6 Langkah Mudah Susun Barang Di Dalam Almari | Bila barang berselerak, confirm diri kita ni rasa rimas dan berserabut apabila melihatnya. Aku seperti itulah, mudah stress kalau barang-barang bersepah apatah lagi di dalam almari.
Baca ini juga: 3 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari
Pernah sekali tu, terlalu malas, aku campakkan je semua baju dalam almari tapi bila sampai tahap almari tu dah penuh, sekali je buka, berderai macam tanah runtuh.
Akhirnya, aku juga yang menyesal sebab banyak sangat nak dikemasnya. Itu baru baju dalam almari, tapi ko jangan pula buat campak campak je kat dapur. Lagi berserabut nanti.
Aku percaya korang pun ada je yang mengalami masalah ni, betul tak? Tak manis bagi seorang perempuan kalau tak reti mengemas. Malu wei kalau mak mertua datang rumah, tengok kerenah menantu yang tak reti serba serbi.
Jangan manjakan diri. Nanti dah anak, lagi stress kalau tak belajar mengemas daripada sekarang.
Di buatnya, mak mertua check pula bahagian dapur, ha lagilah stress betul tak? Sebab tu bila dah jadi isteri ni, dah tak ada dah konsep nak bermalasan lagi.
Kita pun tak nak nanti bila mak mertua datang rumah, dia tengok sekeliling jadi tak manis pula kan.
Apa salahnya ambil peluang untuk belajar langkah mudah susun barang di dalam almari. Mana tahu nanti dah boleh buat sendiri cara susun barang dalam kabinet dapur pula.
6 Langkah Mudah Susun Barang Di Dalam Almari
Kali ni, aku nak kongsikan cara mudah susun barang di dalam almari. Jom ikuti langkah-langkah di bawah dengan teratur.
1. Tambah cangkuk/bakul
Aku suka simpan baju baju di dalam bakul, lipat elok-elok dan susun dalam bakul. Sekarang ni, dah tak ada kata bakul mahal. Bakul kedai Eco RM2 tu, macam-macam benda ada, yang tak adanya adalah duit dipoket.
Nak buat diy troli barang pun dah ada toturial dah. Gunakan kreativiti korang untuk mengolah bakul-bakul tu contoh, cangkuk : korang boleh gantung baju yang dah pakai tapi tak kotor dan boleh pakai sekali lagi dan untuk bakul, korang simpanlah scarf, gloves, spender or anything.
Mudahkan nak susun barang di almari?
2. Tak pakai dah? Jual preloved/derma
Remember this golden rule : Kalau dah setahun tak pakai, tolonglah jual atau pun derma. Bukan senang nak buat, aku admit it tapi kalau nak lebih ruang dalam almari, hati memang kena keras.
Barang apa yang boleh di jual, juallah. Jika mahu pahala, maka dermalah pada insan yang memerlukan. Ini tak baju yang 10 tahun dulu pun masih simpan, padahal dah tak muat nak pakai.
Nak simpan untuk kenangan pun tak guna. Kenangan tu simpan je dalam hati dan otak.
3. Simpan pakaian yang nak dipakai
Janganlah korang ni simpan segala tok nenek dalam almari. There are better places for that, under your bed or in the store for example. Almari pakaian mestilah up to date.
Tak guna simpan baju raya waktu pinggang masih macam kerengga. Ada orang memang dia sayang barang-barang dia sampailah dia sendiri pun tak tahu dimana dia simpan barang tu.
Jadi, buat apa untuk menyimpannya? Less is more. Barang yang banyak tu lah kadang buat kita lagi malas nak mengemas.
4. Gunakan ruang secara vertical.
Manfaatkan ruang yang ada di dalam almari dengan susunan vertical. Di belakang pintu contohnya. Korang boleh beli penyangkut baju dan letak di belakang pintu.
Bolehlah sidai tulang, sangkut baju-baju yang nak digunakan keesokkan harinya. Sama juga macam dalam almari, ada ruang je letak bakul bakul secara vertical, bagi memperbanyakkan ruang penyimpanan barang.
5. Pastikan setiap item ada tempat khas.
Kalau ruang tu khas untuk baju dalam, janganlah dok letak tudung ke stokin ke, janganlah simpan di tempat yang sama. This will create less confusion.
Skaf ha susunlah ikut warna. Kalau ada 300 skaf? Ha pandai pandailah susun. Korang boleh juga beli file yang ada zip tu untuk simpan telekung, alas tilam, alas bantal.
Kiranya setiap barang mesti ada rumah dia. Kalau dah keluarkan barang tu, kena letak balik dalam rumah dia. Ajar diri untuk tetap displin.
Kesimpulan
Sebenarnya tak susah mana pun nak susun barang sendiri di dalam almari. Ikut kreativiti dan kekemasan seseorang tapi apa apa pun ikut atas kerajinan atau kemalasan seseorang.
Kalau malas, memang beranak pinaklah baju tu dalam almari, sekali buka ha habis jatuh semua baju baju. Tak salahnya, olah balik barang-barang yang ada dalam almari tu.
Korang jangan risau, sekarang dah bersepah tips dan idea kemas barang, malah dah jadi trend tau. Orang kata deko-deko rumah.
Banyak dah orang kongsikan deko rumah, deko almari, cuba variasikan kreativiti kita. Almari yang kemas, takkan buat mata kita sakit ketika melihatnya. Jadi, jom ubah!
Menarik gambar yg last tu ... Thanks bg idea ...
BalasPadamCantik
BalasPadamTq for sharing
wahhhh
BalasPadam