6 Mei 2022

Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan, Bualan Netizen di Facebook.





Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan, Bualan Netizen di Facebook. | Amboi tajuk entri, kemain boom lagi ye. Buat penggemar pisang, ini adalah resepi yang patut korang cuba. Tengok gambar pun dah boleh telan air liur apatah lagi kalau kita sendiri yang membuatnya. Daku kongsikan kek pisang coklat yang sangat senang dan confirm jadi punya!

Selalunya kek pisang ni susah sikit nak menjadi sebab kita bergantung kepada jenis pisang yang digunakan. Tak semua jenis pisang sesuai untuk buat kek. Kalau salah jenis pisang dan salah cara membuatnya kek pisang ni selalu jadi mampat. Tapi resepi yang ini senang sangat dan insya Allah jadi lembut dan sedap dimakan.



Guna Pisang Dan Coklat, Dah Dapat 1 Biji Kek!




Bahan-bahan untuk membuat kek pisang coklat :

  • 160 gram tepung gandun,
  • 25 gram serbuk koko
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam
  • 80 gram belgian callebout choc
  • 30 gram walnut (lebih pun tak apa)
  • 4 biji pisang yang dah terlebih masak dan lebam
  • 120 gram gula perang. (sukatan ini dah cukup baik)
  • 115 gram butter (cairkan)
  • 120 gram buttermilk (amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka)
  • Sedikit essence vanilla
  • Sedikit Belgian choc dan walnut untuk topping kek


Cara - cara untuk membuat kek pisang coklat :


Ikuti langkah - langkah di bawah dengan teratur.


1. Korang cairkan 115 gram butter di dalam kuali. Bila cairkan butter ni, tak perlu api yang besar, di khuatiri hangit jadinya. Korang guna je api yang perlahan, in syaa Allah butter boleh cair secair hatiku melihat dirimu. Nak butter yang sedap untuk kek, boleh guna jenama Anchor. Mahal sedikit tapi mampu buat kek korang sedap sehingga menjilat jari.





2. Bila dah selesai cairkan butter, korang lenyekkan 4 biji pisang yang dah lebam di dalam sebuah bekas. Lenyek sampai jadi lumat ye. Kita tak mahu kek nanti ada rasa ketul-ketulan pisang. Lenyek je pisang tu sekuat hati umpama membalas dendam kepada kekasih korang. Lenyekkan cukup - cukup.




3. Campurkan 120 gram gula perang ke dalam bekas yang berisi pisang yang sudah dilenyek. Guna gula perang tau, dalam gambar di bawah ni tak berapa nampak gelap gula perang tu. Sukatan gula perang, guna je 120 gram, in syaa Allah rasa kek pisang coklat korang akan jadi nice dan sedap di makan. Kacau sampai sebati.




4. Dah settle masukkan gula perang, korang masukkan butter yang dah korang cairkan di awal proses pembuatan kek ni. Masukkan butter dan kacau sampai rata. Tapi andai kata korang tak ada butter, boleh guna minyak masak ye. Jangan guna minyak yang digoreng ikan tu, kang rasa ikan pulak. Then, masukkan juga bancuhan buttermilk (amik 1/2 cup susu fresh + 1/2 sudu makan cuka). Gaul sampai rata, okay?





Kek Pisang Coklat Cluster Kayangan Dah Jadi Bualan Netizen Di Facebook




5. Masukkan bahan kering iaitu 160 gram tepung gandum, 25 gram serbuk koko, 1 tsp baking powder, 1/2 tsp baking soda, 1/2 tsp gram dan sedikit esen vanilla. Kacau bahan kering ni sampai rata, kacau je sekuat hati korang. Barulah kek pisang coklat nanti nampak cantik bila dipotong. Dahlah cantik, sedap pulak tu.





6. Bila bahan kering dah gaul sehingga rata, korang masukkan juga 80 gram belgian callebout choc dan 30 gram walnut nak lebih pun okay je. Kacau lagi sampai rata. Sedap juga bila di campurkan dengan callebout choc dan juga walnit, terasa sangat pisang dan coklat. Inilah kombinasi terbaik untuk membuat kek. Jadi tak sabar nak bakar kek pisang coklat ni kan?





7. Masukkan ke dalam bekas dan siap untuk dibakar! Dah siap bakar, bolehlah potong dan nikmati kek pisang coklat ni bersama ahli keluarga. Pasti mereka menyukainya.





Nak Resepi Lagi?

Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa.


Bagaimana? Mudah bukan resepi kek pisang coklat? In syaa Allah, bahan-bahan untuk membuat kek pisang coklat ini mudah didapati di pasaran. Selamat mencuba semua!



Kredit : Rushdi Lazim



5 ulasan:

  1. Wahhh. Siap ada coklat lagi. Mesti sedap..

    Jemput join segmen ni kalau belum ya. Ucapan kata semangat untuk frontliners kita. Semoga mereka terus bersemangat dan dipermudahkan segala urusan.

    https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1

    BalasPadam
  2. sedapnyaaaa. nak buat juga. simpan noted untuk resepi ni hehe

    BalasPadam
  3. Memang dari kayangan..mewah dgn choc and walnut

    BalasPadam
  4. pisang tu sendiri dah sedap, masuk lagi cokelet, lagi lah sedap...
    tapi rmh takda stok pisang 😪 mampu tgk je

    BalasPadam
  5. sedapnya! Nak buat sendiri memang tak dapek, harap2 ada yang jual hihi

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!