10 يونيو 2021

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29

Bismillah.
Assalammualaikum.

PENGALAMAN TEMUDUGA PENOLONG JURUTERA JA29 | Sebenarnya Om menghilang sebab Om dapat temuduga penolong jurutera ja29. I didn’t expected that I got it again. Sebelum ni dapat temuduga penolong penguasa kastam tapi tak dapat pergi sebab tarikh temuduga 2 hari sebelum nikah. Om buka SPA bulan 5 hari tu, masa tu tergerak hati nak apply kerja yang lain tiba tiba eh dapat temuduga tapi tak tahu pun yang Om ni dapat. Om sibuk dengan majlis nikah Om sendiri, mana ada masa nak tengok email bagai.

Nak dijadikan cerita, husband Om memang lupa nak log out email Om dari handphone dia. 26/7 tu dapatlah email dari SPA, husband screenshot dan terus wassap pada Om. “Congratulation Ciksu” bila husband kata macam ni. Aik congrats apanya, kat site ni line celcom berlari tak tentu hala. Kadang kadang no service. Rupanya Om dapat temuduga penolong jurutera di bahagian KKM. Mahunya tak happy, mak abah & mak mertua pun Om dok call bagi tahu. Berita gembira ni kita kena kongsi. Abah Om dok ingat dapat cucu baru, lagi lawak tau.





Alhamdullilah semalam 29/8 dah selesai dah temuduga tu. Excited dan gemuruh punya pasal tak tido tau malam. Risau sangat sangat bila panel tanya soalan out of the box. Dibuatnya panel tanya pasal politik, tak ternganga kita ni? Husband sampai ambil cuti semata nak hantar dan teman Om. Dia yang lagi semngat tau. Om nak ceritakan pada korang tentang pengalaman Om ketika temuduga.

Umum korang tahu, bila temuduga sektor awam apa yang kita nampak ialah pemakaian kan? Pemakaian ni melambangkan personaliti kita. Janganlah pakai baju tak bergosok, tudung renyuk. Kalau boleh, kemaskan diri dan pakaian dulu. Om punya lah excited siap beli baju baru, tudung baru, kasut baru dan juga nametag. Om nak nampak diri ni kemas dan ada personaliti. Barulah panel bersemangat nak tengok kita. 

Dari segi persiapan document, Om sendiri pun terlupa nak update gambar IC. Thats was my biggest mistake sebab terlupa sangat sangat. Tengah temuduga tu baru teringat, eh tak update ic padahal lain lain tu dah update dah. Tapi Om dah redha dah. Buat seawal yang mungkin bila kita kena update apa apa dalam online. Kita ni manusia, memang cepat terlupa. Dont do like Om okay? Persiapan dengan soalan bila panel ajukan? Ini Om sendiri google tanya apa je soalan yang panel akan tanya. Kita ni tak boleh expect pun panel tanya apa. Jujur semalam, Om orang pertama sekali temuduga. No giliran dah lama dah panggil rupanya, rezeki semalam panel baik baik dan membantu. 

Siap ada name tag tau tapi suami tak bagi amik gambar sekali nampak macam kelakar hahahha.


Soalan temuduga dpenolong jurutera ja29 yang panel tanya semalam:

1) Introduce yourself (Om siap tanya Tuan nak BM or BI) panel tu kata whichever yang Om rasa selesa. Dah tentulah pilih BM, mula mula memang nervous sampai tersasul. Panel tu siap kata relax, kalau ada air minumlah air dulu. Om totally stuck bila tengah explain study kat mana. Alhamdullilah panel membantu. Sambil introduce tu, Om memang nak tekankan pengalaman pasal loji air (water treatment plant) this is my tactic nak elakkan panel tanya soalan yang out of the box. Heheheh memang dah jangka, panel tu tanya soalan ni

2) Kenapa Wall loji air berbeza dengan wall rumah? Eh panel ni macam tahu tahu je Om tekankan pasal water treatment projek. Start dari soalan ni, semuanya panel tanya berkaitan dengan technical.

3) Dekat wall loji, ada guna membrane tak? Yang ini agak tricky sebenarnya, Om cakaplah based on my exprience Om tak pernah jumpa lagi yang guna membrane, semua guna waterstop utk construction joint. Panel tu dah senyum dah, siap kongsi pengalaman dia lagi tau. Dia pernah buat loji kat navy tpi loji tu dalam tanah. Dia tanya lagi soalan ni

4) Macam mana awak nak tahu kebocoran air bila kita buat loji dalam tanah? Om cakap kita uji dengan water tightness test. Dari situ kita tahu bocor atau tak tangki tu. Tapi sebelum nak mulakan test, segala jenis defect kena buat dengan sungguh-sungguh, klau tak ini akan effect dengan water tightness test tu. Panel tu senyum lagi tau.

5) Boleh tak awak bagi saya characteristic rebar dengan lebih details? Om tak ingat langsung dengan strenght besi, om minta maaf sangat dengan panel mmg betul betul tak ingat sebab baca sekali imbas je, padahal selalu je buat test strength besi. Om bagi jawapan yang lain, Alhamdullilah masih diterima lagi.

6) Ini soalan daripada ketua jabatan, macam orang jabatan engineering gitu.  Saya tengok awak stay di company yang lama sangat lama, kenapa tahun ini awak tukar ke company lain? Awak tak tergopoh lompat company company lain. Om jawab, Om nak belajar dan explore lagi tentang projek loji. If kita stick in one company, we didn’t have another experience. Om nak variasikan lagi pengalaman tu. 

7) Tentang gaji, awak tak kesah gaji awak rendah? Om cakap,  permulaan sesuatu kerja kita tak boleh expect nak gaji mahal, sekali kita menapak di sektor yang berbeza, kita masih zero, like we are nothing. Tapi Om percaya peratusan untuk kenaikan gaji adalah tinggi, kelebihan kelebihan yang tak ada di sektor swasta tu yang patut kita lihat jugak.

8) Sekiranya awak jadi leader di sesebuah organisasi, apa yang awak nak terapkan dalam organisasi awak? Soalan ni macam lost tak ada idea tau, pastu tawakkal je lah. Apa yang nak Om terapkan ialah kepentingan masa sebab masa ni tak semua orang boleh punctual, tak semua boleh nak tepati. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali bagi mereka yang beramal soleh dan beriman. Panel teknikal tu dah senyum dah, masa ni penting Tuan, terutama kita sebagai kaki tangan kerajaan, Om tak nak nanti anak buah Om cuai dalam masa. Masa tak jaga, itu tanda kita dah cuai dalam displin.

Banyak jugalah panel panel tanya tapi Om ingat 8 ni je, Om rasa masa tu panel tu tanya hampir 10 soalan macam tu lah. Tak sangka soalan tu mudah dan boleh Om jawab. Tu yang suami kata, confirm ke tak klentong panel? Mulut awak ni bercakap kadang melalut luar topik tau.

Suami aka driver full time, sanggup nak bercuti semata nak teman wife dia.

Om cakap je kat panel tu, "saya nervous Tuan sebab kadang soalan out the box tu keluar dan tak boleh jangka" Panel tu kata lagi, aik awak study ke? Saya study Tuan dekat 2 minggu, refresh back pasal engineering & pengalaman, kalau tak study ni Tuan, perasaan senang ni akan buat kita tak gemuruh langsung. Panel gelak, Hahahhaha patutlah awak introduce dah gemuruh awak ni. Apa apa pun, awak buat hari saya ceria dan banyak soalan yang awak dapat jawab. Saya doakan maju jaya.

Itulah, ini adalah pengalaman pertama Om temuduga kerajaan, tentang rezeki tu, Om redha dengan keputusan sebab Om dah buat yang terbaik dah. Buat korang yang nak temuduga tu, tolong jangan rasa senang sangat okay! Sama sama doakan keputusan temuduga ni pada hujung bulan, nanti Om share ye!


UPDATE : SAYA TAK DAPAT PUN JAWATAN NI DAN MASIH SETIA DENGAN COMPANY LAMA.

هناك 15 تعليقًا:

  1. Seronok baca experience OM. Tahniah Om. Ain doakan OM dpat jawatan tu. Amiiinnn. Doakan Ain jugak ye OM. Lpas skip satu temuduga SPA hritu terus tak dpt mana2 panggilan temuduga SPA dah. Pdahal 3 sebelum tu tak pernah skip. Heheh belum rezeki.

    ردحذف
    الردود
    1. Usaha sampai dapat. In shaa Allah mesti ada rezeki kita nanti. 🥰

      حذف
  2. İnteresting post 😊 thanks for your sharing 😊

    ردحذف
  3. Good luck Om, moga ada berita yang baik nanti ! Happy for you.

    ردحذف
  4. أزال المؤلف هذا التعليق.

    ردحذف
  5. Kak OM, Beeha curious laa tentang engineer. diaorang ada gred gred jugak ke macam cikgu, so that gaji based on gred tu?

    ردحذف
    الردود
    1. Haah. Kalau diploma gred lain, degree gred lain. Gred tu penentuan gaji basic kita dpt berapa. Kalau mcm kak OM, diploma gred JA29 gaji start dari 1.5K-4K , tiap tahun gaji naik sampai 4K tu. Lebih dari 4K tu kne ambik degree

      حذف
  6. Assalammualaikum sis, lulus tak interview penolong jurutera tu ?

    ردحذف
    الردود
    1. ni mesti lulus exam penolong jurutera tu kan kan kan heheh!!

      حذف
    2. Tak lulus pun sis... saya tak ada cable kuat nk masuk dlm jwtn tu hehehehhe

      حذف
  7. Hai, saya nak tanya berapa hari gap sebelum temuduga dan sempat ke nk revise apa kita pernah belajar?

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!