22 November 2022

Duit Salam Kaut Milik Siapa?

Korang nak buat majlis kenduri kahwin tu kan, apa salahnya kalau ko fahamkan dulu tentang duit salam kaut ni. Kat kampung aku ni, kitorang panggil duit salam kokot. 

Kalau belah utara tu aku tak pasti nak panggil apa. Biasa kalau kita pergi majlis kahwin ni, takkan nak bawa diri aje kan. Kenalah bagi duit salam kaut ni sebagai tanda ko bersedekah kat majlis tu. Bukan selalu pun. 

Lagi pun, mana ada tetapkan jumlah berapa yang perlu kau bagi betul kan? Ikut atas kemampuan ko, kalau nak bagi RM1, ha bagi ajelah. Bukan apa, nanti bila majlis ko mesti orang akan buat benda yang sama. Lagi-lagi kalau yang jenis duduk di kampung.

Kalau ko jenis asyik nak salam kosong aje, nanti mesti di balas. Begitulah adat kita kita ni kan. Mesti nak balasan. 

duit salam kaut

Duit salam keruk milik siapa ni sebenarnya? 

Korang tahu tak, duit salam kaut? Bulan 12 ni, memang banyaklah majlis kahwin. Kadang sehari tu, 5-6 buah rumah. Boleh pecah perut seharian makan nasi minyak, Belah Johor biasanya akan panggil duit salam keruk atau salam kokot. 

Duit salam kaut ini ialah duit pemberian ikhlas kepada tuan rumah yang buat majlis perkahwinan. Aku tak pernah nampak pulak, salam kaut ni bagi hadiah, dapat tisu kosong tu pernah ler. Biasanya, salam kaut ni orang letak dalam sampul duit raya ataupun dalam tisu. Ni jenis yang rare. Ingatkan bagi tisu bekas dia lap mulut hehehehe.

Persoalannya, duit salam kaut ni milik siapa? 

Setahu aku, duit salam kaut ni berdasarkan siapa yang paling banyak keluarkan duit semasa majlis. Tapi, ada je pengantin yang ikhlas hati berbagi duit salam kaut tu dengan orang-orang kuat yang banyak membantu pada hari majlis. Kadang ada jugak, yang mak ayah ambil semua duit salam kaut tu. Its depends pada seseorang jugak.

Kalau macam aku dulu, duit salam kaut parents tu aku bagi mak ayah lebih sikit, adik beradik lain aku bagi ikhlas hati. Then duit salam kaut yang office bagi, kami guna for start the new life together. 

Lagi baik, bagi lah sikit pada pengantin sebabnya tak semua pengantin ada wang lebih lepas majlis. Ye, nak survive lepas majlis ni sangat penting ye. Mana tahu dalam poket pengantin ada cukup makan-makan, ha pikirrlah?

Masa aku lepas kahwin tu, memang pokai wei. Ada duit pun cukup cukup makan aje. Memang betul di awal perkahwinan kita di uji dengan kewangan. Aku pun rasa benda ni. Cuma aku percaya, rezeki tetap ada walaupun macam mana pun dugaan kita ni.

Jadi, 

Aku rasa untuk zaman sekarang ni kan, lagi baiklah kalau ko hadiahkan pengantin dengan barang keperluan rumah. Aku dok tengok dekat tiktok, tong gas pun ada orang hadiahkan pada pengantin. Memang kelakar tapi itulah yang sangat diperlukan ketika membina rumahtangga.

Aku sendiri pun, seronok tau bila akak ipar hadiahkan dapur gas. Aku guna lagi kat rumah baru aku, banyak jugalah sedara mara bagi barang yang banyak kegunaan. Bukan setakat hulur duit dan tenaga, siap ade yang belikan barang barang rumah lagi.

Kesimpulan

Akhir kata, ada baiknya kalau kita ni serahkan semuanya kepada pengantin. Lepas majlis ni, aku yakin memang rata ratanya cukup cukup makan aje. Tapi terserahlah kepada pengantin, untuk membahagikan duit tersebut kepada ibu bapa atau disimpan untuk masa hadapan. 




10 Comments

setuju dengan Om.. pengantin pun perlukan duit lepas kawen. dah banyak habis untuk majlis kan..hehe

tgk juga pada duit sapa yg digunakan dan persetujuan empunya milik duit tu nak bagi siapa

haritu majlis kahwin abang, alang bagi umi abi juga sikit. sebab parents kan. dekat kami adik beradik takde pun. just belanja makan hahaha. okay lah tu kan. lagipun niat ikhlas tolong time majlis tu.

masa nieyl dlu, salam kaut klu org salam mak ayah..mmg nieyl kasi dieorg...
tapi ada juga yg salam pengantin...klu salam pengantin, biasanya pengantin la amek hehehe :P

salam kaut ni tetamu bagi pada tuan majlis. tuan majlis opkos mak & abah. tapi mak ada bagi 1k untuk kitorang lepas kawin.

di kelate ni kena tengok tajuk pd kad jemputan kahwin tu. kalau ditulis walimatulurus maksudnya ada salam kaut la tu. Tp jika tertulis majlis kesyukuran or ya qadzial hajat maka mkn free la tu.

Atas pengalaman Sis kawinkan anak, memang duit dalam kaut Sis dan Suami amik, walau selepas majlis takde hutang, tapi duit tu kami kongsikan dengan anak-anak dan juga adik-adik dan anak sedara yang banyak membantu menguruskan majlis.. belanja makan mereka semua.. alhamdulilah..

dan tengok sapa yang keluarkan duit belanja kawin tu..kalau rasa parents ynag keluarkan duit tu perantin takyah sibuk2 nak kaut jugak. banyak benda lain nak settle, duit letrik, duit air, duit gas

Masa majlis sendiri, berbagi dgn mak ayah sikit. Selebihnya simpan buat beli brg keperluan.

Saya setuju. Tp sekarangni ada pula jemputan melalui RVC ke apa namanya. Adaaeorang dato nikahkan anaknya. Jemputbmelalui RVC itu. Dalam jemputan maya tu ditentukan salam kaut ( terus diberikan barcode utk scan trasnfer duit masuk dalam akaun terus) jika xnak salam kaut, ada bahagian untuk bagi hadiah. Dan gambar2 hadiah sudah ditetapkan. Elok juga bagi mengelakkan lambakan hadiah pinggan dan cawan yg berambak2 dan xgunapun. Apapun kita husno zhon aja kan. Cuma bila nk hadir kenduri rumah dato datinni mcm takot2 gitu. Nk bawa ank kecil pun risau. Mgkin pergi lakibini ajala.

Sila tinggalkan comment korang disini!