2 Disember 2018

MACAM MANA NAK JADI HEARTLESS?

MACAM MANA NAK JADI HEARTLESS?

Assalammualaikum.

I bagi tips macam mana nak jadi heartless. Benda pertama 
kita kena buat 
ialah mengadu pada Allah dan kau akan tahu apa yang 
kau patut buat dan kau tinggalkan apa yang kau 
tak perlu buat. Buat apa nak terhegeh- hegeh.

Come on and wake up!

Kadang hidup ni perlu bila orang tu dah mudarat tapi janganlah
selalu. Makin kau beri, makin naik lemak.
Bila dia tahu, dia dah ada tempat kebergantungan, memang
dia akan bergantung pada kau.
Mesti kau bengang kan?

Jadi langkah awal kau perlu cegah, dengan uji dia.
Kadang orang suka ambil kesempatan dalam
kesempitan.



Contoh nak pinjam duit, first time okaylah, lama lama makin
banyak pulak. Hutang yang lama tak reti nak langsai.
Last kau terpaksa halalkan je semua tu, sebab apa?
Sebab kau BODOH! Alasan kesian yelah member.
Hidup ni jangan terlalu kesiankan orang.
Kesian pada diri sendiri dulu!

Bukan tak ada hati peurt tapi kau kena fikir pasal diri kau jugak. 
Jangan benak sangat kat bawah telujuk jari orang.

Last but not least,

Rambut sama hitam tapi hati lain lain. Hati hatilah.
Dalam dunia bukan kau sorang je hidup.

11 Oktober 2018

NiacinamideThe Ordinary 10% + Zinc 1% Review

NiacinamideThe Ordinary 10% + Zinc 1% Review

Sebenarnya kan, dah lama juga consume Niacinamide The Ordinary. Aku suka guna brand ni sebab satunya murah dan berpatutan. Lagi satu, aku suka packaging dia yang comel. Kecik molek je kan. 

Brand ni brand luar negara iaitu Canada, itu kalau aku tak silap. Tak silap bila sebab viral dan botol dia comel. Masa tu, memang banyak review yang baik. Lagi pun, susah nak jumpa brand yang hanya fokus satu bahan.

Motifnya, aku beli sebab nak bagi cerahkan dan sekatakan tona kulit. Waktu ini kan, aku tengah sibuk kerja. Jadi, apa salahnya kalau aku fokus untuk cerahkan balik kulit. Betul tak?

Sekarang ni nak beli produk kena pastikan yang betul-betul bagus untuk kulit. Jangan sesekali beli lokal produk. Mana tahu tak berdaftar dengan KKM kan. Better buat pilihan dan research sebelum nak membeli.

Niacinamide The Ordinary

Product name : Niacinamide 10% + Zinc 1%
Product Brand : The Ordinary
Product Type : Serum
Size : 30ml 
Price : RM33 (its depends on the seller)
Availabilty : I normally order from shopee https://invol.co/cl76cne

I purchase serum ni dari ig shops tapi korang boleh beli di Lazada sebab I selalu tengok hanya Lazada yang jual dengan harga rendah. Korang selalulah buat survey before buying. Semak e-merchant mana yang jual paling murah dan juga rujuk review mereka yang pernah beli dan pastikan 100% ORIGINAL.

What it claims? 

Niacinamide (Vitamin B3) is indicated to reduce the appearance of skin blemishes and congestion. A high 10% concentration of this vitamin is supported in the formula by zinc salt of pyrrolidone carboxylic acid to balance visible aspects of sebum activity.

How to use?

I just drop dekat muka dan apply into the whole my face. I biasanya akan guna pada AM routine. Tapi jangan apply banyak sangat nanti pilling. Pilling ni, dia akan jadi warna putih bila apply banyak sangat, lagi lagi kalau apply dengan skincare lain.

Packaging ?

Transparent streamlined packaging with a large dropper bottle. Korang tengok macam kaca kan? Tapi sebenarnya plastic. I dah terjatuhkan banyak kali tapi tak pecah-pecah pun. Always selamat.


The Ordinary Niacinamide

The Smell/Colour/consistency ?

Like you see, warna putih tapi texture is quite thick. Bila tepek kat muka, rasa berat je. Slightly melekit macam gel tapi bila pakai dia absorbs dengan cepat. Jangan apply banyak sangat nanti it will pill up with other skincare.

How I feels : 

To be honest, motif I beli this skincare, sebab I jatuh cinta dengan packaging. Small and cute. But at the same time, my aim is for kurangkan acne scars, for glowing/brightening dan reduce the appearance of my pores. Yes, my pores mmg besar-besar sebelum I pakai niacinamide tapi bila dah almost 3 months consume, memang nampak perubahan.

Tapi, ada juga yang breakout sebab pakai niacinamide. Kulit I memang oily skin, but now makin kurang oiliness. Its depends on your skin sebenarnya. Jadi marilah kita beli dan try sendiri. Berteka-teki dengan kulit sendiri. Selagi korang tak cuba, macam mana korang nak tahu sesuai ke tak dengan kulit. Sila beli dan try sendiri or try sample or mintak kawan sikit.

First impression, bau memang tak ada atau I yang tak normal. I think it just llike bau natural zinc. Bau besi gitu, quite sticky, melekit dan pakai sikit je memang cepat absorb. Bila lepas apply, korang boleh rasa kulit akan lembut je.

And ALHAMDULLILAH, its work on me. Parut jerawat pun dah kurang, I rasa kulit I pun makin glowing. Tapi tulah, dah nak habis. I nak repurchase lagi.


Recommended? :

Overall this is a very good product very suitable with my skin. I'll purchase later!


UNTUK PEMBELIAN, BOLEH KLIK LINK DI BAWAH



(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

6 September 2018

COSRX LOW PH GOOD MORNING REVIEW

COSRX LOW PH GOOD MORNING REVIEW

Assalammualaikum.

Today, I'm going to review the Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser. This is my first product from Cosrx. Lets read.

I memang suka tukar-tukar cleanser sebab I cari cleanser yang suitable dengan kulit I. Before this, I tak pernah guna produk Cosrx. Then I baru tahu Cosrx ni product dari Korea yang memang bagus dan review baik-baik berlaka. Ditambah dengan best seller and always out of stock. 



Product name : Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser
Size : 150ml 
Price : RM44.10
Beli di sini : https://invol.co/cl76cw4

I purchase cleanser ni dari Hermo.my tapi korang boleh beli di Lazada sebab I selalu tengok hanya Lazada yang jual dengan harga rendah. Korang selalulah buat survey before buying. Semak e-merchant mana yang jual paling murah dan juga rujuk review mereka yang pernah beli dan pastikan 100% ORIGINAL.

What it claims? 
  1. Control oily skin and shrink pore size
  2. Refine skin texture
  3. Smooth and skin friendly

Sustain moisture everyday and all day long! For AM time & sensitive skin.

How to use?

Squeeze a tiny amount and cuci muka macam biasa

Packaging ?

A normal squeezable plastic tube

The Smell/Colour/consistency ?

I think baunya macam plastic hahahaa. but I like it and colour cleanser ni transparent gel.

How I feels : 

Pertama kali I using this, I nak repurchase lagi. I guna cleanser ni sebab low pH memang bagus untuk kontrol jerawat. So far I pakai memang jaranglah nak tumbuh macam dulu. I tak nak komen-komen lagi product ni. I nak repurchase lagi je! Tunggu cleanser ni habis hahaha

Recommended? :

Overall this is a very good product & very suitable with my skin. No wonder this is the best seller. I rate this essence 5/5. I'll purchase later!


UNTUK PEMBELIAN, BOLEH KLIK LINK DI BAWAH



(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

30 Mei 2018

Jom Bercuti ke Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu

Jom Bercuti ke Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu

Jom Bercuti ke Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu | Kan best kalau dapat peluang bercuti ke Sabah, Malaysia sambil merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Lagi best kalau kita dapat pergi bercuti dan bermalam di hotel yang berharga murah dan berpatutan.

Sekarang ni, semua tu bukan masalah lagi. Nak bermalam di hotel yang murah? No problem! Janji ko tahu hotel mana tawarkan harga murah untuk ko bermalam.

Kalau yang jenis berduit, bolehlah tempah hotel yang mahal. Tapi kan, untuk apa bayar mahal kalau yang murah tu lagi berbaloi.

Betul tak?

sabah oriental hotel


Macam mana nak dapatkan hotel dengan harga yang murah dan berpatutan?

Senang je, sebab kita boleh bercuti tanpa memerlukan bajet yang tinggi kalau dah booking awal awal menggunakan applikasi Traveloka semasa booking tu! 

Lebih-lebih lagi, korang boleh download apps Traveloka ni terus ke handphone korang. Download je terus dari google play store untuk android dan Apps store untuk iOS.

So, lepas ni korang bolehlah buat tempahan hotel ataupun tiket penerbangan pada bila bila masa dan dimana jua. Anytime and anywhere!

As you all know, Sabah is one of my wishlist. Yes, aku tak pernah pergi ke Sabah and of course, Sabah mempunyai tempat-tempat yang sangat menarik. Sabah juga antara salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.


Kenapa aku pilih Sabah Oriental Hotel?

Ini beberapa sebab kenapa aku pilih Sabah Oriental Hotel selain harga murah dan berpatutan. Jom kita teruskan pembacaaan.

sabah oriental hotel


1. IMAGO shopping mall.

Korang yang memang dah kaki shopping, don't worry. Sabah Oriental Hotel sangat dekat dengan IMAGO shopping mall, ianya terletak 1.4km dari hotel ni. So inilah peluang untuk korang bershopping, hotel dah dekat dah untuk korang pulang selepas penat bershopping.

2. Pemandangan yang cantik.

Hotel ini juga terletak betul-betul di bandar metropolitan Kinabalu, khazanah bernilai ini mempamerkan pemandangan Gunung Mt. Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Korang bolehlah berselfie dengan pemandangan gunung kinabalu tu. Tak rugi kan?

3. Hotel yang strategik.

Sabah Oriental Hotel mudah untuk dilalui ke semua kawaasan yang terletak kira-kira,
  •  5 Km dari kawasan perlindungan burung Kota Kinabalu Wetland Center 
  •  7km dari Masjid Kota Besar Kota Kinabalu
  • 2.3km dari Gaya Street
  • 4km dari Muzium Sabah
  • 7.6km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • 0.3km dari Plaza Wawasan

4. Bilik berstyle

Yes, setiap biliik di sini berkarpet dan mempunyai TV skrin rata. Bar mini dan kemudahan pembancuh teh atau kopi disediakan. Bilik mandi en suite bertab menyediakan pancuran mandian berserta pengering rambut. Bilik-bilik yang dingin dengan dekorasi bergelipan and of course dilengkapi WiFi percuma. Tak rugi kan? Konfrim korang akan rasa teruja.

Apa je yang Sabah Oriental Hotel tawarkan?

Korang ada 3 pilihan untuk menjamu selera dan pusat kecergasan. Bufet sarapan disajikan setiap hari di Cafe Oriental yang di buka untuk makan tengahari dan makan malam. Korang juga boleh layan muzik live di Tapai Lounge. 

Bila dah bercuti lama, korang mesti nak basuh baju kan? Hotel ni pun ada sediakan servis perkhidmatan dobi. Korang dah tak perlu pening kepala nak basuh baju.

Bagi yang menaiki kereta, korang boleh parking berjoki ya. Untuk abam-abam atau akak-akak sado, korang boleh bersenam di gim dan berehat di sauna yang disediakan.

Kemudahan lain seperti, kolam renang luaran, 2 sauna (1 untuk wanita, 1 untuk lelaki)
ianya sangat bersesua dengan pasangan yang baru berkahwin untuk try check in di hotel ni.

Hotel ni menawarkan enam bilik mesyuarat, kemudahan multimedia terkini dan pusat perniagaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan.


Kesimpulan

Jadi apa tunggu lagi? Mesti korang tak sabar dan excited untuk pergi bercuti ke Sabah, Malaysia ni kan. Cepat-cepat download applikasi Travelok tu ke smart phone korang untuk menikmati harga hotel yang lebih murah daripada biasa. 

Bukan tu je tau biasanya ada banyak promotion yang ditawarkan dalam applikasi Traveloka ini dan salah satunya ialah Sabah Oriental Hotel. Jangan menyesal bila tak grab peluang yang ada di depan mata. Download cepat-cepat tau!