21 Jun 2022

Cara Mudah Tanam Sayur Guna Botol Mineral.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Cara Mudah Tanam Sayur Guna Botol Minuman | Bercucuk tanam ni memang mudah jika tahu caranya. Zaman sekarang ramai yang bagi alasan susah hendak berkebun sebab ruang laman yang terhad untuk mereka bercucuk tanam. Tanam sayur ni salah satu aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga. Tambah pula bila kebosanan melanda sejak PKP, bolehlah cuba berkebun pula kan?



Jadi, hari ini daku kongsikan tips untuk menanam sayur-sayuran dengan hanya menggunakan botol mineral sahaja. Lepas ni tak perlulah korang ke pasar lagi untuk membeli sayur-sayuran. Petik saja di botol mineral. Bukan sahaja terjamin kebersihan, sayur yang ditanam sendiri pun segar dan gemuk- gemuk. Zaman sekarang, nak beli di pasaraya pun belum tentu bersih, risau juga makan kangkung yang ada lintah di dalamnya. Mana tahu, pekerja di kebun sayur membasuhnya dengan air yang kurang bersih? Kita tak tahukan? Sebab tu bila beli sayur dan nak masak, kena basuh bersih-bersih sebelum memasak.


Tanam Sayur Guna Botol Mineral?



Di sini daku kongsikan cara tanam sayur guna botol mineral 1.5 liter. Untuk media tanaman, boleh gunakan sabut kelapa sebab sabut kelapa dapat menyerap air dengan baik. Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur, jangan kelam kabut membuatnya. Relax dan santai - santai sahaja.


1. Sediakan Botol Mineral

Botol mineral yang kosong dan tak digunakan lagi, jangan buang macam tu je. Simpan dan bersihkannya. Dengan botol mineral ini, kita boleh menanam sayur di rumah. Korang sediakan beberapa botol mineral 1.5 liter, kemudian belahkan kepada 2 bahagian. Korang pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah tau. Lepas tu, korang buatkan lubang sekeliling bahagian atas seperti gmbar di bawah agar senang untuk akarnya keluar.




2. Catkan Botol Mineral

Korang boleh cat warna hitam untuk bahagian bawah botol mineral ni. Bahagian bawah ini adalah untuk takung air baja. Kenapa perlu cat warna hitam? Ianya dapat mengelakkan pertumbuhan lumut. Daku jenis geli sedikit dengan lumut-lumut ni, jadi inilah solusi terbaik untuk elakkan tumbuhnya lumut.





Simpan Botol Mineral Dan Jom Tanam Sayur!


3. Masukkan Sumbu.

Sebelum masukkan sumbu, korang buatkan lubang pada penutup botol. Boleh tengok gambar di bawah. Lepas tu, masukkan sumbu ke dalam penutup lubang botol yang ditebuk tadi tu. Korang guna kain flanel sebagai sumbu. Kain yang mudah serap air tau. Isi sabut sikit dalam bekas ni.




4. Lubang Untuk Takung Baja.

Cara nak buat lubang pada takung air baja, korang kena pastikan buat luba sekeliling botol sama paras dengan penutup botol. Korang tengok gambar di bawah ye. Nanti senang untuk kain flanel dapat menyerap takungan air yang berisi baja.




5. Dah Siap Dan Boleh Menanam.

Maka, dah siap dan boleh tanam sayur di dalam botol mineral ni. Di bahagian bawah (cat hitam) letak air dan baja. Korang kena pantau kalau air baja dah habis, kena tambahkan. Part ni penting risau nanti cacat pula pertumbuhan sayur sayur. Awal-awal menanam, kena letak di tempat yang teduh, bila dah besar sikit barulah kena cahaya matahari.




BACA INI JUGA :






Seronok juga kan kalau kita dapat berbakti kepada tanah, in syaa Allah akan membuahkan hasil jika kita rajin berusaha. Bolehlah nanti tanam sayur dengan hanya guna botol mineral, sebulan kemudian confirm dah boleh petik dan nikmati bersama seisi keluarga. Satu hari nanti, daku akan mula jatuh hati dan minat dengan bercucuk tanam. Teringin juga mahu menanam sayur sawi, terung, bayam mahupun cili.

Nak masak je, dah tak perlu nak keluar rumah mencari sayur di pasaraya. Dalam rumah, dah ada dah sayur fresh yang di tanam dengan keringat sendiri. Terjamin juga kebersihannya dan dapat memupuk sikap tolong-menolong antara seisi keluarga. Jom kita cuba, menanam sayur dengan menggunakan botol mineral yang terbuang tu.

Terima kasih kepada tuan punya badan yang sudi berkongsi cara menanam sayur guna botol mineral ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda-anda yang mahu berkebun di rumah masing-masing. Selamat mencuba!


Kredit : FB Hafizuddin Wahab

2 Comments

Wow, not bad jugak idea nie,.. Blh cuba la

Start mengandung tu hari terus stop aktiviti dengan tanah dek mabuk. Rindu pula nak bercucuk tanam. TQ syu share idea. Jimat space buat gini & nampak kemas

Sila tinggalkan comment korang disini!