Kerabu maggi ni dah jadi kegilaan bagi peminat masakan Thailand. Pernah tak
korang buat resepi kerabu thai ni? Sedap kan? Kali ni aku nak kongsikan resepi
untuk membuatnya. Ianya simple tapi rasa padu dan hanya memerlukan 5 minit
untuk membuatnya.
Baca ini: Ayam Masak Kicap
Buat di rumah ni lagi best sebab boleh makan bertambah-tambah. Betul tak?
Janji ada bahan kerabu maggi, dah boleh dah mula membuatnya. Menu ni boleh
makan bila-bila masa sahaja, mengikut kemahuan masing-masing. Jangan risau,
bahan-bahan yang akan digunakan nanti mudah je dan senang nak dicari. Tak
perlu nak beli sampai ke Thailand, kat Malaysia pun dah ada dah.
Apa itu Kerabu Maggi?
Kerabu ni adalah salah satu makanan yang bahan-bahannya dicampur sekaligus ke
dalam satu bekas. Rasanya pula masam manis dan pedas yang telah mengikat
selera rakyat Malaysia. Uniknya, Kerabu Maggi ini pula merupakan menu yang
paling popular di Thailand dan semakin menular di seluruh Malaysia.
Baca lagi: Ayam Penyet
Menu ini dihasilkan dengan makanan yang dicampur dengan pelbagai jenis bahan
seperti sayuran, makanan laut dan juga maggi ke dalam mangkuk dan diberikan
perisa yang pastinya membuka selera korang.
Tips Berguna
1. Sebelum nak gaul maggi bersama bahan lain, pastikan korang bila maggi
dengan air sejuk supaya maggi tak terlalu kembang.
2. Untuk tahu udang sudah masak atau belum, dengan melihat warna pada udang
tersebut. Apabila udang bertukar warna oren dan kepalanya bengkok bertemu
ekor. Itu tandanya udang sudah masak.
Bahan-bahan untuk membuat Kerabu Maggi
1 paket maggi thai
1/2 batang sosej - potong serong
1/2 batang sosej - potong serong
1 batang isi ketam - potong serong
Bawang besar - hiris secara baji dan nipis
Tomato - belah 6
Kobis - hiris halus
Daun ketumbar - hiris
Sedikit udang
Sedikit sotong
Sedikit limau nipis (optional)
Cili padi - tumbuk (optional)
Air gula
Baca ini juga:
Kerabu Mangga
Cara Penyediaan Kerabu
Ikuti langkah di bawah dengan teratur.
#1 Rebus/Celur Bahan-Bahan
Pertama sekali, korang kena didihkan air di dalam periuk. Rebuskan maggi terlebih dahulu, bila dah agak lembut barulah diangkat. Selepas itu, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, dan sotong untuk dicelur. Kemudian, toskan semua bahan bahan itu.
#2 Masukkan bahan yang lain
Letakkan perencah di dalam mangkuk dan masukkan bahan yang ditos ke dalam pinggan yang ada perencah tadi. Ambik sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.
#3 Bubuh Perencah
Akhir sekali, masukkan sedikit air gula. Bagi yang mahukan kepedasan dan extra masam, boleh masukkan cili padi tumbuk dan perahan air limau. Kalau tak nak pun tak apa sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup pedas dan masam. Dah siap kerabu maggi, bolehlah dihidangkan dengan Teh Ais.
Pertama sekali, korang kena didihkan air di dalam periuk. Rebuskan maggi terlebih dahulu, bila dah agak lembut barulah diangkat. Selepas itu, masukkan sosej, isi ketam, bawang, tomato, kobis, daun ketumbar, udang, dan sotong untuk dicelur. Kemudian, toskan semua bahan bahan itu.
#2 Masukkan bahan yang lain
Letakkan perencah di dalam mangkuk dan masukkan bahan yang ditos ke dalam pinggan yang ada perencah tadi. Ambik sedikit air rebusan tadi dan gaul sekali bersama maggi.
#3 Bubuh Perencah
Akhir sekali, masukkan sedikit air gula. Bagi yang mahukan kepedasan dan extra masam, boleh masukkan cili padi tumbuk dan perahan air limau. Kalau tak nak pun tak apa sebab rencah maggi ni sememangnya dah cukup pedas dan masam. Dah siap kerabu maggi, bolehlah dihidangkan dengan Teh Ais.
Baca ini:
Sambal Kacang Sotong Kembang
Kesimpulan
Kalau ada yang bertanya, dimana nak beli maggi ini? Kebiasaannya ada di
pasaraya biasa seperti KipMart atau Jusco. Kalau nak lagi sedap, boleh juga
tambah sedikit sos tiram mengikut citarasa masing-masing.
Eh mudahnya resepi kerabu maggi ni kan? Tak susah mana kan nak buat kerabu
maggi? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Selamat mencuba
semua!
13 Comments
Sedapnyaaaa! kalau pergi kedai Thai memang suka makan kerabu ni dngan Som Tam. Lepasni nak try la buat sendiri hehe.
Thanks share recipe.
So yummy :)
sedapnya rindu nak makan kan :)
tak pernah makan... T^T nanti la nak cuba buat.
nampak sedap, tak pernah makan, rasa nak buat tapi cam tak pernah tengok lak megi thailand tu.
Perghh mengoda betul.. nak cuba laa nanti.. kena beli megi siam tu dulu baru sedap...
Sedapnya kerabu maggi. Banyak rencahnya tu. Pasti terlajak sedap!
uih..sedap uii kerabu maggi ni.Dengan tahap kepedasan maksima, confirm licin
Sedapnya. Terliur tengok gambar.
Selama ni memang order je. Tak pernah lgi buat sendiri. Nanti boleh lah cuba ❤
ammi suka somtam...sedapnya
Favourite gue! Kuah tu mainkan peranan pentingg.. asham asham pedas gituuu
First time rasa masa pesta thai di Kluang, memang sedap dengan rasa masam-masam pedas. lepas tu beli kerabu kaki ayam pula hehe
Langsung lapar saya bayangkan rasanya 😄. Apalagi menu Thailand memang kebanyakan cocok dengan lidah. Sayangnya maggi jarang dijual di Indonesia. Kecuali saya cari secara online.
Sila tinggalkan comment korang disini!