26 Oktober 2022

Sebagai Blogger Perlu Ke Update Blog Setiap Hari

Sebagai Blogger Perlu Ke Update Blog Setiap Hari | Topik ni rasanya dah berkali-kali dah aku tekankan. Betul tak? Macam mana pageviews nak naik kalau ko tak rajin update. Blogger yang berpuluh juta pun still update tau.

Kita yang newbie ni masih culas lagi nak update blog. 

Bagi aku, aku memang akan update satu hari satu post, tapi kadang disebabkan hal-hal kerja aku tak dapat nak update satu hari satu entri. Sebagai seorang blogger, kita memang perlu update entri setiap hari


Aku tak cakaplah sampai nak update beribu untuk satu hari. Ko pun kena tahu limit ko jugak kan? Takkan manjang nak update, mesti orang boring nak baca.

Kenapa aku cakap at least satu hari satu entri? 

Pembaca sebenarnya memang suka blog yang selalu aktif dan sentiasa update entri. Aku sendiri pun cukup bengang bila ada blogger lain sampai berbulan tak update. Haishh kita blogger, kita pandang juga hal ni. Bila nak blogwalking je, lah berbulan tak update blog. 

Bosan dan malas nak jengah blog yang jenis tak reti nak update ni, apatah lagi blog yang aku paling suka nak blogwalking. 

Luangkan masa ko untuk update entri, sekurang-kurangnya satu entri untuk satu hari. Aku faham, ada lagi blogger lain yang busy tapi diorang ni sempat jer bahagi masa. Semua orang busy tapi tak semua orang yang tahu manage masa dia. 

Balik-balik tak ada masa je nak update, jangan marah pula kalau blog ko pageviews makin menurun. Ko malas update blog, pembaca pun malas nak tengok blog ko. Gitu. 

Perlu Ke Update Blog Setiap Hari?


Last but not least,

Cubalah bila bagi entri baru selitkan info, tips, review or apa sahaja yang bagi ilmu pada orang lain. Entri ni tak perlu panjang-panjang, sekadar yang mampu tapi jangan terlebih pendek pula. Nanti pembaca boring nak jengah blog kita. 

Nak lagi senang, ko cari resepi resepi kat facebook, ko copy and edit sikit sikit bagi nampak kelainan. Tak pun, ko pergilah kat hellodoktor tu, ko copy and edit sikit pastu kalau letaklah sumber dari hellodoktor. Benda dah mudah dah sekarang ni. 

Kalau susah sangat, ko published semula je entri lama-lama. Ko update sikit kat entry lama tu pastu published, ha settle masalah. Aku pun kadang bukannya ada masa sangat sebab tu kalau ko perasan memang aku published je artikel lama. Janji blog aku ni sentiasalah update. 

Percayalah, pembaca macam kita juga. Entri panjang sangat confirm klik pangkah. Tak larat nak habiskan baca, samalah macam aku ni. Aku suka blog yang sentiasa update, tak berserabut dengan cerita personal. Banyak info menarik yang dikongsikan tu lagi lah aku suka datang.

Apa pendapat ko? Perlu atau tak update blog setiap hari ni? Tapi tulah, ko malas ko punya suka lah, blog ko bukan blog aku. Nanti kalau pv aku menaik, ko jangan marah pulak. 

8 ulasan:

  1. Perlu kalau kita nak kekalkan rating PV kita, kecualilah memang blog kita ada pengunjung unik tersendiri so tak update tak ping pun PV sehari kekal naik...

    BalasPadam
  2. Huuu, nak update hari² tu sampai letak auto update. Haha still, ada jugak miss a day.

    BalasPadam
  3. kena rajin letak auto post kalau xda masa hehe

    BalasPadam
  4. Sekarang pun kak net republish content lama-lama dari blogspsot dulu. Sayang pulak tak kongsi. Mujur le ada.. kiki

    BalasPadam
  5. aku marah klo ko tak tegur aku suruh rajin update blog hari²..haha😅😅

    BalasPadam
  6. Hihihi. Dah berbulan tak update ni. Rasa tertampar pula bila baca ni.

    BalasPadam
  7. Ikut fakta, perlu. Ikut mood....Kahhhh!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!