Bismillah.
Assalammualaikum.
Resepi Telur Rebus Air Asam, Menu Simple Untuk Dicuba | Sebenarnya artikel ni dah lama dan disebabkan aku tak ada idea nak tulis resepi apa. Jadi, aku manfaatkan semula artikel lama ni dengan memperbaharuinya. Mana tahu meletup dan jadi 1st page carian google gitu.
Baca ini juga : Resepi Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai, Simple Tapi Power
Resepi telur rebus air asam ni sebenarnya viral semasa pkp 1.0 dulu. Masa tu apa apa menu mesti viral sebab satu Malaysia duduk rumah kan. Masa kita ni banyak habis dengan handphone, betul tak? Lagi satu, punca menu ni viral sebab bahan sangat mudah dan 5 minit pun boleh siap. Siapa sangka menu semudah ni boleh jadi menu yang sangat sedap dan mampu membuka selera.
Jadi, aku ambillah peluang untuk membuatnya sendiri. Bahan yang senang dan mudah untuk dicari. Sedap dan berselera tau kalau kena dengan sambal belacan ataupun makan dengan nasi panas. Perghhh mabelessss kan.
Orang bujang pun boleh buat menu ni tau, jangan ingat suri rumah je yang pandai. Jom lah kita cuba masak resepi telur rebus air asam. Confirm menjilat jari!
Resepi Telur Rebus Air Asam, Jom Cuba
Ikuti langkah-langkah di bawah ini dengan teratur supaya resepi telur rebus air asam ini menjadi dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga.
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
Cili padi secukupnya – lebihkan jika suka pedas
1/2 biji bawang besar – hiris @ cincang
1-2 biji tomato – hiris @ cincang
BAHAN AIR ASAM:
Asam jawa
Garam secukup rasa
Aji secukupnya – jika suka
Air suam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan air asam di dalam satu bekas. Kacau sebati dan pastikan cukup rasa. Ketepikan.
2. Basuh telur dan masukkan ke dalam periuk. Pastikan periuk tidak terlalu besar. Jika sepadan dengan telur, lagi baik.
3. Masukkan air sama paras dengan telur. Rebus guna api paling besar selama 7 minit. Masa penting untuk dapatkan tekstur kuning telur yang cantik. Jangan terlebih masak nanti kurang rasa lemak telurnya tu.
4. Bila cukup masa merebus, kupas telur di bawah air mengalir bagi mendapatkan telur yang licin dan tidak terkoyak. Toskan.
5. Belah telur dan letak dalam mangkuk.
6. Masukkan hirisan bawang dan tomato. Tuang juga air asam tadi. Biarkan selama 15 minit sebelum dinikmati kerana rasanya akan lebih sedap.
7. Siap untuk dihidang.
sedapnya....ok , tq beri resepi. nanti nak cuba buat
ردحذفYeay senang ja, nak try lah
ردحذفSiap dah beli asam jawa, telor lupa dah habis. Haha
ردحذفMudah je nk buatnya..
ردحذف