PERBEZAAN BB, CC DAN DD CREAM | Tipulah kalau korang tak peningkan? Apa dia BB, CC dan DD cream ni, bila picit sama je pun yang keluarnya. Sama juga dengan foundation. Pening kan? Om explain dan harap bermanfaat.
1) BB CREAM (BEAUTY BALM/ BLEMISH BALM)
BB cream ni jenis cream yang ringan, coverage tak heavy kalau nak bandingkan dengan foundation. Biaaasanya formula BB cream ni akan hydratekan skin, ada SPF dan biasanya ada ciri-ciri untuk control oil di kulit kita. BB cream ni juga coverage light to medium sahaja jadi kalau nak full coverage BB cream bukan untuk awak.
Jadi bila skin kita berparut biasa-biasa atau tak berapa jelas, boleh guna BB cream. Contohnya, kalau dah malam ke rasa nak keluar atau malas nak pakai makeup tebal, BB ni sesuai walaupun coverage dia tak tebal tapi masih okay untuk elak muka dari nampak kusam disebabkan tak pakai apa-apa di muka. Dulu BB Cream hanya untuk oily dan combination skin sahaja tapi sekrang dah ada untuk all type of skin/dry skin. Sebelum beli baca label dulu ye?
2) CC CREAM (COLOUR CORRECTING CREAM)
CC cream provide extra coverage kalau nak banding dengan BB cream, jadi incase kalau ada parut yang banyak, jeragat or redness, CC cream yang patut korang pakai. Texture CC cream ni agak pekat dan heavy sikit daripada BB cream.
Senang cakap, ibarat CC cream ni kita pakai dia je, then yang tak perfect kat skin macam dark circle, parut ke lain tu kita tak perlu dah pakai concealer/colour corrector dah.
3) DD CREAM (DYNAMIC DO CREAM)
Texture DD cream sama macam BB cream dan ada juga particles Colour Correcting macam CC cream. DD cream ni sesuai untuk mature skin. So kalau skin kita concern dengan anti aging, umur dah 40an ke atas, DD cream ni patut korang pilih instead of BB or CC cream.
So macam mana? Dah boleh beza BB, CC dan DD cream? Kalau dah, GOOD JOB!
BACA JUGA :
BOTANICAL EFFECT F3 MARY KAY CLEANSER REVIEW
Hahaha Confius banyak sngt version dia. ^^
BalasPadamSelalu confuse bab nie . heheheh :) Yang pro bab make up je master dalam pemilihan foundation , cc cream , bb cream nie .
BalasPadamSis pakai CC, maklum laa muka tak berapa nak feloles hahahaha
BalasPadam