Meminta izin suami sebelum keluar rumah...
"Hello, you kat mana...?"
I kat Mid Valley ni...Bosan stay kat rumah...
"Kenapa keluar rumah tak bgtau I...?"
Lor, kena bgtau u ke...Kolot la u ni...2020 dah kan...
Apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami?
Melalui sudut agama, hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami adalah HARAM...bila dah jatuh haram, klu buat, apa jadi? Berdosa besar...
Tak kisah la ini tahun 2020 ke, tahun 2040 ke, klu dah namanya org islam, isteri kpd seorang suami, maka tetap kena mintak izin sebelum keluar...
Ketetapan ini bukan tujuan mengongkong pergerakan si isteri, tp adalah kerana diri si isteri itu dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah dibawah tanggungjawab seorang suami...suami perlu tahu ke mana isteri pergi, apa tujuan isteri ke destinasi tersebut.
"Kamal, aku nampak isteri kau kat Mid Valley..."
Ish kau ni, memandai ja...dia kat umah la...
"La, btol, isteri kau dgn kawan2 dia td...aku tak tipu..."
Suami balik tanya isteri, isteri mengaku dia memang keluar tanpa pengetahuan suami...apa yg jadi? Sikap isteri itu boleh mendatangkan fitnah disebabkan suami tidak mengetahui status isteri...suami beranggapan dia dirumah, tp ada org lain jumpa di luar...
Itu sebabnya isteri kena mintak izin, utk nak mengelakkan fitnah...
Klu ada mulut yg sampaikan ke pengetahuan suami, jika suami tahu status isteri, dan isteri ada di destinasi tu dgn kebenaran, maka suami sendiri akan jelaskan kepada org tersebut...
Simple...
Bolehkah isteri dianggap nusyuz jika dia keluar rumah tanpa kebenaran?
Keluar rumah tanpa kebenaran juga dianggap nusyuz...hukum nusyuz juga haram dan berdosa besar...
Islam tidak meletakkan satu ketetapan utk mengehadkan pergerakan isteri, tp ini bertujuan utk memelihara diri si isteri drpd fitnah...
Jika keluar dgn tujuan bekerja, menghantar anak sekolah, ke pasar, yg merupakan rutin seorang isteri, maka memadai dgn meminta izin sekali sahaja...jika urusan kecemasan, dibolehkan keluar tp segeralah cari peluang utk memberitahu suami ttg keadaan yg dihadapi...
Jgn pandang ringan, jgn ambik mudah...meminta izin perlu dilakukan sebelum keluar dari rumah dan bukannya ketika dah tiba ke destinasi yg ingin ditujui...
Meminta izin dan memberitahu adalah 2 perkara yg berbeza...
Sumber : FB Firdaus Syakirin
4 Comments
Pada saya, hukum kata perlu...ikut je lah...selalu orang tak nak ikut ini ada benda yang terselindung...
Salam, ya betul tu, untuk mengelakkan fitnah, kadang kadang, hal kecik, tapi bila setan dah hasut, mula fikir bukan bukan....
Isteri selalu tanya, kalau nak pg ke mana mana, sebelum tu bagitahu dia, tapi bila dah bagitahu, terus tak dapat keluar...ermmm
yes true true true
betul tu.. nak keluar patut mintak izin suami..elak fitnah & atleast suami tahu keberadaan isteri.. kang suami ingat isteri kat rumah, rupanya isteri tengah tarik troli kat kedai Eco RM2.10. hehe
Sila tinggalkan comment korang disini!