23 Januari 2020

APA PERKARA YANG BUAT KORANG BENGANG?

Assalammualaikum dan hai semua!

APA PERKARA YANG BUAT KORANG BENGANG? |  Ada perkara yang buat kita bengang sepanjang hari, bila dikenang makin sakit hati pula. Mustahil dalam seharian kita ni tak ada perkara yang kita bengangm boleh punca tak ada mood tau. Jangan buat hal tau. Om nak share dengan korang apa perkara yang buat Om bengang.

1. Jenis tak reti nak beratur.

Ewah-ewah, sekolah dulu cikgu tak ajar beratur ke? Pernah tu kat cashier, dah beratur panjang tup tup ada akak melayu ni relax je parking barang dia kat atas meja cashier padahal belakang tu berderet beratur. Buat muka tak malu nak bayar, gigih tunggu, padahal boleh jer beratur. Bila kita cakap, beratur, tahu pulak dia nak marah. Eh tak fahamlah jenis macam ni.

2. Dah dekat, baru nak bagi signal.

Ni lagi satu, tutorial belajar bagi signal dah banyaklah. Susah sangat ke nak bagi. Dah nak masuk simpang, baru bagi signal. Sehari tu dekat sepuluh kali jumpa jenis orang macam ni. Tak ada kesedaran sivik.



3. Makan berbunyi, chupp chapp chupp chapp.

Eh hello, Om makan dengan haiwan ke ni? Lembu pun makan tak berbunyi macam ni. Mental tau dengar orang makan berbunyi, rasa nak rakam bagi dia dengar. Bila kita cakap, di marahnya pula. Kita nasihat tak mahu dengar, akhirnya dah malu sendiri bila orang ramai tegur perjara yang sama.

Banyak lagi perkara yang buat daku ni bengang. Kita cuma manusia biasa tak lepas daripada melakukan kesilapan tapi perlu ke sampai berulang kali dan buat orang disekeliling bengang dengan perkara-perkara kecil. Fikirkan.

10 Comments

hmm, menarik topik ni... bila fikir balik, saya jenis manusia yang ikut mood, kalau angin tak baik memang bunyi orang bernafas pun rasa bengang hehe

buat assisgment lambat and submit lambat membuatkan saya bengang

Kak OM, Beeha memang paling stress yang no 3 tu. Tapi, tak tahu nak tegur macam mana. Kang cakap, terus masam muka ke apa pulak. Tak cakap, Beeha yang stress duk dengar chupp chapp chupp chapp tu. Tahu laa sedap pun tapi adab jaga lah. *stress kak*

bab makan bunyi tu kaella pantang giler nak dengar. tak suka dengar. bole hilang mood kita nak makan kalau macam tu. hehe

Amboii sampai macam tu sekali heheheh..

Sama lah, pastu dok rushing and stress sorang-sorang

Kak Om sendiri pun stress apatah lagi orang lain kan? Adab je tak ada time pun mmg susahlah nak nasihat dia.

Hilang mood dan hilang selera jugak tau

Sila tinggalkan comment korang disini!