3 Oktober 2022

Tips Untuk Memohon Kerja Melalui Email

Assalammualaikum & hello there!

Pagi pagi dah sembang tentang tips untuk memohon kerja. Sekarang ni semuanya dah mudah, nak cari jawatan kosong tak perlu dah kehulur hilir di shopping mall. Semuanya dah ada dihujung jari, klik jawatan kosong ha keluarlah segala jawatan tu. Cuma yang jadi menjengkelkan bila kita ni sendiri hantar resume kosong je di email. Ya! I pernah buat juga tapi memang satu kerja pun tak datang panggil. Jadi hari ni , I nak kongsikan tips untuk memohon kerja melalui email.

1) Sila guna alamat email yang professional

Disini I tekankan, company besar akan pandang pada alamat email seseorang. Contohnya nama, shuhadalovekpop@gmail.com. Do you think that company take you as a staff? Pikir sendiri. Mereka ni bila pandang nama macam tu, automatik terus tak mahu baca, silap silap delete terus. 

2) Tajuk & subject email yang betul

Tajuk korang pastikan ianya tepat dan padat. Contohnya, "APPLICATION FOR SITE SUPERVISOR OR RELATED ENGINEERING FIELD". Kan sedap bila dapat email macam ni, kalau I jadi person in charge untuk resume and staff baru memang I akan reject terus tajuk email yang entah apa apa. Bukan apa, mungkin jawatan kosong itu beribu orang hantar email, takkan mereka ni check satu satu email tu, dengan hanya tengok tajuk dah cukup untuk bantu company tersebut. Memudahkan kerja orangkan lagi elok?

Bila dah bagi tajuk yang tepat dan padat, janganlah hantar email & resume kosong je. Tulislah isi kandungan yang menarik perhatian company tu. Cuba konsep "jual diri" semasa menghantar resume tu. Jual diri ni bukan jual body tau! Kita nak promote diri kita ni dekat company tu. Benda ni sangat sangat mempengaruhi semasa interview nanti. Bagi isi kandungan yang menarik, contohnya,

"Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dear Sir/ Madam,
Good day.
As stated for title above, my name is (isilah nama korang) would like to apply a job position as a (jawatan kosong yang korang berkenan tu) or related field position in your company. I am very interested in being part of your tem. I applied for this opportunity because I believe that the qualification and experience that I have can be contributed to your organization.
My enclosed resume provide you with further information of work experience and details.
Please feel free to call me at (no hp korang) or email me at (alamat email korang) for any responses. Thank you for your time and cooperation.
Sincerely,
(nama korang)"

Mudahkan? Korang boleh je cari di google, berlambak keluar contoh ayat email resume. Tak susah sebenarnya, korang je yang perlu rajin.

3) Format resume dan lain-lain dokumen.

Sesetengah company mereka ni nak resume yang formatnya PDF, ada sesetengah lagi nak resume yang berbentuk format Words. Tapi I lebih suka hantar berformatkan PDF. Bila iklan jawatan kosong, sila lihat sama ada mereka mahu PDF atau Words, jangan hentam keromo je tau Namakan semua dokumen tu dengan seragam, shuhada herman resume or shuhada herman sijil dan lain lain. Mudah kan?

4) Elakkan kesalahan ejaan.

Sebelum klik hantar, sila sila dan sila check ejaan korang. Baca satu persatu dan perbetulkan ejaan yang salah. 

Akhir kata,

Dengan adanya tips ini, semoga membantu korang yang tengah mencari jawatan kosong yang serupa dengan diri ini. Kesilapan boleh diperbetulkan jika kita tahu dimana silapnya. Good luck semua.


2 Comments

nice tips! sha pun stress bila orang suruh buatkan resume pastu emel macam zaman wechat hshshshs

nice info thankyou! but if they're saying that our requirement doesn't meet your preference mcm mana pulak

Sila tinggalkan comment korang disini!