5 Restoran Western Yang Hot Di Kuala Lumpur, Jangan Kata Sis Tak Payung! | Kepada mereka yang duduk di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan, mesti bosan dengan lauk yang sama setiap hari? Sampai dah tak tahu nak masak apa dan nak makan apa? Dalam meniti masa kawalan pergerakan ni, kita sendiri boleh olah dan ubah menu makanan kita setiap hari daripada breakfast sehinggalah supper. Nak makan 5 kali sehari pun boleh tapi bila lauk yang sama je satu hari pun boleh bosan, kan.
Jangan jadikan alasan nak beli makanan untuk keluar rumah sepanjang kawalan pergerakan. Bukan ke kita boleh menggunakan khidmat FoodPanda Malaysia Delivery? Buat apa susahkan diri untuk keluar dari rumah. Sekarang kan dah mudah, hanya di hujung jari, makanan dah sampai di pintu rumah masing-masing. Siapa penggemar setia makanan western di sini? Di bawah ini nanti daku senaraikan 5 restoran western food delivery yang akan memudahkan korang untuk membuat order di FoodPanda.
FoodPanda Malaysia Delivery Boleh Hantar Western Food?
Semua kedai western food delivery di bawah ni mempunyai khidmat FoodPanda, servisnya terbaik dari ladang. Daku susun tak mengikut ranking pun.
#1 The Daily Grind.
Restoran western ini terletak di Desa Pahlawan, Ampang. Antara sajian trend gaya hidup makanan terkini mereka ialah Portobello Paleo Burger yang berharga RM35 yang menerapkan tepung daging panggang bersama keju cair yang mampu membuatkan korang jatuh cinta dengan sajian ini. Korang boleh menggunakan servis foodpanda untuk menghantar western food korang secara delivery.
Jangan risau, di restoran ini tiada bahan-bahan yang tidak berkualiti, malah mereka menitikberatkan The Daily Grind sebagai tempat gembira untuk bersantai bersama ahli keluarga. Konsep restoran ini bertemakan mesra keluarga dan rakan-rakan iaitu adanya dinding bata yang terdedah, cahaya semulajadi di tengah balkoni dan banyak tumbuh-tumbuhan segar yang melengkapi disetiap penjuru kedai ini. Confirm korang tertarik.
Jangan risau, di restoran ini tiada bahan-bahan yang tidak berkualiti, malah mereka menitikberatkan The Daily Grind sebagai tempat gembira untuk bersantai bersama ahli keluarga. Konsep restoran ini bertemakan mesra keluarga dan rakan-rakan iaitu adanya dinding bata yang terdedah, cahaya semulajadi di tengah balkoni dan banyak tumbuh-tumbuhan segar yang melengkapi disetiap penjuru kedai ini. Confirm korang tertarik.
#2 Hard Rock Cafe
Kedai western dengan nama yang cukup dikenali ini antara kedai makan western yang sangat dikenali di pelusuk America malah kedai ini juga memasukkan 'hickory smoked BBQ beef ribs' di dalam menu mereka. Korang juga boleh dapati semua jenis hidangan barat yang korang inginkan.
Hard Rock Cafe ini juga sangat mesra kana-kanak, korang tak perlu risau lagi dah untuk membawa anak-anak kecil makan bersama. Mereka menawarkan menu istimewa untuk anak-anak kecil daripada burger mini hinggalah ke burger mac dan keju yang berharga RM20 berserta minuman. Kedai western ni dibuka pada setiap hari Ahad bermula 12.30 malam sehingga 3.30 petang. Eh, jangan lupa kedai ini pertunjukkan belon artist.
#3 Rendez-Vous
Restoran ini agak tersorok di beberapa jalan sekitar Telawi, Bangsar. Rendez-Vous menawarkan menu masakan Perancis tradisional dan minuman bergas. Kalau korang tak ada idea untuk order apa di sini, jangan risau, restoran ini ada menyediakan 5 set hidangan yang bermula dengan harga RM69 sehingga Rm159. Setiap set hidangan tersebut mempunyai appetisers, mains and desserts yang korang boleh pilih sendiri.
Korang juga boleh bawa seisi keluarga atau kawan-kawan korang untuk berkongsi hidangan daging dan keju yang berharga RM120 termasuk pakej French specialities iaitu smoked duck breast, olive, sausages dan banyak lagi. Menu di sini akan berubah mengikut musim, jangan lepaskan peluang. Jangan risau disini ada menawarkan western food delivery yang akan menggegarkan rumah korang.
Nikmati Western Food Bersama FoodPanda Delivery.
#4 Overloaded Western KL
Kedai Overloaded Western KL ini seperti kecil-kecil cili padi, walaupun kecil namun ramai peminatnya yang turut mencadangkan kedai ini untuk dikunjungi sekiranya korang teringin nak makan makanan barat. Antara hidangan lain yang terdapat di kedai ini ialah chicken chop dan beef pasta. Menu di kedai Overloaded Western KL ini sangat banyak pilihan, jadi korang tak perlu nak kerut dahi memikirkan menu apa yang nak dimakan.
Memandangkan kedai ini cuma sebuah kedai makan kecil dan terletak di bulatan AU2 Setiawangsa, ianya sangat strategi dan menarik perhatian pengguna jalan raya yang kerap singgah di kedai ini. Namun begitu, menu simple di kedai ini memang menepati citarasi makanan barat yang korang cari. Oh ya, di kedai ini ada servisbersama foodpanda. Jom cuba!
#5 Gravybaby
Wah nama pun dah comel, mesti makan sedap-sedap ni. Gravybaby sudah membuka sebuah cawangan baru di Plaza Damansara dan pusat membeli belah di Jalan P.Ramlee.
Ramai pelancong asing datang ke restoran ini untuk merasai makanan western dan pencuci mulut yang lazat. Menu utama Gravybaby ini ialah pie. Pie mereka tersedia dengan 6 pilihan dan juga boleh ditambah dengan kacang mahupun buah-buahan. Macam sedap je ye. Boleh cuba ni nanti.
Daku dah senaraikan 5 restoran western yang hot di Kuala Lumpur dan juga mempunyai servis western food delivery dengan menggunakan foodpanda. Jadi, apa tunggu lagi? Mari kita gegar foodpanda.
4 Comments
tq omm
wah.... tq share!
Waa... unik-unik semua ni... tertarik sangat yang no.5 tu... nak rasa pie🤤🤤🤤
best best nampak semua ni
Sila tinggalkan comment korang disini!