24 Julai 2022

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi!

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos ‘Confirm’ Jadi! | Hari ini dah puasa ke 10. Mesti ibu-ibu di luar sana tengah pening fikirkan biskut apa nak dibuat ketika hari raya. Ye tahu kita tak dapat beraya di kampung disebabkan oleh PKP, tapi janganlah sampai mood raya pun berkurung je dalam hati. Sambutlah hari raya Aidilfitri walaupun bersederhana, in syaa Allah moga Aidilfitri kita itu nanti diberkati oleh Allah SWT.




Pernah tak “Bila lalu je sebelah kedai jual biskut chocolate chip Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh.” Alamak! Bikin terliur je bulan puasa ni. Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.

Jom kita tengok cara membuatnya di bawah.



Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos

Bahan-bahan untuk membuat biskut choc chip ala famous amos:


Bahan A

250 gram Butter 
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur


Bahan B


2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak

*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


Cara-cara membuat biskut chocolate chip ala famous amos :


1. Bahan A: Kacau Rata

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja. 250 gram Butter , 1 1/4 cawan brown sugar, 1 sudu kecil esen vanila dan 1 biji telur. Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.


Imej mungkin mengandungi: makanan dan dalam

2. Tambahkan Bahan B

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B iaitu 2 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung jagung, 1 sudu kecil baking powder ,1 sudu kecil soda bikarbonat, 6 sudu besar minyak dan 2 cawan cip coklat. Cip coklat ni korang masukkan akhir sekali. Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.

3. Sejukkan Adunan

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. Masukkan Dalam Oven

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.



Imej mungkin mengandungi: makanan


6. Siap Dan Boleh Disimpan Untuk Hari Raya

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni daku saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.

Nak Resepi Lagi?


Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa. 




Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut chocolate chip ala Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special!

Daku ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya resepi yang sudi kongsi resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos. Jangan pula dah ada resepi, korang malas untuk mencuba dan membuatnya. Raya nak dekat ni, jom ler kita buat biskut raya. Kalau ramai suka, mana tahu boleh jana pendapatan pula kan?

Selamat mencuba semua!


Kredit : Myra Chaqkey




12 Comments

Sedap nmpk..bole .resepi pon senang...bole cuba resepi ni.. Selalu buat tp resepi lain hahah resepi google

Wahhh, macam senang jer tu. Nanti nak try buat juga la. Tq share :)

comelnya biskut OM buat! kalau saya ni taktahulah jadi ke tak xD

kenaoa sedap sangat ni? Tapi ibu ni malas bebeno nak membakar selagi anak-anak mini ni susah nak tido. ^^

alololo kekecik comel, OM.
minta izin simpan resepi ni.
minta izin buat ikut resepi OM ye :)
ntah dpt buat ntah tak ni. mood biskut raya tak sampai lagi la...

Anak dara kinah suka betul dengan cookies ni. Kena buat lagi jawabnya ni

yang confirm jadi ni yg teruja nak try buat

Resepi ini macam menarik.. nampak mudah nak buat..

Terima kasih kak untuk resepi nya. Menjadi betul 👍

Sila tinggalkan comment korang disini!