11 Mei 2022

9 Resepi Masakan Sayur, Tak Kering Idea Nak Masak Apa

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

9 Resepi Masakan Sayur, Tak Kering Idea Nak Masak Apa | Siapa dekat sini minat dengan masakan sayur? Daku memang suka dengan lauk sayur. Kalau tak ada ikan atau ayam, masak sayur pun dah cukup, makan pula bersama dengan sambal belacan. Pasti memukau selera. Masakan sayur ni pelengkap dalam menu makanan kita.

Lagi pun, sayur pun bukannya mahal sangat untuk dibeli. Boleh tanam pun ye. Kalau di pasar pagi, 3 ikat RM5, murahkan? Masak sayur tak perlu waktu yang lama, 5-10 minit pun dah siap dah menu masakan sayur.

Jom kita lihat antara 9 idea resepi masakan sayur yang sering menjadi pilihan.



#1 Kangkung Goreng Belacan Rencah Sotong


Bahan - bahan yang diperlukan  :
1 ikat kangkung
2 ekor sotong sederhana
Bahan Tumbuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
4 biji cili api merah
Belacan sesedap rase korang
Garam
Gula
1 sudu serbuk perasa

Cara Memasak :

1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau. (anda rasa nak terbatuk tersedak, maksudnya sedaplah tu)

2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.

3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api, Kacau laju-laju sikit

INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.

Kredit : FB dapur lazz


#2 Sayur Campur Goreng


Bahan-Bahannya:
1/2 cawan isi udang (boleh lebihkan)
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, diketuk
1 batang lobak merah, belah dua dan hiris serong
10 tangkai snow peas, potong dua
1 cawan potongan bunga kobis
10 batang kacang buncis, kerat 3 setiap batang
7 kuntum cendawan butang, belah dua
1/2 biji capsicum merah, potong dadu
1/2 biji capsicum hijau, potong dadu
4 kelopak kobis, hiris kasar
2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar hiris dan bawang putih ketuk hingga harum, masukkan udang dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan lobak merah, bunga kobis dan cendawan butang. Gaul rata dan tuang air. Masak sekejap hingga semua lembut sedikit.
Masukkan kacang buncis, capsicum merah/hujau dan hirisan kasar kobis. Masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh), dan gaul rata. Masak guna api besar. Kacau dan gaul utk 30 saat hingga 1 minit. Padamkan api dan rasa, jika ok angkat dan hidangkan bersama nasi hangat.




#3 Sayur Bayam Tumis Sos Tiram

BAHAN-BAHAN:

1 ikat sayur bayam
150gm cendawan raja
1 genggam ikan bilis -direndam
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
air secukupnya untuk kuah sup
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK :

1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam ikan bilis dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis sehingga lumat.

2. Bersihkan cendawan kemudian dipotong menjadi kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .

3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .


#4 Sayur Pucuk Manis Tumis Air

BAHAN-BAHAN :
1 ikat sayur pucuk manis
1 peket suhun/fucuk
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan sayur pucuk manis dan ambil daun sahaja . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu .

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur pucuk manis dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk dan kacau semua bahan-bahan . Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .



#5 Paprik Sayuran Campur


Bahan-bahan :
2 biji terung – dipotong memanjang
1 biji lobak merah – dipotong
4 batang jagung muda – dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya – dipotong serong memanjang
Sedikit isi udang (jika suka)
1 sudu kecil chilli flakes
½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos cili Maggi®
½ sudu besar sos tiram Maggi®
2 ulas bawang putih – diketuk
1 ulas bawang besar – dibelah tebal
1 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
Maggi® CukupRasa™ secukupnya

Cara-cara :
> Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
> Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
> Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air.
> Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah.
> Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.
> Masukkan terung goreng. Kacau rata
> Tabur Maggi® CukupRasa™ keatasnya. Kacau sebati
> Tutup api dan siap!



#6  Kailan Ikan Masin


Bahan-Bahan:
1 ikat sayur kailan
3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk
4 biji cili padi, ketuk
1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak
garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara:
> Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras.
> Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis.
> Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika.
> Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun.
> Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa.
> Angkat dan hidang.



#7 Sup Bayam Dan Cendawan

Bahan-bahan:
> 2 ikat sayur bayam
> 150gram cendawan tiram
> 1genggam udang kering - direndam
> 2 biji bawang kecil
> 2 ulas bawang putih
> 2 sudu sos tiram
> 1 sudu kecil minyak bijak
> Air secukupnya untuk kuah sup
> Garam secukup rasa

Cara-cara:

> Kupas semua bawang dan dimayang halus, potong sayur bayam dan rendam udang kering di dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan. Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat.

> Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil. Panaskan sedikit minyak ke dalam frying pan dan tumis semua bahan yang dtumbuk sampai layu. Masukkan air, sos tiram, minyak bijan dan kacau biar mesra serta biarkan sampai kuah hampir mendidih.

> Bila kuah dah nak mendidih boleh masukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau. Bolehlah di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam. Bila sayur bayam dah masak, bolehlah tutup api dapur.



#8 Bendi Goreng Bersama Ikan Bilis


BAHAN-BAHAN :
15 biji kacang bendi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 biji cili api
2-3 genggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut
1-2 sudu besar sos tiram - boleh tambah

CARA MEMASAK :

> Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan cili api , ketepikan dulu . Bersihkan kacang bendi dan potong menyerong . Bersihkan semua ikan bilis dan digoreng garing , tos dan ketepikan . Bawang besar dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis .
> Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan bawang besar dan kacau serta biarkan sampai bawang besar layu . Masukkan semua kacang bendi dengan sos tiram dan kacau , jika bendi nampak sedikit kering boleh ditambah minyak masak lagi .
> Bila kacang bendi dah separuh masak boleh la dimasukkan semua ikan bilis yang sudah digoreng tadi . Kacau semua bahan dan rasa kacang bendi jika tak masin baru di tambah garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila sayur bendi dah masak baru la di tutup api dapur .

Kredit : FB Nannie Kuzaifah



#9 Sup Sayur Petola Campur Ubi Kentang

BAHAN-BAHAN :
1 biji buah petola
4 biji ubi kentang
1 peket suhun/fucuk
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis - direndam sekejap

CARA MEMASAK:

1) Bersihkan petola dan dikupas kulit dan potong ikut pada citarasa kita . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . Kupas kulit ubi kentang dan dipotong 4 .

2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih . Masukkan dulu ubi kentang dan kacau serta biarkan sampai ubi kentang empuk .

3) Masukkan sayur petola , garam secukup rasa dan biarkan sampai sayur petola masak kemudian boleh dimasukkan suhun serta fucuk . Kacau semua bahan-bahan dan boleh terus ditutup api dapur , fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .


Resepi pun sudah ada, apa tunggu lagi? Selamat mencuba!



3 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!