2 Disember 2022

Pengalaman Pahit Manis Bekerja Di Tapak Binaan.

Rasanya mungkin ada yang mengenali daku sudah lama bekerja sebagai Site Supervisor. Betul tak? Ada sesetengah yang tahu mungkin juga ada yang tak tahu. Ya, daku dah bekerja di site selama 5 tahun dan In shaa Allah memasuki 6 tahun. 

Ya daku ialah pemegang Diploma in Civil Engineering. Dulu SPM aliran prinsip akaun dan bercita-cita nak jadi Akauntan tapi akhirnya menceburi bidang yang di polopori oleh lelaki. Kiri, kanan, depan, belakang semuanya lelaki. 

Bayangkan dengan ilmu setipis kulit bawang, drawing civil & structure tak pernah lihat dan pegang, basic autocadnya tak ada, tiba-tiba kawan baik satu kolej tarik bekerja bersama dia. Sebulan je daku menganggur selepas convocation. Alhamdullilah sekarang masih setia bersama kawan baik di office yang sama cuma berbeza site. 


100 orang pekerja yang terdiri daripada warganegara Bangladesh & Indonesia hanya dikontrol oleh dua orang site supervisor. Memang tak boleh dibayangkan. But at the end of the day, rasa bangga tu ada sebab tak ramai perempuan yang nak menceburi bidang ni full time di site. Ada tapi limited edition. Sanggup ke korang (perempuan) nak legamkan muka dari pagi sampai ke malam. 5 tahun daku keje nak hilangkan sunburn Allah je yang tahu betapa payahnya. Dah macam macam produk pakai, tapi akhirnya duduk office selama beberapa bulan dah cerah sedikit, jerawat pun dah makin berkurang. 

Lama-lama kulit muka dah sebati, dah boleh terima dah kepanasan matahari. Bayangkan, dugaan bulan puasa. Tahun lepas tahun pertama daku berpuasa di site. Kebetulan tahun lepas juga kerja memang sangat sibuk, penat! Hari ketiga berpuasa dah ada niat nak batalkan puasa sebab tak tahan panas. Air liur kering, muka merah dan ya Allah penatnya tu. Tahun ke 5 ni, memang tak berpeluang berpuasa di site sebabnya daku dah full time di office.  Apa yang seronoknya bila berbuka tu, nikmatnya subhanaAllah! "Aku berjaya juga habiskan puasa hari ni", sampai macam tu sekali berdetik dalam hati. Kawan-kawan lelakilah yang mencabar untuk habiskan puasa, sedangkan diorang boleh apatah lagi daku.


The best partner ever! Kak Mah, orang Kodiang yang merantau ke Kuala Lumpur. Kerja site memang daku jumpa beragam jenis orang. Orang cakap putar belit, orang yang suka nak lepaskan tanggungjawab, orang yang pentingkan diri sendiri, haish macam macam jenis. Dari site ni, daku belajar untuk percaya diri sendiri dulu barulah percaya pada orang lain dan yang penting, siapa nak backup bila kita betul atau salah kalau bukan diri sendiri. Daku pegang ayat ni kemana-mana site. Bak kata pepatah, banyak udang banyak garam, ramai orang ramai ragam. 



So far hampir 5 tahun kerja site, kadang kita tak boleh percaya pekerja kita sendiri 100%. Ada je yang amik kesempatan kat atas diri kita. Tapi yang menariknya, kita boleh belajar bersyukur dari pekerja kita sebab diorang ni sanggup berjauhan dengan keluarga semata nak mencari rezeki yang halal.

Bayangkan kita nak tinggalkan mak ayah kita, mahupun suami dan anak kita bertahun-tahun baru nak balik. Sanggup ke nak tinggal? Seminggu je dah rindu apatah lagi bertahun. Jadi, bersyukur sebab kita masih lagi berhampiran dengan orang yang kita sayang. 


Bersyukur juga kerja di site sebabnya Allah nak daku ni belajar kontrol emosi. Walaupun dapat kekangan dari parents sebelum ambil bidang, but akhirnya parents kalah juga dengan kehendak anak dia yang sorang ni. Daku tak cari pangkat atau gaji yang tinggi, daku nak cari pengalaman. Pengalaman berharga tak semua orang boleh dapat. Betul tak?

Pada korang yang baru nak kerja di site, jangan gelabah nak gaji banyak, timba je pengalaman dulu. Tak semua orang dapat pengalaman yang menarik tau. Timba pengalaman tau!



10 ulasan:

  1. wow terbaik laa akak keje macam tu. betul tu pengalaman tu yg penting kan :')

    BalasPadam
  2. Semoga terus maju jaya, miza osem dengan OM bukan senang nak handle orang lelaki ne dah la lain budaya dan bangsa dan bahaya.

    BalasPadam
  3. wahhh first time tengok girl kerja dalam SITE ni..

    BalasPadam
  4. woww seriously mencabar gila. semoga terus tabah dan kuat hadap semua lelaki hahahahaha =D

    BalasPadam
  5. Om wanita kuat..bangga dgn awk..xkesah kerja apa janji halal..

    BalasPadam
  6. Proud of you Om! Kalau rrai kat tempat om, tak tahu laa mcm mana. Kerja yg sgt mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga urusan Om dipermudahkan selalu..

    BalasPadam
  7. Such a strong girl.. Keje site memang kena kuat mental dan kudrat. Seharian kat site dengan panas debu dan ragam pekerja lelaki. Saya dari 2012-2015 office dekat site. after that keje office bahagian ID. Jarang2 g site kecuali bila nak claim je. Time tu pun site dah bersih pun. hehehe

    BalasPadam
  8. good luck for your future undertaking.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!