8 Mac 2023

Tempat Tengok Kapal Terbang KLIA

Tempat tengok kapal terbang di lapangan terbang KLIA, pernah sampai tak sini? Selamat berpuasa untuk hari ke 12. How's your day? Did your fasting is well? Bulan puasa ni memang kita kena jaga kesihatan jugak, berbuka dengan makanan yang seimbang, jangan berbuka dengan minum air yang banyak tau. Balancekan dengan makanan okay.

Hari ini aku berkesempatan lepak-lepak di kawasan KLIA2 tapi bukan di dalam KLIA2 tu  tau, buat apa duduk dalam kalau bukan nak flight kan? Membazir je duduk dalam tu, baik duduk luar tengok kapal terbang nak landing. 


Aku rasa ramai je yang dah tahu tempat tengok kapal terbang ni kan? Tapi mana yang tak tahu tu tak apa. Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak datang kat kawasan ni. Macam aku ni, aku dari Lukut, Port Dickson akan lalu di kawasan Sepang. Aku ambil masa setengah jam dari rumah aku untuk sampai di situ. 

Tempat Tengok Kapal Terbang KLIA


tempat tengok kapal terbang
Kapal Terbang Nak Landing



Kadang orang dah bosan dengan pantai, mesti nak tengok tempat lepak baru, betul tak? Apatah lagi viewnya teramat cantik, no wonderlah ramai yang datang kat sini. Aku rasa kalau bawak budak budak kecik lagi teruja nak pergi tempat tengok kapal terbang. Ni lah salah satu usaha nak happykan anak even tak mampu nak terbang bersama dengan diorang.

Baca lagi: Pantai Teluk Kemang

#1 Macam mana nak sampai sini?

Korang waze "Jalan Pekeliling KLIA2",  waze ni akan hantar korang betul betul di tempat Randezvous Point KLIA2, tapi korang jangan risau memang akan ramai & banyak kereta will be park on tepi jalan. Easy right? 

Sebenarnya ada dua jalan, korang boleh guna laluan Jalan Pekeliling atau Jalan yang berhampiran TUNE HOTEL, tapi aku rasa laluan tu quite pening sikit sebabnya memang akan terlajak ke balai ketibaan, dah nanti ke pusing semula. Better waze je Jalan Pekeliling.

Tak pun, korang boleh coordinate kat google map ni, confirm sampai tepat di tempat lepak ni. 
Lokasi : 2°42'34.9"N 101°43'13.0"E



#2 Waktu Apa Yang Sesuai?

Of courselah diwaktu petang kan. I think around 4pm until 7pm, tadi pun aku gerak dari rumah jam 4.30pm, dalam jam 5 pm dah sampai kat tempat lepak ni. Tak jauh mana pun kalau dari area PD. Boleh je bawak kanak-kanak, diorang mesti lagi excited. Aku sendiri pun jakun gila padahal selalu je naik flight. Tak pun bawak je sedara mara yang datang rumah kita ke sini.

Bukan selalu kan jalan jalan kat tempat tengok kapal terbang macam ni? Seriouslay memang ngam-ngam atas kepala kita tau kapal terbang tu. Aku jumpa Turkish Airline, Lion Air, Mas, Air Asia eh memang banyaklah. 

TEMPAT TENGOK KAPAL TERBANG KLIA
Kemain laki aku


Kapal terbang ni akan mendarat tiap 2-5 minit, korang akan nampak cahaya lampu dari langit makin dekat dengan korang. Masa tu get ready ler camera and everything. Its time to capture a greatfull moment.

Check point ini untuk kapal terbang arrival je tau bukan departure, kalau nak view kapal terbang departure, boleh pergi di jalan yang sama jugak. Do not worries, mesti orang ramai yang lepak.

Akhir Kata

Ha, korang jumpa tak? Masa aku datang ni, mula mula tak ramai tapi dekat dekat nak berbuka tu ramai pulak orang. Seronok tau setiap 2-5minit mesti lalu kapal terbang. Tak putus putus pun kapal terbang ni mendarat.

Aku harap dengan perkongsian ni akan memudahkan perjalanan korang ke sini. In syaa Allah akan sampai dengan jayanya. Amin.

UPDATE : TEMPAT NI DAH TUTUP DISEBABKAN KECUAIAN PARA PENGUNJUNG. 

8 Comments

Okay terima kasih OM bagitau tempat ni. Teringin jugak nak lepak kat sini petang2

uishh nampak dekat lahai kapal terbang tuuu

Thanks for your sharing 😊

Kalau motor boleh lalu situ ke? Ke kena naik kereta je?

member ada ajak ari tu.
tapi tak berkesempatan, OM.
menarik nyer lah.
aida pernah merasa plane atas kepala masa kat langkawi.
airport kan tepi jalan jer. seronok!

teringin jugaa bila tengok orang bergambar kat sini.. kata dh tutup ari tu tempat lain ehh

ain pernah sampai sini sebelum tempat ni viral lagi kihkihkih... seronok betul kan dapat tengok kapal terbang ..

Sila tinggalkan comment korang disini!