Artikel ni dah lama tau, cuma seronok nak ceritakan semula cara naik ke Skybridge KLCC. Ko pernah naik tak? Kalau tak pernah naik, kena cuba sekali dalam seumur hidup.
Sebenarnya dah lepas dah pun tapi baru hari ni nak update entri blog. Haishh tak fahamlah dengan hidupku ni, tengah busy buat tender baru terhegeh hegeh nak update blog. Bila ada waktu free, di punya tahap kemalasan tu Allah je yang tahu betapa malasnya nak update.
Sempena dengan birthday husband, memang dah niat nak belanja bawa pergi jalan-jalan tapi tak sure kemana. Pikir punya pikir, nak pergi KL Tower sebab masa tu ada free ticket untuk sesiapa yang lahir di bulan 10.
Bila tanyaa husband, dia pula tak kesah nak pergi yang mana satu, KLCC or KL Tower. Aku pun pilih Skybrigde, KLCC sebabnya dari zaman belajar lagi nak pergi jambatan KLCC tapi sampai ke sudah tak pergi.
Jom belajar cara naik ke Skybridge KLCC
Macam mana nak ke kaunter tiket?
Kalau ko dari pintu dewan fiharmonik ni senang je tapi kalau ko dari LRT KLCC, ko ikut je laluan ke KLCC dan bila dah sampai dalam KLCC tu, ko jalan terus dan ke arah kanan hingga jumpa Store ZARA sebelah tu ada eskelator naik ke atas dan straight ambil belah kanan, mesti jumpa.
Nak senang, pergi tanya kaunter pertanyaan depan Uniqlo. Easy peasy. Ada mulut kan? Apa kata cuba tanya. Hehehehe jahatnya aku.
Berapa ringgit harga Skybridge Klcc ticket?
Untuk bukan warganegara boleh tempah di laman web, tapi untuk warganegara kena direct to counter tau!
Untuk myKad, dewasa RM28 dan kanak-kanak RM20. Kaunter ni dibuka pada jam 9 pagi hingga 9 malam tapi tiket boleh dibeli pada jam 8.30 pagi, beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin!
Masa beli tiket, diorang akan bagi tahu bila kita akan naik ke atas, ko jangan estimate bila kol 9, kol 9 jugak ko naik atas. Diorang akan bagi tahu masuk melawat pada jam berapa. Masa aku pergi tu, aku beli tiket kol 10 tapi dapat naik ke atas kol 4.30 petang.
Panjang gila gap masa tu. Kokena ada 15 minit awal tau!
Sebelum nak naik ke atas, wajib cek keselamatan dan juga barang yang kita bawak. Kalau ada bawak seperti monopod atau makanan dan minuman dan sebagainya, boleh disimpan di kaunter yang disediakan, sebelum balik boleh ambil ye!
Pastikan ko ikut semua peraturan yang ada di sini. Kat sini bukan tempat untuk nak mengaruk dan buat akal. Kena ikut apa yang diorang bagi tahu. Malu nanti, sebab ramai pelancong yang ada dengan ko masa nak naik ke skybridge tu.
Nanti ko akan dapat tag yang bertali mengikut team masing-masing, kitorang dapat tag merah. Jenuh melayan orang jepun yang memekak buat suara anime. Entah apa apa perangai diorang. Mostly group merah ni orang asing je, kitorang berdua je orang Malaysia.
First, ko akan dibawa ke tingkat 41. Tingkat 41 ni lah yang skybridge tu, jambatan yang menghubungkan 2 menara. Masa taklimat ada brader ni bagi tahu, jambatan ni tak bersentuh dengan normal dan tak kekal, jambatan ni boleh bergerak-gerak iku kelajuan angin.
Jangan risau In syaa Allah tak jatuh ataupun runtuh. Seriau jugalah tengok bawah skybrigde ni, orang dan kereta macam semut je.
Ko juga akan diberikan masa 10 minit untuk berposing dan menikmati pemandangan dari atas jambatan yang tingginya 170m. Heheheh siapa takut tinggi tak yah pergi lah, rugi beli tiket kalau tak enjoy!
Gitu.
Lepas 10 minit ko akan dipanggil untuk naik lift untuk ke destinasi seterusnya iaitu Observation Deck di tingkat 86. Untuk pengetahuan ko, KLCC mempunyai 88 tingkat, dan tingkat 86 berketinggian 365m dan dua lagi tingkat untuk services. Dari tingkat 41 korang naik ke 83 dan tukar lift ke 86.
Kat atas ni, ko boleh guna teropong dan menikmati pemandangan yang cun selama 20 minit tapi tak terasa dah 20 minit macam kejap je, tup tup dah panggil dah. Jangan risau, kat atas ni ada je jurugambar yang akan ambil gambar kita tapi kita boleh decide nak beli atau tak.
Akhir Kata
So far, sepanjang 24 tahun hidup ni lah satu satu kenangan yang terbaik dalam hidup. Sekurang-kurang kita dh tahu apa yang ada dalam menara KLCC dan nanti bolehlah cerita pada anak anak tak pun bawa je diorang bila kita free.
Rugi tau sebagai rakyat Malaysia kita tak pernah nak melawat tingkat paling atas KLCC, sebab tempat ni lah tiket selalu sold out oleh tourist. Cepat grab peluang!
.
7 Comments
Bestnyaaa . Saya pun tak pernah explore dalam twin tower tu lagi . Btw , kite sebaya . Hehehe .
Happy belated birthday to your husband .
Happy Birthday buat Suami OB..
Sis last masuk masa Merdeka tu haaa..lama gile tak masuk jenjalan dalam tu, meriah ek...tapi ermmm ramai warga asing huhuhu
Happy belated birthday to Suami OM. Bestnya dapat naik twin Tower. Ayah kita Petronas pun, masih tak dapat naik lagi. huhuhu
bestnya dpt pergi kl tower, blum berpeluang lagi.
Dah lama teringin nak naik sini.. kena kumpul duit nie..
Happy birthday buat suami OM..
Seronoknya. Cantik pemandangan. Tak pernah lagi berkesempatan nak naik sini
bestnya..kita tak pernah lagi naik sampai atas tu om...
Sila tinggalkan comment korang disini!