14 Oktober 2022

Cara Daftar Paypal Account Malaysia Dengan Betul

Cara Daftar Paypal Account Malaysia Dengan Betul | Hari ni gigih daftar paypal account Malaysia, sebelum ni memang dah niat nak daftar tapi manjang tangguh. 

Jadi, hari ni berkesempatanlah nak daftar, lagi pun bukannya susah dan tak perlu pun pergi ke kaunter bank. Semuanya di hujung jari. 

Memandangkan, blog aku ni ada juga berurusan dengan client luar negara dan memerlukan paypal. Itu yang aku gigihkan juga buka akaun paypal.

Pernah dengar kan pasal issue paypal makan duit orang tu? Tapi kalau tak silap itu kes diluar negara, so far aku dah guna hampir 2 tahun ni. Duit selamat aje, tak pernahlah kena telan or something else.

Paypal Account Malaysia

Cara Daftar Paypal Account Malaysia Dengan Betul

Sebelum ko nak daftar tu kan, ada lagi baiknya ko tahu latar belakang paypal. Tak adalah nanti ko rasa was-was bila nak daftar. 

Lagi pun kat Malaysia ni, nak bayar guna paypal masa berbelanja pun boleh. Mana tahu bila ko dapat payment blog, ha ko belanja aje dengan paypal malaysia app. Lagi memudahkan urusan ko.

Apa itu Paypal Account Malaysia?

Paypal adalah salah satu pembayaran yang selamat dan diterima di 203 buah negara seluruh dunai termasuklah Malaysia. 

Perlu ke daftar Paypal?

Sebagai seorang blogger, memang sangat perlu paypal ni, ini kerana blogger boleh berurusan dengan company luar negara yang memerlukan khidmat review mahupun penulisan di blog. 

Apa yang aku suka tentang Paypal, kita dapat tukar matawang luar negara kepada matawang Malaysia dengan begitu mudah iaitu terus masuk ke akaun milik diri sendiri dalam masa beberara hari tanpa sebarang gangguan.

Best kan? Tak perlu susah-susah nak ke kaunter bank, guna hujung jari semuanya boleh settle. Jadi, aku nak ajar korang cara daftar paypal account Malaysia dengan betul.

1. Login ke akaun paypal korang di https://www.paypal.com/my/signin

2. Klik pada bahagian, SIGN UP.

Paypal Account Malaysia


3. Nanti, akan keluar part DUA PILIHAN, jadi korang pilih betul-betul ikut kehendak dan nawaitu korang gunakan paypal. Untuk blogger, pilih pilihan 2.
Pilihan 1 - untuk shopping dan lakukan pembayaran online kepada orang lain.
Pilihan 2 - untuk menerima pembayaran daripada orang lain. 

Paypal Account Malaysia 


 4. Isi email korang, email ni jangan yang dah bertahun tak buka. Email perlu yang selalu aktif dan jangan lupa password email.

Nanti akan dapat email daripada paypal untuk confirmation alamat email yang didaftarkan. 


Paypal Account Malaysia

5. Bila dah dapat email daripada Paypal, sila sahkan dan automatik korang dah ada akaun paypal. 

6. Korang kena log in sekali lagi beserta password yang korang daftarkan, korang kemaskini maklumat korang di Setting, belah kanan sekali tu. 

Masukkan semua maklumat dengan tepat ye!

Paypal Account Malaysia

7. Untuk isi nombor akaun, korang klik pada Account settings > Business profile > Money, banks and cards.

Isi segala details bank akaun korang di dalam bahagian yang disediakan. 

Akhir Kata

Jadi, apa tunggu lagi? Bukannya susah pun kan, sonang jor nak daftar paypal account Malaysia! Klik klik, isi isi detail dan siap! Dengannya ada akaun paypal, aku harap boleh guna untuk terima payment daripada syarikat luar yang mahu bekerjasama dengan aku. In syaa Allah, moga di limpahkan rezeki. 



5 Comments

Türkiye'de ne yazık ki paypal yok ...

nice sharing.. tak ingat da cara2 guna lama gileee tak guna paypal.
penah skali dua kot dulu..

Biha last guna paypal 2015. Sekarang tak tahu lah apa dah jadi dengan akaun paypal tu.

baru nak daftar accaunt paypal ni, selama ni download je dekat phone tak register pun.

Sila tinggalkan comment korang disini!