Baca ini juga : 7 Koleksi Resepi Ikan Siakap Pasti Menyelerakan
Sebelum nak makan, kena tanya harga dulu berapa. Jangan tahu order nanti bila dah terkena nak viral pulak. Jadi, hari ini aku nak kongsikan resepi ikan siakap masak stim ala thai. Resepi diilhamkan oleh negara jiran kita iaitu Thailand. Aku ni pun penggemar juga makanan Thailand.
Biasanya kalau makan di restoran, mesti akan order ikan siakap masak stim ala thai. Walaupun cara masaknya simple, tapi rasanya cukup power apabila dinikmati bersama kangkung goreng belacan. Orang sekarang ni pun dah risau nak makan ikan siakap semenjak kejadian ikan siakap rm1000 di Langkawi.
Resepi Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
Sebelum nak makan, kena tanya harga dulu berapa. Jangan tahu order nanti bila dah terkena nak viral pulak. Jadi, hari ini aku nak kongsikan resepi ikan siakap masak stim ala thai. Resepi diilhamkan oleh negara jiran kita iaitu Thailand. Aku ni pun penggemar juga makanan Thailand.
Jom kita cuba resepi ini. Ikuti langkah-langkah resepi ini dengan teratur ya.
Bahan-bahan untuk ikan siakap masak stim:
- 1 ekor ikan (dibersihkan)
- 2 batang serai (diketuk)
- 4 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 inci halia (dihiris panjang)
- 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
- 5-6 cili padi (dihiris)
- 2 biji tomato (dibelah empat)
- Sedikit garam dan gula
- 3-4 sudu makan sos tiram
- Sedikit air
- 1 helai daun limau purut
- Asam boi - ikut korang yee 1 cawan air
- 1 kiub pati ayam
- Daun ketumbar
Cara penyediaan:
A) Cara-cara untuk kukus siakap:
1. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
2. Ketuk 2 batang serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan siakap selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ikan masak.
4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
2. Ketuk 2 batang serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan siakap selama lebih kurang 10 minit atau sehingga ikan masak.
4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.
B) Cara-cara untuk kuah cili limau:
1. Panaskan air di dalam periuk. Kemudian, msukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada.
2. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dihiris halus, jus limau nipis, asam boi, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos tiram.
4. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja.
5. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.
Kesimpulan
Mudah sahaja kan? 15 minit pun dah boleh siap menu ikan siakap masak stim ala thai, apa yang penting bahan masakan mudah didapati. Senanglah nak buat dan menikmati menu ini dengan keluarga. Selamat mencuba semua.
Menu sihat ni om..boleh makan selalu..tiada kolestrol..
BalasPadam@PeRdU cINta ikan siakap mahal sikitlah, tk boleh makan hari hari
BalasPadamSedapnya siakap masak stim....menu sihat ni dik OM...
BalasPadam@theyanaonly hihihihihiii, nanti awak try lah resepi tu... sedap tau ><
BalasPadam@Mardiah Diana haah, menu sihat tanpa kolestrol
BalasPadamsedap
BalasPadamPerghh mengancammm ekkk... ada ikan siakap tu, boleh cuba ni...
BalasPadammantap eh. macam terasa lalu kat tekak.
BalasPadamhttps://herneenazir.com/