Semua orang ada masalah tak kira tua atau muda, semua ada masalah. Pernah korang alami satu masalah yang mengganggu tidur korang sampaikan sesak dada memikirkan masalah tersebut? Daku pun pernah alami, tahapnya sampaikan tidur tak lena, mandi tak basah dan makan pun tak kenyang.
"Allah tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya" - Al- Baqarah: 286
Disebabkan, terlalu over thinking, rambut daku pun tumbuh ubah. Sampai tahap macam tu sekali. Tapi, kalau korang tetap fikir, fikir dan fikir tanpa berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah, korang tak akan dapat apa - apa, malah makin serabutkan kepala korang. Betul tak?
5 Cara Menyelesaikan Masalah Dalam Islam
Selagi kita lari daripada masalah, masalah itu tak akan dapat diselesaikan. Kita kena keluar dari zon yang berserabut itu, dan jalan terbaik untuk dilakukan dengan menyelesaikan masalah dengan bijak dan bersederhana. Korang tak perlu terlalu memikirkan secara kompleks dan janganlah sampai terus abaikan masalah.
Dengan adanya, cara menyelesaikan masalah dalam Islam, in syaa Allah ianya akan membantu korang semua keluar daripada zon yang menghimpit korang.
1. Sentiasa solat dan berdoa kepada Allah.
Ini adalah cara yang terbaik untuk kita selesaikan masalah. Setiasalah bersujud dan mengadu kepadaNya agar dipermudahkan dalam apa jua masalah yang menimpa. Contohnya, solatlah diawal waktu dan jika benar-benar dalam keadaan bermasalah, buatlah solat tahajud.
2. Fokuskan kepada penyelesaian.
Fokus pada penyelesaian bukannya masalah. Cuba korang fikir cara untuk selesaikan masalah, bagi tumpuan sepenuhnya. Contohnya, kalau masalah korang tidak cukup duit tampung hidup (pelajat), apa yang perlu korang buat? Sentiasa tanya pada diri, macam mana nak selesaikan masalah.
3. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif.
Islam mengajar kita untuk senantiasa bersikap positif. Sepatutnya korang bersyukur, korang dapat masalah dan selesaikan masalah tu. Bukan ke korang dapat satu kebaikan iaitu korang belajar hadapi masalah dengan positif dan tenang. Tak perlu nak fikir masalah itu suatu perkara yang negatif. Allah hadirkan masalah pada kita sebab Allah sayangkan kita dan inilah masa yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.
4. Sentiasa berfikiran terbuka.
Ini sangat penting! Penting kerana ini akan membuatkan korang sentiasa kreatif untuk selesaikan masalah. Korang jangan rasa bodoh sebab keluarkan idea-idea yang bodoh. Kadang idea yang bodoh itulah yang jadi penyelesaian terhebat. Tak percaya?
5. Ubah cara pemikiran.
"You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper."
Jadi, dah tahukan cara menyelesaikan masalah dalam Islam? Cuba praktis dan amalkan, in syaa Allah segala jenis masalah itu korang akan hadapinya dengan tenang dan ikhlas, percayalah.
11 Comments
nice entry Om. InShaaAllah akan dipraktiskan lepas ni :)
Masalah akan selesai cepat atau lambat..tapi kena berusaha cari jalan penyelesaian lah kan :)
Sabar,,tenang dan cari penyelesaian dengan akal yang waras...in sha Allah boleh..
nice sharing kak om! :) Ina sendiri sampai sekarang rasa clueless nak selesaikan sesuatu masalah
Betul tu... Banyakkan bersabar dan lebih berfikiran positif
Thats true 😊 İnsAllah everything all is good...
nice sharing.. boleh amalkan sama2
Nice sharing,.. kembalikan segalanya kepada Allah jua...
InsyaAllah akan di pratikkan..thank you OM
Terima kasih untuk entry yang ohsem ini OM..
dengan sentiasa memohon doa darinya IsyaAllah masalah dpt diselesaikan
Sila tinggalkan comment korang disini!