15 Jun 2024

5 Tips Bangun Pagi Dengan Mudah Setiap Hari


Assalammualaikum dan apa khabar semua para pembaca. Aku harap anda sihat dan baik baik aje. Pernah tak anda ada susah nak bangun awal pagi? Bangun awal pagi ni bukan setakat untuk pergi kerja sahaja, waktu pagi inilah untuk kita mulakan menunaikan solat subuh. 


Ada juga yang jenis dah kunci jam tapi masih tak boleh nak bangun. Bukan apa, solat subuh penting untuk kita ni yang muslim. Hari ini aku nak kongsikan 5 tips bangun pagi dengar segar dan bersemangat.

Tips Bangun Pagi Dengan Mudah Untuk Anda Yang Susah Bangun Pagi



Tips Bangun Pagi Dengan Mudah
$ads={1}
Waktu awal pagi adalah bukan waktu kegemaran aku sebenarnya. Tetapi semenjak sudah berkahwin dan memiliki seorang anak, sudah menjadi rutin untuk aku bangun awal pagi setiap hari. Kalau tidak bangun, kesian pula suami pergi kerja kan. 

Lagi satu, inilah masanya untuk didik anak bangun di awal pagi. Bila dah jadi rutin, lagi mudah waktu sekolah anak nanti nak bangun pagi. Tiadalah tiap pagi asyik nak dengar anak menangis tak nak sekolah sebab kena bangun awal. 

Sebenarnya, waktu pagi adalah waktu yang  aman, damai dan waktu yang paling menenangkan. Waktu inilah sangat sesuai untuk membaca, menulis dan menumpukan perhatian kita terhadap ibadah kerana fokus kita tidak mudah terganggu. 

Baca sini: Menjelang Maghrib

Jadi kepada anda yang bermasalah nak bangun awal itu, jom teruskan membaca artikel ini supaya anda dapat ketahui tips segar bangun pagi.

#1 Tetapkan penggera untuk waktu tidur

Ha, bohonglah kalau telefon anda tak boleh nak set penggera untuk waktu tidur. Penggera ni bukan untuk bangun pagi aje tetapi boleh buat untuk waktu tidur juga. Memang bangun pagi itu sangat susah, aku dah rasa setiap pagi tapi apa yang lagi susah tu, bila anda tak dapat nak tidur pada waktu yang sepatutnya. 

Jadi, jangan lengahkan waktu tidur! Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri. Anda kunci jam 9.30 malam supaya anda lebih mudah untuk tidur awal.

Tips Bangun Pagi Dengan Mudah

$ads={2}

#2 Jangan lupa mandi.

Aku ini kadang agak lemah sikit bab mandi, hahahahaa sebabnya penyakit malas ni susah sangat nak diubati. tapi tak adalah sampai tiap-tiap hari tak mandi. Eh daku ni kerja site tau, mesti mandi tiap-tiap malam. Wahai diri sendiri, janganlah pengotor sangat. 

Opps! Jangan skip mandi tau! Mandi ni boleh menurunkan suhu badan kita ke beberapa darjah dan proses penyejukan badan selepas mandai akan menyamai suhu badan pada waktu petang secara semulajadi, kan senang bila dah tahu cara bangun pagi dengan mudah.

#3 Bangun dari tempat tidur

Ya, aku akui tips terakhir ni adalah bahagian yang paling sukar. Kadang, bila kita terjaga 5 minit sebelum waktu penggera berbunyi, apa yang korang buat? Tidur semula untuk 5 minit kan? Bohonglah kalau tak pernah buat. Tidur semula untuk 5 minit itu adalah sangat membazir dan secara tak langsung akan membuatkan korang tidur lebih lama, ni lah masalahnya! Semakin sukar nak bangun pagi dan setiap kali jam loceng berbunyi.

Apa yang terbaik adalah bangun tanpa banyak alasan dan berfikir tentangnya. Please, jangan ikut sangat hati tu sebab waktu nilah syaitan paling kuat bekerja untuk memujuk kita tidur semula. Jadi, letakkan penggera korang jauh sikit dari tempat tidur, supaya korang terpaksa bangun untuk mematikan penggera tersebut.

#4 Sediakan Apakah Senarai Yang Mahu Dilakukan Esok

Pastikan korang ada jadual harian secara mingguan atau bulanan. Ini membantu korang merancang apa keperluan mendatang yang perlu diurus dengan segera. Korang perlu dahulukan perekara keperluan  kerana masa tidak banyak untuk kita tumpu kepada banyak perkara. 

Utamakan yang perlu. Korang kena pastikan senarai perkara penting diletakkan di atas sekali dengan yang tidak penting dan tidak perlu segera letakkan di senarai bawah. Gunakan masa dengan baik kerana masa ibarat pedang, sifatnya memotong. Jika kita memotong masa, masa akan memotong kita. AWAS.

Tips Bangun Pagi Dengan Mudah


#5 Lakukan Senaman Ringan Selepas Bangun Daripada Tidur

Celik je mata, bangun dan terus lakukan senaman ringan. Ini supaya korang dapat melonggar dan melancarkan kembali otot serta darah kita setelah rehat selama beberapa jam dan salah satu senaman ringan yang perlu dibuat ialah senyum. Senyum kan satu sedekah. 

Bangun pagi terus senyum. Lagipun, senyum adalah satu cara paling mudah untuk merenggangkan otot malah meningkatkan sel-sel positif kita pada pagi hari. Cuba lakukan cara bangun pagi dengan mudah ni dengan hanya lakukan sebuah senyuman.

Akhir Kata

Kesimpulannya, bangun awal pagi itu sebenarnya bagus untuk mendisplinkan diri korang. Kalau tak boleh juga amalkan tips bangun pagi dengan di atas, sah korang ni bermasalah mental. Ha lagi satu, jangan lupa untuk minum segelas air masak supaya otak korang tu berfungsi sikit. Eh tak! Supaya otak kita dapat oksigen selepas bangun dari tidur dan menghilangkan mamai kita secepat mungkin.

Selamat beramal dan cubalah cara bangun pagi dengan mudah yang telah diajarkan seperti di atas. Selamat bangun pagi semua.

15 Comments

Hahaha selalu kalau ain bangun awal pagi kalau ada test. Siap alarm punya nama tu tukar lagi " esok test oi" dah baca tu cepat2 turun katil kalau tak hanyut la jawabnya

Entry ni macam kene kat batang hidung saya je.. hehehehehe... saya mmg susah yang amat nak bangun pagi.. kalau set alarm pon bukannya dengar.. HAHAHA.. lagi jauh letak alarm, lagi tak dengarlah nmpaknye.. mungkin boleh cuba tips diatas?

Terima kasih share tips yang amat berguna nih!

huhuhuhu.. dlu Unni memang payah nk bgun pagi, then amalkn tip mcm Om ni tambhn bagun pagi terus minum air putih, skg subuh jak memang mata da x blh tutup..

Penggera mmg tk buat la. Tp mmg bngun stiap pg ntuk subuh dn pastikan mndi ntuk sbuh :) pastu mmbaca sblom prepare breakfast :)

nice tips om! tapi busyra kalau nak gerak dri tempat tido tu punyala liat. hahaha

Sekarang ni akak selalu terjaga sendiri tepat jam 5.30.. Mungkin sebab badan dah terbiasa kot..

Samalah kita, kalau boleh penggera tu bunyi terus apa yang kita tukar like 'bangun cepat cepat'

Amboi lagi jauh letak alarm lagi susah nak bangun ye, hehehheeh janganlah jauh sangat. Dalam 2kaki mcm tu ke.

Hahahaha~ sy kalau guna alarm mmg tak bangun.. just niat nak bgun jam brapa ja .. Alhamdulillah mmg bgun tepat masa.. Cuma kalau penat n xda niat esok nak bgun jam brapa mmg terlajak tido hehe

Bangun pagi ni mmg satu yang sangat susah nak buat... lebih² lagi, klo lewat tidur... tapi memang best bila dapat bangun pagi² ni, klo rumah saya.. boleh layan matahari terbit sambil minum pagi..rumah flat je pun tp beruntung dpt beranda betul² depan matahari terbit.

ngeh2 selalu bangun pagi nak pergi keje kee pegi pasar beli brekfes.. nowww memang susah bangun pagi sbb lepas subuh pengsan balik.

Sekarang musim PKP, lepas subuh tido balik 😭

Ya.. Bagus jadi morning person ni.. Rezeki pun masuk pagi..so Kalau boleh buat Kerja, cari Rezeki time pepagi tu...Ha gituhlah

Sila tinggalkan comment korang disini!