Cara Semakan Baki PTPTN Online & Baki Tunggakan | Kali ini aku nak kongsikan cara semak ptptn yang perlu dibayar. Kita dah berhutang ni, wajib bayar semula pinjaman tu. Jangan biarkan ia tertunggak.
PTPTN ini hutang yang paling wajib dibayar tau. Siapa yang berangan tak nak bayar tu, mehh aku sekeh kepala tu. Dah pinjam, pandailah bayar.
Lagi pun zaman sekarang, kos pendidikan yang meningkat, anak-anak yang ibu bapanya tidak berkemampuan untuk membiayai mereka harus beralih kepada bantuan biasiswa ataupun pinjaman pendidikan sekiranya permohonan bantuan biasiswa tidak berjaya.
Salah satu pinjaman pendidikan yang paling sesuai dengan kadar bunga yang paling rendah adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Aku sendiri pun bekas peminjam ptptn. Rasanya kat Malaysia ni dah cukup bagus kerajaan dahulukan duit mereka untuk kita sambung belajar. Kalau nak keluar duit poket sendiri, memang aku tak sambung belajarlah. Kosnya pun sangat mahal.
Masa aku belajar dulu, aku dah survey dah kos apa yang murah. Jadi, tak ada lah pening kepala nak bayar diploma sampai RM60K. Kos aku amik civil engineering masa tu RM20K, itulah satu-satunya kolej yang paling murah di KL.
Cara Semakan Baki PTPTN Online & Baki Tunggakan
Berikut dikongsikan cara membuat semakan baki PTPTN untuk memudahkan pelajar dalam membuat pembayaran balik menurut jadual. Hanya dengan menggunakan langkah yang dikongsikan, ko boleh mengetahui jumlah baki Pinjaman PTPTN yang patut dilangsaikan.
Pembayaran baki PTPTN boleh dibuat di kaunter atau melalui Direct Debit akaun bank. Sudahkah ko menyemak???
Cara Semak Baki PTPTN Secara Online
Langkah 1:
Layari Laman Web PTPTN silalayari https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
Langkah 2:
Masukkan No Kad Pengenalan ko
Langkah 3.
Tekan Search Penyata Online PTPTN akan memaparkan baki pinjaman terkini ngko, tunggakan, ansuran bulan dan setiap transaksi bayaran yang dilakukan.
Mengapa bersusah payah? Semuanya sudah tersedia di hujung jari!
Cara Semak Baki PTPTN Melalui SMS
i. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
ii. Hantarkan SMS ke 15888
iii. Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin atau no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455; atau
iv.Hubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn
v. Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.
Cara Bayaran Balik PTPTN
Pelbagai cara bayaran balik pinjaman PTPTN yang boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Namun masih ramai ramai juga yang tidak tahu cara untuk membuat pembayaran kepada pihak PTPTN.
1. Bayar Di Kaunter
pembayaran PTPTN melalui kaunter boleh dibuat secara walk-in. Kita boleh membayarnya di cawangan PTPTN seluruh negara, kaunter-kaunter di Bank Rakyat, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, dan juga di Pejabat Pos Malaysia.
Namun jangan lupa, kena ambil nombor giliran dan mungkin mengambil masa sedikit untuk sampai giliran kita untuk bayar di kaunter.
2. Perbankan Internet
Bagi yang celik internet, kita semestinya boleh membayar hutang PTPTN dengan cara ini yang mudah dan cepat.
Hampir semua bank popular di kalangan rakyat Malaysia boleh, seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Ambank, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Pos Online, Agrobank, Affin Bank, dan juga Bank Simpanan Nasional.
3. MyPay PTPTN
Selain itu, kita boleh lunaskan hutang PTPTN melalui platform yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah menyediakan Portal Rasmi Online Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia iaitu www.mygovmobile.malaysia.gov.my. Layari sahaja portal online ini untuk membuat pembiayaan.
4. Portal Rasmi PTPTN (FPX)
Pihak PTPTN juga menyediakan perkhidmatan bayar balik menggunakan FPX, kita boleh login daripada laman web PTPTN. Di antara akaun bank yang boleh anda gunakan adalah Bank Muamalat, Affin Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Public Bank Hong Leong Bank, RHB Bank, Maybank, Ambank, United Overseas Bank (UOB), dan CIMB bank.
5. Melalui Potongan Gaji
Membuat potongan gaji, ianya memudahkan urusan kita dalam membayar hutang PTPTN. Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN. Cetak dan isi borang dengan lengkap, kemudian hantar borang tersebut beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN.
Potongan gaji boleh dibuat melalui majikan atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Namun, kita harus rujuk kepada pihak PTPTN terlebih dahulu terutamanya tentang jumlah bayaran bulanan dan tempoh bayaran balik.
6. Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Cara ni mungkin tidak seberapa meluas. tapi sebenarnya kita juga boleh membayar PTPTN dengan dua kaedah kaedah pengeluaran KWSP Pertama, isi Borang Permohonan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan di mana-mana Pejabat KWSP. Kedua, peminjam boleh membuat e-pengeluaran melalui online sahaja.tepuk dada, tanya selera. Mana satu pilihan anda?
7. Electronic Data Capture (EDC)
Terminal Akhir sekali, kita boleh membuat bayaran di seluruh kaunter PTPTN seluruh negara dengan menggunakan kad debit, kad kredit (Mastercard dan Visa ), atau pun kad ATM bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS. Namun, kaedah ini memerlukan kita walk-in ke cawangan PTPTN, dan mungkin mengambil masa sedikit .
Akhir Kata
Berikut telah aku kongsikan cara semakan baki ptptn online beserta baki tunggakan. Harapnya dengan perkongsian ini dapatlah membantu serba sedikit untuk cara semakan baki ptptn ko. Semoga bermanfaat.
Sumber | SemakanStatus.com
3 Comments
Om, yang BAKI KESELURUHAN PEMBIAYAAN tu laa kan jumlah total hutang kita? Huuhuuuu sodihhnyaaa lihat bayaran ptptn ku. Tak sabar nak keje nak bayar ptptn sadis nengoknyaaa hahaha
hihihi tau xpe.. jangan tangguh byr! kalau ada lebih, byr lebih. cpt habis, hehehee emy ada share cara pembayaran guna maybank2u :)
>>>>
http://emyyyyemyyyy.blogspot.my/2015/05/cara-bayar-ptptn-terkini-melalui.html
Marilah kita berdoa agar dapat selesaikan hutang kita sebaiknya
Sila tinggalkan comment korang disini!