Jom Bercuti ke Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu | Kan best kalau dapat peluang bercuti ke Sabah, Malaysia sambil merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Lagi best kalau kita dapat pergi bercuti dan bermalam di hotel yang berharga murah dan berpatutan.
Sekarang ni, semua tu bukan masalah lagi. Nak bermalam di hotel yang murah? No problem! Janji ko tahu hotel mana tawarkan harga murah untuk ko bermalam.
Kalau yang jenis berduit, bolehlah tempah hotel yang mahal. Tapi kan, untuk apa bayar mahal kalau yang murah tu lagi berbaloi.
Betul tak?
Macam mana nak dapatkan hotel dengan harga yang murah dan berpatutan?
Senang je, sebab kita boleh bercuti tanpa memerlukan bajet yang tinggi kalau dah booking awal awal menggunakan applikasi Traveloka semasa booking tu!
Lebih-lebih lagi, korang boleh download apps Traveloka ni terus ke handphone korang. Download je terus dari google play store untuk android dan Apps store untuk iOS.
So, lepas ni korang bolehlah buat tempahan hotel ataupun tiket penerbangan pada bila bila masa dan dimana jua. Anytime and anywhere!
As you all know, Sabah is one of my wishlist. Yes, aku tak pernah pergi ke Sabah and of course, Sabah mempunyai tempat-tempat yang sangat menarik. Sabah juga antara salah satu tempat yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara.
Kenapa aku pilih Sabah Oriental Hotel?
Ini beberapa sebab kenapa aku pilih Sabah Oriental Hotel selain harga murah dan berpatutan. Jom kita teruskan pembacaaan.
1. IMAGO shopping mall.
Korang yang memang dah kaki shopping, don't worry. Sabah Oriental Hotel sangat dekat dengan IMAGO shopping mall, ianya terletak 1.4km dari hotel ni. So inilah peluang untuk korang bershopping, hotel dah dekat dah untuk korang pulang selepas penat bershopping.
2. Pemandangan yang cantik.
Hotel ini juga terletak betul-betul di bandar metropolitan Kinabalu, khazanah bernilai ini mempamerkan pemandangan Gunung Mt. Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara. Korang bolehlah berselfie dengan pemandangan gunung kinabalu tu. Tak rugi kan?
3. Hotel yang strategik.
Sabah Oriental Hotel mudah untuk dilalui ke semua kawaasan yang terletak kira-kira,
- 5 Km dari kawasan perlindungan burung Kota Kinabalu Wetland Center
- 7km dari Masjid Kota Besar Kota Kinabalu
- 2.3km dari Gaya Street
- 4km dari Muzium Sabah
- 7.6km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
- 0.3km dari Plaza Wawasan
4. Bilik berstyle
Yes, setiap biliik di sini berkarpet dan mempunyai TV skrin rata. Bar mini dan kemudahan pembancuh teh atau kopi disediakan. Bilik mandi en suite bertab menyediakan pancuran mandian berserta pengering rambut. Bilik-bilik yang dingin dengan dekorasi bergelipan and of course dilengkapi WiFi percuma. Tak rugi kan? Konfrim korang akan rasa teruja.
Apa je yang Sabah Oriental Hotel tawarkan?
Korang ada 3 pilihan untuk menjamu selera dan pusat kecergasan. Bufet sarapan disajikan setiap hari di Cafe Oriental yang di buka untuk makan tengahari dan makan malam. Korang juga boleh layan muzik live di Tapai Lounge.
Bila dah bercuti lama, korang mesti nak basuh baju kan? Hotel ni pun ada sediakan servis perkhidmatan dobi. Korang dah tak perlu pening kepala nak basuh baju.
Bagi yang menaiki kereta, korang boleh parking berjoki ya. Untuk abam-abam atau akak-akak sado, korang boleh bersenam di gim dan berehat di sauna yang disediakan.
Kemudahan lain seperti, kolam renang luaran, 2 sauna (1 untuk wanita, 1 untuk lelaki)
ianya sangat bersesua dengan pasangan yang baru berkahwin untuk try check in di hotel ni.
Hotel ni menawarkan enam bilik mesyuarat, kemudahan multimedia terkini dan pusat perniagaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan.
Kesimpulan
Jadi apa tunggu lagi? Mesti korang tak sabar dan excited untuk pergi bercuti ke Sabah, Malaysia ni kan. Cepat-cepat download applikasi Travelok tu ke smart phone korang untuk menikmati harga hotel yang lebih murah daripada biasa.
Bukan tu je tau biasanya ada banyak promotion yang ditawarkan dalam applikasi Traveloka ini dan salah satunya ialah Sabah Oriental Hotel. Jangan menyesal bila tak grab peluang yang ada di depan mata. Download cepat-cepat tau!
Gamba kat dalam hotel ada tak..hehe..nak tgk
BalasPadamWah.. Menariknya..
BalasPadam