Begini Cara Nak Buat Sate Ayam Legend Untuk Hari Raya Nanti! | Semenjak PKP, dah jarang dah bau asap sate ayam di pasar malam. Tak kiralah sate ayam ke sate daging, mesti korang rindu nak bau asap kan? Lama tau daku tak rasa sate ayam ni, nak beli pun mahal sangat. Jadi takut nak beli bila mahal mahal sangat ni.
Hari ni daku kongsikan resepi sate ayam legend untuk korang masak di hari raya nanti. Resepi sate ayam ni anggaran dalam 130 cucuk. Banyakkan? Bolehlah korang menjamu tetamu korang dengan sate ayam. Selamat mencuba.
Bahan-bahan untuk membuat sate ayam:
- 3 kg dada ayam dipotong dadu (sedang-sedang jangan kecik sangat)\
- Lidi sate (rendam dalam 4 jam atau lebih untuk elak lidi sate terbakar semasa bakar)
- 25 sudu gula pasir
- 2 sudu garam
Bahan bahan untuk disangai:
- 2 sudu jintan putih
- 3 sudu jintan manis
- 8 sudu ketumbar
- *Sangai bahan diatas di dalam kuali, jangan sampai hangus agak-agak dah naik bau, matikan api dapur.
Bahan bahan untuk dikisar:
- 4 ulas bawang kecik
- 8 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- Sedikit halia
- Kunyit hidup (kalau tiadaa, boleh pakai serbuk kunyit)
- Lengkuas
Cara cara untuk membuat sate ayam:
Ikuti langkah di bawah dengan betul.
1) Masukkan bahan disangai dan bahan untuk dikisar di dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
2) Sediakan bekas dan letakkan dada ayam yang sudah dipotong. Masukkan garam, gula dan bahan yang telah dikisar. Korang gaul kesemua bahan ni bagi rata dan sebati.
3) Kemudian, tutup bahan tadi dengan wrap dan masukkan ke dalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.
4) Selepas 2 jam, keluarkan dari peti ais dan mulalah proses mencucuk. 1 lidi sate letak 3pcs dada ayam. Lepas tu, korang masukkan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama.
5) Selesai proses mencucuk, lebihan perepan boleh campur dalam kuah kacang, barulah sedap.
6) Korang bakar sate ayam dengan menggunakan bara api sampai masak.
Alhamdullilah, dah siap dah sate ayam. Daku cadangkan kalau korang nak lagi sedap, korang perap sate ayam ni selama 3 hari sebelum nak bakar atau makan. Baru legend rasanya! Selamat mencuba semua!
6 Comments
sedapnyaa satay.
waa ini buat masa raya ni best...
perghhh
sedapnya
Waaaa mesti meriah rya... sya krik2 la rya sorg2 xbole rentas negeri
aaa buat sendiri lagi puas hati..
boleh makan banyak2 hehe..
adoi, menarik ni, OM.
aida tak pandai nak buat ni. ntah jadik ntah tak ekk :) ha ha ha ha...
minta izin aida bookmark resepi ni ye.
minta izin guna resepi ye.
Sila tinggalkan comment korang disini!