kita bukan sahaja dapat menikmati hidangan yang lebih lazat, tetapi juga menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.
20 Mac 2025
Buffet Selera Ramadan Di GoodHope Hotel Skudai
Buat korang yang tengah plan nak berbuka puasa dengan suasana santai dan tak crowded tapi penuh dengan makanan sedap, nah, ni ada berita best untuk korang!
GoodHope Hotel Skudai telah pun melangsungkan Buffet Ramadan mereka dari 5 Mac hingga 27 Mac 2025. Dengan berkonsepkan Selera Ramadan, mereka menawarkan lebih dari 100 jenis menu makanan yang boleh korang nikkmati.
Nah, inilah masa yang sesuai! Dah ada buffet Ramadan kat area Skudai, so apa lagi? Datang je lah! Tapi ingat, datang makan je tau, nak merayap tempat lain tu boleh tapi lepas berbukalah ye. Paradigm Mall dengan hotel ni pun tak jauh, ada dalam 5 minit je macam tu.
Syu memang suka gila dengan konsep buffet Ramadan di GoodHope Hotel ni. Kenapa? Sebab kawasan dia selesa, tak crowded dan yang paling penting, parking pun mudah nak cari! Tak payah pening kepala pusing-pusing nak cari spot parking. Selain tu, kemudahan asas macam bilik air dan surau pun tersedia.

Sekarang kita cerita pasal benda paling penting—makanan! Korang tau tak apa yang jadi bintang utama dalam buffet ni? Lauk pauk dia, beb! Fuhh, memang terbaik! Ada ayam masak kompo, ikan goreng berlado yang rangup di luar dan juicy di dalam, sayur kobis, udang lemak nenas dan banyak lagi..
Kalau korang jenis suka makanan goreng-goreng atau yang berkuah, jangan risau, buffet ni memang ada banyak pilihan. Bihun Goreng, Steamboat, Mee Wantan—semua ada! Setiap satu tu dimasak dengan cukup rasa.

Eh, tak lupa juga pada Nasi Ayam! Serius, Syu memang repeat ambik banyak kali sebab ayam dia garing tapi tak liat langsung. Lepas tu sambal nasi ayam dia mmg padu teruk, tapi yang ni memang perfect!
Lepas layan lauk-pauk berat, mestilah kita nak pencuci mulut kan? Walaupun pilihan kuih muih kat sini tak terlalu banyak, tapi serius semua yang ada memang sedap! Kuih muih Melayu dia betul-betul kena dengan selera Syu.

Ada kuih talam, seri muka, kuih lapis, dan beberapa lagi pilihan klasik yang confirm buat kita nostalgia dengan air tangan mak di rumah. Bagi Syu, kalau kuih muih Melayu ada, dessert fancy macam puding dan kek pun tak ada pun takpe!

Tapi kalau korang jenis suka dessert moden, jangan risau! Ada juga pilihan macam aiskrim dan snack yang confirm buat anak-anak (dan mak bapak sekali) happy. Dari aiskrim montok sampailah aiskrim panjang, semua ada! Memang meriah gila! Lepas kenyang berbuka, boleh layan aiskrim sambil borak santai dengan keluarga atau kawan-kawan.
Oh ya, pilihan minuman pun pelbagai! Ada air sejuk, air panas, air manis, dan macam-macam lagi. Memang confirm takkan haus. Ada teh tarik kaw, kopi, dan juga air-air sirap bandung, asam boi dan jagung yang menyegarkan. Pendek kata, takkan ada yang balik dengan perut kosong!
Satu lagi benda best tentang GoodHope Hotel ni adalah susun atur meja yang sangat mesra pelanggan. Senang nak ambil makanan tanpa bersesak-sesak. Yang bahagian bakar-bakar seperti Martabak, Satay dan otak-otak pun diletakkan di bahagian tepi supaya orang boleh ambil dengan lebih selesa.

Bila tengok gambar-gambar suasana kat sini, confirm korang dah boleh bayangkan macam mana bestnya tempat ni kan? So, apa tunggu lagi?
Harga early bird untuk buffet ni sebenarnya dah mula dijual sejak 13 Februari sampai 1 Mac 2025. But sekarang harga mereka masih rendah berbanding tempat lain. So, kalau nak jimat, boleh ajak kawan-kawan, ahli keluarga, atau saudara-mara pakat beli sekali. Boleh 10 dapat free 1 pax.
Tapi kalau tak sempat grab harga early bird pun takpe, sebab harga standard buffet ni masih lagi mampu milik dan berbaloi dengan pilihan makanan yang ada. Kalau korang berminat, Syu dah siap-siap letak info harga dan tempahan kat bawah ni.
Jadi, siapa yang tengah mencari lokasi berbuka puasa yang best di Skudai, inilah tempatnya! Confirm puas hati!
⏰ 05 - 27 March 2025
📍No.1, Jalan Ronggeng 5, Taman Skudai Baru 81300 Skudai Johor
🤑 RM90 Adult | RM65 Kids | RM75 Warga Emas
Untuk tempahan, boleh hubungi
075572828 / 0197799467 Ms Katty / 0137757569 En Qurzee
9 Mac 2025
Berbuka Puasa Set Iftar Ramadan di Restoran Bara Stulang – Mesti Masuk Bucket List!
Biasanya, Syu selalu recommend korang untuk berbuka puasa secara buffet, kan? Tapi kali ni, jom cuba sesuatu yang lain daripada biasa, kita berbuka dengan menu set Iftar! Sesekali tukar selera memang seronok, lebih-lebih lagi kalau dapat menikmati makanan yang segar, sedap, dan terhidang panas-panas atas meja.
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan, dan pastinya kita nak berbuka dengan makanan yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga memuaskan selera. Kalau sebut makanan set, mesti korang bayangkan ikan bakar, tomyam, seafood segar, dan pelbagai hidangan lain yang menggoda selera.

Bayangkan kepuasan menikmati makanan tanpa perlu beratur panjang atau berebut di meja buffet dan dah tentunya menjadi pengalaman berbuka yang lebih eksklusif dan santai!
Restoran Bara Stulang JB – Pakar Ikan Bakar & Menu Set Iftar
Kalau korang orang Johor atau pernah ke JB, mesti pernah dengar nama Restoran Bara Stulang JB. Restoran ini memang terkenal dengan ikan bakar dan sambal special mereka yang unik dan sedap! Gabungan rasa pedas, manis, dan sedikit masin dalam sambalnya memang buat sesiapa yang mencuba terus jatuh cinta.
Jadi, kalau korang tengah cari tempat berbuka puasa yang sedap, berbaloi dan berkonsep set menu, ini memang destinasi yang wajib masuk dalam bucket list Ramadan korang tahun ni!
Konsep Berbuka Ala Carte di Bara Stulang JB
Masa Syu ke sana haritu, mereka menawarkan pakej berbuka puasa menu set Iftar berdasarkan jumlah pax. Maksudnya, korang boleh pilih set makanan mengikut bilangan orang sama ada berdua, bertiga, atau lebih ramai.
Yang paling best, korang tak perlu beratur atau bersesak mengambil makanan di meja buffet. Just buat tempahan awal, datang pada waktu berbuka, dan makanan dah siap terhidang di meja. Senang dan lebih eksklusif!
Syu Pilih Set B – Berbaloi atau Tidak?
Untuk pengalaman berbuka puasa kali ni, Syu pilih Set B untuk 4 pax, dan serius portion dia memang puas hati! Dari segi harga dan kesedapan, memang berbaloi. Untuk set iftar Ramadan ni, mereka menyediakan 5 jenis set yang boleh dipilih bergantung pada jumlah pax yang korang ada.
Set B (Harga: RM219 sahaja) Mengandungi:
Meja penuh dengan hidangan yang menyelerakan! Kalau korang rasa masih tak cukup, boleh ADD ON menu lain seperti Siput Sedut Masak Lemak, Ketam Nipah masak Cili untuk pengalaman berbuka yang lebih lengkap.
Review & Rating Dari Syu!


Free Flow Mini Buffet – Ambil Secara Percuma!
Satu lagi keistimewaan berbuka di Bara Stulang JB ni adalah mereka menyediakan Free Flow Mini Buffet secara percuma! Korang boleh ambil:
Selain itu, ada juga pakej Kekanda & Adinda, yang termasuk air katira dalam set berbuka. Syu dah cuba air katira mereka, dan memang lemak-lemak, tak terlalu manis, just nice! Tak macam sesetengah tempat yang buat air katira terlalu manis sampai boleh potong kaki. Yang ni memang sedap dan menyegarkan!

Kesimpulan – Berbaloi atau Tidak?
Secara keseluruhan, pengalaman berbuka puasa di Restoran Bara Stulang JB memang berbaloi, puas hati, dan wajib masuk dalam bucket list Ramadan korang! Dengan konsep set Iftar Ramadan yang lebih eksklusif, hidangan berkualiti, dan servis yang cepat, memang satu pengalaman berbuka yang lain daripada yang lain.
Kalau korang nak cuba sesuatu yang lebih santai dan tidak sesak seperti buffet, inilah tempat yang paling sesuai!
💥 Rating Keseluruhan: 🌟🌟🌟🌟🌟 (5/5)
Jangan lupa buat tempahan awal sebab tempat memang cepat penuh! Siapa dah pernah cuba, confirm nak repeat lagi! 😊
Set Iftar Ramadhan
📍 Restoran Bara Stulang, Johor Bahru
🕖 7:00pm - 9:30pm
Untuk tempahan dan pertanyaan:
📱 016 402 0350
20 Februari 2025
Kali Kedua Dapat Job Konten 4 Angka
Ini kali kedua tau, kali pertama adalah job Isuzu DMax Xtrrain dekat Semenyih. Nanti Syu ceritakan juga. Syu pun apa lagi terus call suami kata free ke 18 Jan ni. Dah alang-alang Luth cuti sekolah terus boleh bawa Luth jalan-jalan.

Syu ni pun dah 3 tahun tak bekerja. Kalau Syu ni owner syarikat construction boleh petik jari goyang kaki kat rumah kan. Syu pun sedar, syu ni dilevel yang mana, jadi kena usaha extra to earn my own income.
.png)
3 Februari 2025
Makan Ais Kepal Ban Pecah Tanjung Piandang

Kami sampai pun dah jam 6.20 petang, lepas nampak je Van Ais Kepal Ban Pecah, tak lengah terus Syu beratur. Dahlah, kena beratur panjang ye. Sebenarnya, ais kepal ni dah lama viral, masa hari Raya ada je Syu beli. Cuma baru kali ni, nak menulis dalam blog.

Syu nak pesan siap-siap, siapa yang boleh tunggu, silakan tunggu. Kalau tak boleh tunggu, jangan beratur. Banyak lagi makanan lain yang boleh korang cuba. Cuma yang ramainya di Ais Kepal ni sahaja.

Cuma tulah, bila dah viral ni, jadi lemah nak beratur. Tiber! Untuk yang jenis sabar, boleh tunggu dan beratur, kalau jenis tak sabar tu, jangan beli ya. Dah alang-alang berjalan ke Ban Pecah, jangan lupa singgah di Ais Kepal Ban Pecah ya.
14 Disember 2024
Rawat Masalah Ekzema Di Klinik Dr Bazilah
Apa Itu Ekzema?
Punca Terjadinya Ekzema
- Keturunan
- Infeksi virus
- Bahan kimia seperti sabun, minyak wangi dan pembersih
- Boleh terjadi pada kulit kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar
- Lain-lain jangkitan
- Alahan kepada makanan
Jenis-Jenis Ekzema
Ekzema terdiri daripada pelbagai jenis, dan setiap jenis mempunyai simptom dan faktor pencetus yang berbeza. Berikut adalah jenis-jenis ekzema yang utama:
1. Dermatitis Atopik
Berkait rapat dengan sejarah keluarga yang menghidap alahan seperti asma, hay fever, atau ekzema. Gejala awal biasanya ialah kulit kering, gatal, dan merah. Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan boleh berlanjutan hingga dewasa.
2. Dermatitis Kontak
Terjadi akibat pendedahan kepada bahan perengsa atau alergen seperti sabun, logam (seperti nikel), atau bahan kimia. Kemerahan, kegatalan, lepuh, atau kulit yang bengkak merupakan gejala awal. Biasanya, kawasan yang terdedah kepada perengsa akan terjejas. Biasanya terjejas pada kawasan kulit yang bersentuhan langsung dengan bahan perengsa.
3. Seborrheic Dermatitis
Masalah ekzema ni berkait rapat dengan pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit dan kehadiran kulat seperti Malassezia. Jadi, kulit akan bersisik, kemerahan, dan kegatalan, terutama di kawasan kulit kepala, wajah, dan dada. Penyebab utama berlaku disebabkan pengeluaran sebum berlebihan, kulat, atau perubahan hormon.
4. Dyshidrotic Eczema
Selalunya dikaitkan dengan tekanan, suhu panas, atau berpeluh berlebihan. Penyebabnya terjadi dari tekanan, cuaca panas atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit. Itu yang terhasilnya lepuh kecil berisi air yang muncul pada tangan dan kaki, menyebabkan kegatalan yang teruk.
5. Dermatitis Stasis
6. Ekzema Neurodermatitis (Lichen Simplex Chronicus)
Tidak diketahui sepenuhnya, tetapi boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti cuaca sejuk atau kering. Gejala awal biasanya akan terjadi tompok yang berbentuk duit syiling yang berwarna merah atau coklat, gatal, dan bersisik. Faktor utama terjadi disebabkan oleh keringnya kulit, jangkitan kulit atau faktor persekitaran.
7. Nummular Eczema
Berhubungan dengan tekanan, kebiasaan menggaru kulit yang berterusan, atau keadaan mental yang tidak stabil. Kulit akan menebal, kasar, dan gatal. Biasanya bermula dengan gatal ringan yang menyebabkan penghidap menggaru secara berulang.
Biasanya di kawasan yang mudah dicapai seperti leher, pergelangan tangan, dan kaki. Ini terjadi disebabkan oleh stres, kebiasaan menggaru, atau kecenderungan untuk berasa tertekan
Dapatkan Rawatan Ekzema di Klinik Dr Bazilah


(Klinik Kulit/ Aesthetik/ Rambut/ Jerawat/ Jeragat)
Alamat: Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur
Alamat: R-01-05, EMPORIS, SEKSYEN 3, TAMAN SAINS SELANGOR 1, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Alamat: C 10 G, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Alamat: R-02-01, EMIRA, JALAN AKUATIK A 13/64A, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
13 Disember 2024
Singgah Beli Roti Kaya Junus Teluk Intan
Hari pula macam nak hujan je, mendung je masa tu. Dah siap solat semua, teruslah ke Menara Condong. Syu ingatkan tinggi, rupanya rendah aja. Tapi cantiklah. Nak mencari parking tu, eh Syu terpandang Roti Kaya Junus.
.png)
Roti Kaya Junus Teluk Intan
Macam kenal je roti ni, rupanya Syu tengok balik kat Tiktok. Syu dah pernah tengok videonya, cuma berbeza tempat je. Syu tengok Roti Kaya Junus dekat Shah Alam, masa tengok tu dah terdetik, nak beli tapi jauh pulak.
.png)
Lagilah, kawasan Johor ni payah nak jumpa. Itu yang bila dah terjumpa terus beli banyak. Mula-mula beli 1 bungkus, try makan "Sedapnya! Kenapa lembut ni?"
Itu yang datang balik, beli 1 bungkus lagi untuk makan dekat rumah. Roti dia lembut tau! Tak silap, kaya tu pun mereka buat sendiri.
So ini antara menu yang ada di Roti Kaya Junus:
- Roti Kaya
- Roti Kelapa
- Roti Kacang
- Roti Benggali
Roti Kaya Junus ni tak semua tempat ada. Apa yang Syu tahu, roti ni banyak belah utara dan rnr ke arah utara. So kalau belah Johor ni macam tak pernah jumpa lagi.
10 Disember 2024
Ayam Brand Terus Komitmen Malaysia Lebih Sihat Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17
Ayam BrandTM, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggidan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008.
Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak- kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat.
Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas.

Di Klang Valley, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 425 kanak-kanak daripada 6 NGO dengan menyediakan mereka 76,500 hidangan berkhasiat yang juga enak.
Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar- pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif.
Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat.
“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya.

Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan1 Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3.
“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat. Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.”
“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan. Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” tambah Teoh.

Laporan berita 2 baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah mengalami masalah lebihan berat badan atau obes.
Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka.
“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global 4 melaporkan penglihatan kanak- kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas. Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,”
Teoh menghurai lanjut. “Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand. Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Hospital Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” kata Cik Gwen Yap, Pengurus Pemasaran Serantau, Hospital Columbia Asia.
Di Klang Valley, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Selangor , Yayasan Sunbeams Home, Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Shelter Home dan Pusat Jagaan Rumah Keluarga Kami.






.png)


.png)

