Cuma Perlu Rajin, 4 Cara Agar Rumah Kekal Bersih Dan Wangi. | Amboi tajuk macam perli je ye. Berbaki kurang dari 10 hari sebelum berakhirnya PKP fasa 2, rasanya korang boleh mengisi waktu lapan ni dengan mempraktikkan petua agar rumah kekal bersih dan wangi. Jangan asyik dan leka scroll facebook, whatsapp dan instagram sampai terabai nak mengemas rumah.
In syaa Allah semua petua dibawah ni tersangatlah mudah untuk korang praktikkan. Nanti bila dah bermulanya ramadhan lagilah bertambah malas nak buat kerja-kerja berat. Tak gitu? Dalu sendiri pun jadi malas yang teramat bila di bulan ramadhan. Takut tenaga habis dan mulalah nak berbuka puasa. Sedangkan pernah je berhadap panas terik kerja site, elok je bertahan. Apa kata korang luangkan masa yang ada ni dengan mengemas rumah.
Jangan Malas Kalau Nak Rumah Kekal Wangi Dan Bersih.
#1 Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Habuk kadang benda yang leceh nak dibuat. Baru je lap eh dah berhabuk balik. Sebab tu lah jadi malas nak buang habuk yang melekat sebab apa? Baru lap dah berhabuk balikkan? Korang tak perlu dah nak merungut ataupun malas sebab korang hanya perlukan bahan bahan dibawah agar habuk tak melekat pada perabot.
Bahan-bahan :
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Cara - cara :
Bancuh kedua dua bahan hingga sebati. Lapkan pada semua perabot yang ada di dalam rumah menggunakan kain bersih yang sesuai. Bukan setakat habuk je tak melekat pada perabot, rumah pun jadi lebih wangi. Mudahkan petua agar rumah kekal wangi dan bersih?
#2 Kilatkan Lantai Rumah
Bila kita jarang bersihkan lantai rumah, confirm tapak kaki pun boleh hitam legam tau, sebab terlalu banyak kotoran yang melekat di lantai. Lantai ni kawasan yang wajib dan harus sentiasa bersih. Lantai ni lah tempat utama kita nak baring, nak beribadah, bila dah tak bersih, nak makan nak solat pun tak lalu walaupun sudah beralaskan sejadah mahupun tikar.
Bahan-bahan :
1 penutup pencuci lantai
1/2 sudu makan cuka
Air panas
Cara - cara :
Campurkan semua bahan diatas ke dalam baldi. Sebaiknya sapu rumah hingga bersih terlebih dahulu. Kemudian mop lantai menggunakan bancuhan di atas tadi. Hasilnya lantai lebih berkilat dan bersih barulah nampak seperti jubin baru.
Pewangi Rumah Pun Harganya Murah.
#3 Wangikan Rumah
Rumah bila sentiasa tertutup tanpa ada pengudaraan yang baik confirm akan berbau busuk. Masuk je rumah dah bau busuk, tak letih ke balik je daripada kerja terus nak hadap bau rumah?
Bahan-bahan :
1 penutup pelembut fabrik
1/2 sudu makan cuka
Cara - cara :
Campurkan semua bahan diatas ke dalam botol semburan. Semburkan ke udara di seluruh ruangan rumah dan semburkan lebih pada langsir dan perabot berfabrik seperti sofa agar ianya akan lebih lama bau wangi tersebut.
Mak daku suka pesan, orang datang ke rumah kita, mesti dia nak pergi toilet, kalau toilet pun kotor confirm kebersihan rumah kita pun kotor jugak. Sebab itu mak daku pesan, lepas buang air, cuci bagi bersih tak pun seminggu sekali kena bersihkan. Daku sendiri pun rela simpan dan buang di rumah sebab geli bila guna tandas awam. Kadang bila tahan tu jadi punca penyakit tapi apakan daya sebab dah dididik macam ni. Apa kata cuba cara di bawah ini agar rumah kekal bersih dan wangi,
Bahan-bahan :
1 sudu kecil soda bikarbonat
I sudu teh cuka
I cawan air
Cara - cara :
1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam botol semburan.
2. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. In syaa Allah bilik air akan lebih segar dan harum.
Ingat ye para suami dan anak-anak, mengemas rumah ni bukan tanggungjawab isteri atau ibu tetapi tanggungjawab bersama-sama. Tak salah sama-sama membantu, bukan ke dapat mengeratkan kasih sayang? Setiap hari ahad, bolehlah bergotong-royong sesama keluarga untuk membersih dan mengemas rumah. Ini jangan harap ibu atau isteri je, suami dan anak-anak goyang kaki. Dapat pulak ibu/isteri yang bekerja, mahu tak stress tiap kali balik rumah.
Daku dah sediakan 4 cara agar rumah kekal bersih dan wangi, apa kata korang cuba dan amalkan. Bahan-bahan pun mudah didapati di dalam rumah, lepas ni tak dah kata malas nak buat. Rajinkan diri korang tu, jangan bagi tulang reput tanpa buat kerja. In syaa Allah, rumah korang bersih dan wangi, selamat mencuba.
Bahan sume ada kat rumah. Yang tade hanyalah botol semburan tu. Nnt dah habis pkp boleh lah serbu kedai eco, beli botol tu. Yeyehhh wangikan rumah sendiri
BalasPadamAda dua tiga juga dah praktikkan memang berkesan. hehe
BalasPadamgood sharing..:)
BalasPadambab mop lantai tu, aida guna tips tu.
BalasPadamdpt dari grup deko di fb :)