Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan | Lama juga tak pekena nasi ayam penyet! Sambalnya yang dapat memikat selera. Kadang tu rasa nak beli je sambal ayam penyet, sedap jugak kalau cecah dengan ulam-ulaman.
Baca ini juga: Resepi Kerabu Maggi Yang Simple Tapi Rasa Padu
Mak pula suka hidangkan menu ni masa majlis kenduri kendara. Makanan yang mudah ni lagi cepat kita nak siapkan. Aku ingat lagi, bila aku cuba sambal ayam penyet yang orang jawa betul, nasib baik masa mengandung tak mengidam.
Aku kongsikan dengan korang semua resepi nasi ayam penyet yang sangat mudah dan simple. In syaa Allah pasti menjadi punya kalau korang cuba resepi di bawah ni. Nanti bolehlah menayang skill masak dengan mak mertua korang sekalian.
Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap, Cepat Dan Mudah Disediakan
Jika ko suka, ko boleh cuba buat dengan menggunakan resepi ini di rumah kerana bila buat sendiri lebih puas hati makan sampai menambah-nambah kerana jumlahnya lebih banyak daripada yang dijual di kedai dan gerai.
Jomlah kita buat!
#1 Sambal Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan yang digunakan:
- Bawang besar 1 labu
- Bawang putih 3 ulas
- Lada merah 4 biji
- Lada melaka hijau 20 biji
- Tomato 3 biji
- Sedikit belacan (nak masukkan ikan bilis pun boleh)
Cara - cara untuk membuat sambal nasi ayam penyet resepi :
1) Bahan-bahan basuh bagi bersih dan gorengkan di dalam kuali sehingga layu.
2) Toskan bahan yang sudah digoreng lalu masukkan ke dalam blender. Nak tumbuk pun boleh, tumbuk sampai lumat sedikit.
3) Blender dengan sedikit sahaja air. Masukkan garam gula dan ajinomoto. Blender tu jangan sampai hancur ye, sedang-sedang sahaja.
4) Siap! Masukkan ke dalam bekas.
#2 Ayam Goreng Penyet
Bahan-bahan yang digunakan :
- 1/2 kilo ayam yang sudah dibasuh bersih
- 4 Sudu tepung gandum
- 4 sudu tepung jagung
- Sedikit serbuk kunyit
- Sedikit serbuk kari daging
- Garam
- Ajinomoto
Cara - cara untuk membuatnya :
1) Basuh ayam sehingga bersih.
2) Masukkan ayam ke dalam bekas dan masukkan 4 sudu tepung gandum, 4 sudu tepung jagung, sedikit serbuk kunyit, serbuk kari daging dan garam bersama ajinomoto.
3) Salut dan perapkan ayam dengan bahan diatas sehingga sebati. Lagi lama perap, lagi sedap.
4) Goreng dengan minyak dan api sederhana.
5) Siap dan bolehlah dihidangkan bersama tempe goreng, sambal nasi ayam penyet dan kacang panjang.
Akhir kata
Mudah sangat kan? Ko boleh je buat sup kosong dan makan bersama nasi ayam penyet ni tapi aku lagi suka makan tanpa sup. Aku nak nikmati sambal nasi ayam penyet dan ayam gorengnya. Perghhh meletop dalam mulut ni tau.
Nasi ayam penyet ni tak perlu pun nak susah-susah dan cerewet. Cuma guna nasi putih sahaja. Ayam gorengnya pula tak susah kan? Bahan-bahan pun aku dah sediakan. Bolehlah cuba petang nanti untuk dijadikan hidangan berbuka.
Diharap perkongsian resepi nasi ayam penyet sedap dan sangat simple ini dapat membantu korang untuk sediakan masakan ini di rumah atau di mana sahaja anda berada, semoga dipermudahkan urusan dan semoga bermanfaat.
Selamat mencuba!
wahhh, sedapnyaa. terliur tengok. dah setahun lebih tak makan. dlu duk johr tiap minggu makan nasi ayam penyet.
BalasPadamThanks for your sharing 😊 have a lovely day 😊
BalasPadamAik, macam ramai pulak buat ayam penyet rini.. Dap tu..
BalasPadamwahhhh menarik ini, thank you for the recipe
BalasPadamsedapnyaa
BalasPadamlebih kurang mcm bahan2 aida nak buat sambal blcn.
BalasPadamnasi ayam penyet ni kaw dia dtg dari sambal nyer tu kan.
terbaik!
Sambal dia susah nak dapat yang sedap.. kadang lain okay, sambal ermmmmm
BalasPadam