2 أبريل 2022

Jom Ulangkaji Segalanya Tentang Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Jom Ulangkaji Segalanya Tentang Puasa Di Bulan Ramadhan  | In syaa Allah kita semua akan menyambut bulan Ramadhan pada 24 April 2020 bersamaan hari Jumaat. Dah bersedia untuk kumpul banyak pahala di bulan puasa nanti? Daku doakan semoga kita semua mendapat rahmat sebanyak-banyaknya di bulan puasa ini. Perbaiki diri dan pertingkatkan amal ibadah kita semua ya. Mari kita usahakan!



Di entri ni, daku akan berkongsi serba sedikit tentang puasa di bulan ramadhan, kita cuba imbas sedikit ye (flashback). Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam selain daripada lafaz Syahadah, solat 5 waktu sehari semalam, membayar zakat dan menunaikan haji. Bagi seorang muslim, kita dah semestinya dituntut untuk melaksanakan perintah Allah yang diwajibkan kepada hambaNya.


Apakah Maksud Puasa Di Bulan Ramadhan?



#1 Maksud puasa

Maksud puasa terbahagi kepada dua iaitu bahasa dan istilah:

Dari segi bahasa ialah menahan diri.

Dari segi istilah pula ialah menahan diri daripada makan atau minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari sehinggalah terbenam matahari. 






#2 Hukum puasa di bulan Ramadhan

Ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa yang wajib ditunaikan adalah puasa kifarah, puasa nzar dan puasa ganti (qada').



#3 Niat puasa


"Sahaja aku berpuasa ramadhan pada keesokan harinya kerana Allah Taala."





#4 Syarat - syarat wajib berpuasa

Bagi seseorang yang memiliki semua sifat di bawah adalah wajib untuk berpuasa.


  • Orang Islam
  • Sudah dewasa (baligh)
  • Berfikiran waras
  • Mampu berpuasa
  • Bermukim

#5 Syarat - syarat sah puasa

  • Orang Islam
  • Orang yang berakal
  • Perempuan yang suci daripada haid dan nifas
  • Berniat puasa pada waktu malam


Makan Dengan Sengaja? Terbatallah Puasa Di Bulan Ramadhan



#6 Perkara - perkara yang membatalkan puasa

  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka
  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Melakukan persetubuhan dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Gila walaupun sebentar
  • Pitam sepanjang hari
  • Belaku haid, nifas dan wiladah bagi orang perempuan
  • Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  • Berbuka puasa dalam keadaan syak samaada sudah terbenam matahari atau belum
  • Murtad




#7 Perkara yang disunatkan ketika berpuasa


  • Membaca Al-Quran
  • Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  • Mandi junub, haid dan nifas sebelum fajar
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  • Beriktikaf terutaman 10 hari terakhir bulan Ramadhan
  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis

#8 Bagaimana jika tak mampu berpuasa di bulan Ramadhan


Inilah golongan yang diberi kelonggaran daripada melakukan ibadah puasa sekiranya tidak terdaya. 

  • Orang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan (Musafir)
  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Orang tua yang tidak mampu berpuasa
  • Pekerja yang melakukan kerja berat

#9 Kifarah puasa di bulan Ramadhan

Seseorang suami yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan melakukan persetubuhan (hubungan seks) maka dia wajib membayar kifarah (denda). Isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib menggantikan (qada') puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

  1.  Membebaskan seorang hamba yang beriman.
  2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut - turut.
  3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Semoga ilmu tentang puasa ni membantu kalian semua untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga bermanfaat.

Selamat menunaikan ibadah puasa, semua!


Kredit  Sirap Limau





هناك 4 تعليقات:

  1. uish mencabar puasa kali ni dengan bf ni. harap dapat laa.. ^^

    ردحذف
  2. salam ramadhan al mubarak. selama berpuasa semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya

    ردحذف
  3. Bu ramazan daha sakin olacak muhtemelen... Türkiye de 4 günlük sokağa çıkma yasağı ilan edildi. Dua ve selamet ile...

    ردحذف
  4. isnyallah.. mari sama2 kita dekati yang disuruhi dan jauhi yang terlarang..
    semoga ramadhan kali ni penuh makna =)

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!