Pengalaman Betulkan Nama Pada Ticket Flight Air Asia | Ini adalah pengalaman pertama aku live chat and submit e-form Air Asia. Sebab apa daku hantar e-form? Hari sabtu lepas, tunang daku beli tiket ke Padang, Indonesia.
Then, aku cek rupanya ada dua kesalahan pada nama penumpang. Apa yang aku tahu, kalau nama pada ticket flight tak sama pada passport, mungkin tak akan dapat naik flight. Itu yang aku tahu lah. So far selama ni aku beli sendiri, memang aku akan cek dengan betul. Takut bermasalah lepas beli.
Setakat ni AirAsia bagi je kalau kita nak buat pembetulan pada nama. Mungkin korang pernah salah eja, contoh Siti Shuhada jadi Siti Shuhaida. Pastu, contoh lagi pada title Mr kepada Ms padahal penumpangnya lelaki.
Then, kalau masalah bin binti, Air Asia tak kesah sangat asalkan bukan A/L A/P, nama dah melayu tapi ada pulak A/L contoh Ali A/L Abu, kalau yang ni memang korang kena tukarlah. Lain-lain macam nak tukar terus nama penumpang memang Air Asia TAK BENARKAN ya!
Salah ejaan boleh, kalau gatal nak tukar terus nama penumpang memang korang cari penyakitlah.
Cara Betulkan Nama Pada Ticket Flight Air Asia
Jadi caranya macam ni,
1. Pergi ke laman web Air Asia, log in macam biasa. Kalau tak ada account Air Asia, silalah buat ya.
2. Bila dah log in, korang terus klik pada Customer Support. [KLIK SINI]
3. Di sebelah kanan laman web tu, ada Contact Channels then klik pada EMAIL US.
4. Maka keluarlah E-Form Air Asia.
5. Isi form dengan lengkap tau. Tak tahu lagi? Okay aku tunjukkan terus.
6. Dekat eForm tu, type of feedback korang klik pada Enquiry/Request
7. Then klik pula pada sub category 1, korang select Booking Changes
8. Pada sub category 2 pulak, korang klik pada Name Correction
10. Flight Details pula, completekan juga ye. Korang commentlah sikit apa yang korang nak betulkan tu.
11. Submit and attach files. Korang kena submit IC, Flight Details itinerary and passport korang. AirAsia akan cek terus maklumat diri korang.
12. Submit then AirAsia akan email no case korang.
13. Then pergi semula contact channels then klik pada chat with AVA, korang sembang sembang then dia akan proceed pada rakan allstar, iaitu live chat. Nanti kat live chat tu korang bagi no case korang bagi tahulah masalah korang tu.
14. Nanti diorang akan settelkan masalah korang secepat mungkin. Daku just tunggu 10 minit dan dapatlah itinerary yang baru.
Kesimpulan
Jadi macam mana? Dah faham? Tapi aku harap sebelum korang proceed untuk pembayaran tu silalah check dengan betul. Aku tak nak nanti korang susah susahkan diri macam daku ni.
Kang kita nak bercuti jadi tak bercuti pulak. Aku harap pengamalan aku ni dapat bantu pada korang yang ada masalah sama macam aku. Hehehehe selamat bercuti.
Sila tinggalkan comment korang disini!