3 مارس 2024

Buat Kerabu Maggi 5 Minit Dah Siap Tapi Rasa Tetap Padu

Kerabu maggi ni dah jadi kegilaan bagi peminat masakan Thailand. Pernah tak korang buat resepi kerabu thai ni? Sedap kan? Kali ni aku nak kongsikan resepi untuk membuatnya. Ianya simple tapi rasa padu dan hanya memerlukan 5 minit untuk membuatnya. 


Baca ini: Ayam Masak Kicap

Buat di rumah ni lagi best sebab boleh makan bertambah-tambah. Betul tak? Janji ada bahan kerabu maggi, dah boleh dah mula membuatnya. Menu ni boleh makan bila-bila masa sahaja, mengikut kemahuan masing-masing. Jangan risau, bahan-bahan yang akan digunakan nanti mudah je dan senang nak dicari. Tak perlu nak beli sampai ke Thailand, kat Malaysia pun dah ada dah. 

Kerabu Maggi


Apa itu Kerabu Maggi? 

Kerabu ni adalah salah satu makanan yang bahan-bahannya dicampur sekaligus ke dalam satu bekas. Rasanya pula masam manis dan pedas yang telah mengikat selera rakyat Malaysia. Uniknya, Kerabu Maggi ini pula merupakan menu yang paling popular di Thailand dan semakin menular di seluruh Malaysia. 

Baca lagi: Ayam Penyet

Menu ini dihasilkan dengan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis bahan seperti sayuran, makanan laut dan juga maggi ke dalam mangkuk dan diberikan perisa yang pastinya membuka selera korang.

Tips Berguna

1. Sebelum nak gaul maggi bersama bahan lain, pastikan korang bila maggi dengan air sejuk supaya maggi tak terlalu kembang.

2. Untuk tahu udang sudah masak atau belum, dengan melihat warna pada udang tersebut. Apabila udang bertukar warna oren dan kepalanya bengkok bertemu ekor. Itu tandanya udang sudah masak. 

Bahan-bahan untuk membuat Kerabu Maggi 

1 paket maggi thai
1/2 batang sosej - potong serong 
1 batang isi ketam - potong serong 
Bawang besar - hiris secara baji dan nipis 
Tomato - belah 6 
Kobis - hiris halus 
Daun ketumbar - hiris 
Sedikit udang 
Sedikit sotong 
Sedikit limau nipis (optional)
Cili padi - tumbuk (optional) 
Air gula

Baca ini juga: Kerabu Mangga

Kerabu Maggi


Cara Penyediaan Kerabu

Ikuti langkah di bawah dengan teratur. 

#1 Rebus/Celur Bahan-Bahan

Pertama sekali, korang kena didihkan air di dalam periuk. Rebuskan maggi terlebih dahulu, bila dah agak lembut barulah diangkat. Selepas itu, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, dan sotong untuk dicelur. Kemudian, toskan semua bahan bahan itu.

#2 Masukkan bahan yang lain

Letakkan perencah di dalam mangkuk dan masukkan bahan yang ditos ke dalam pinggan yang ada perencah tadi. Ambik sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.

#3 Bubuh Perencah

Akhir sekali, masukkan sedikit air gula. Bagi yang mahukan kepedasan dan extra masam, boleh masukkan cili padi tumbuk dan perahan air limau. Kalau tak nak pun tak apa sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup pedas dan masam. Dah siap kerabu maggi, bolehlah dihidangkan dengan Teh Ais.


Kesimpulan 

Kalau ada yang bertanya, dimana nak beli maggi ini? Kebiasaannya ada di pasaraya biasa seperti KipMart atau Jusco. Kalau nak lagi sedap, boleh juga tambah sedikit sos tiram mengikut citarasa masing-masing. 

Eh mudahnya resepi kerabu maggi ni kan? Tak susah mana kan nak buat kerabu maggi? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat mencuba semua!



هناك 13 تعليقًا:

  1. Sedapnyaaaa! kalau pergi kedai Thai memang suka makan kerabu ni dngan Som Tam. Lepasni nak try la buat sendiri hehe.
    Thanks share recipe.

    ردحذف
  2. tak pernah makan... T^T nanti la nak cuba buat.

    ردحذف
  3. nampak sedap, tak pernah makan, rasa nak buat tapi cam tak pernah tengok lak megi thailand tu.

    ردحذف
  4. Perghh mengoda betul.. nak cuba laa nanti.. kena beli megi siam tu dulu baru sedap...

    ردحذف
  5. Sedapnya kerabu maggi. Banyak rencahnya tu. Pasti terlajak sedap!

    ردحذف
  6. uih..sedap uii kerabu maggi ni.Dengan tahap kepedasan maksima, confirm licin

    ردحذف
  7. Sedapnya. Terliur tengok gambar.

    Selama ni memang order je. Tak pernah lgi buat sendiri. Nanti boleh lah cuba ❤

    ردحذف
  8. Favourite gue! Kuah tu mainkan peranan pentingg.. asham asham pedas gituuu

    ردحذف
  9. First time rasa masa pesta thai di Kluang, memang sedap dengan rasa masam-masam pedas. lepas tu beli kerabu kaki ayam pula hehe

    ردحذف
  10. Langsung lapar saya bayangkan rasanya 😄. Apalagi menu Thailand memang kebanyakan cocok dengan lidah. Sayangnya maggi jarang dijual di Indonesia. Kecuali saya cari secara online.

    ردحذف

Sila tinggalkan comment korang disini!