2 Januari 2024

Resepi Mee Sizzling Sama Macam Di Kedai

Lama jugakan tak pekena mee sizzling? Semenjak PKP & PKPB, kebanyakkan mall dah tutup bahagian makan kan? 3 bulan juga tak merasa sizzling yee me ni ditambah lagi dengan bulan puasa, mahu tak mengidam makan sizzling yee mee.



Ko jangan risau, aku tahu citarasa korang di dalam keadaan PKPB ni. Hari ni aku nak kongsikan resepi mee sizzling tanpa hot plate. Jangan ingat dengan hot plate je boleh buat resepi mee sizzling ni. Tanpa hot plate pun , dah confirm menjadi mee sizzling ni. 

Resepi Mee Sizzling Sama Macam Di Kedai

Di bawah ini, aku kongsikan resepi mee sizzling yang mudah dan simple untuk korang buat bersama-sama ahli keluarga. Ikut langkah-langkah di bawah ini dengan teratur ya. Siapa penggemar mee sizzling bolehlah cuba resipi-resipi ni! Jom baca sampai habis artikel ini.

Resepi Mee Sizzling

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi mee sizzling:

  • 3 keping yee mee kering
  • 10 tangkai cili kering di potong besar-besar
  • 4-5 biji cendawan shitake dihiris tebal
  • 10 biji bawang putih dihiris
  • 3 inci halia dihiris halus
  • 200 gram isi ayam dipotong kecil
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan kicap manis (apa-apa jenis kicap pun ok)
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
  • 1-2 sudu lada hitam serbuk
  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar minyak bijan 
  • 4-5 cawan air
  • 2 sudu besar tapung jagung
  • 3 tangkai sawi dihiris besar
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan resepi mee sizzling tanpa hot plate:

Resepi Mee Sizzling


#1 Tumiskan Bahan

Panaskan minyak masak, tumis bawang ptuih, halia dan cili kering hingga perang. Masukkan ayam, tumiskan hingga kecut bersama lada hitam tumbuk dan serbuk lada hitam sehingga ayam kecut. Masukkan cendawan, sos tiram, kicap manis dan 4 cawan air.

#2 Bancuhkan Air Untuk Pekatkan Kuah

Korang bancuhkan secawan air bersama 2 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah. Tuangkan ke dalam kuah. Renihkan 2 minit. Perasakan dengan garam, tak perlu banyak kerana kicap dah cukup masin. Masukkan sesudu minyak bijan.

#3 Pecahkan Telur

Pecahkan telur 4 penjuru berasingan dan jangan kacau kuah, kerana tak mahu telur pecah dalam kuah. Agak-agak bila telur dah sedikit masak, letakkan yee mee atas kauh dan terbalikkan mee bila dah kembang dan taburkan sayur sawi. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang sizzling yee mee ni, tanpa hot plate pun tau, letak je ke dalam pinggan.

Kesimpulan

Korang seronok tak baca resepi mee sizzling mudah dan simple ini. Rasa mudah tak nak membuatnya, di tambah pula barang barang senang untuk dijumpai. Dah tentu memudahkan korang yang teringin nak masak mee sizzling. 

Aku harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan korang semua. Tapi tak dinafikan yang mee sizzling ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum. Makin best kalau dapat makan mee sizzling panas, perghh sedap! Okaylah, selamat mencuba dan untuk semua tuan puan empunya resepi mee sizzling ini, terima kasih banyak-banyak diucapkan.



6 Comments

aduhai, terus lapar tengok ni. lama dah tak makan

Kami biasa buat kuah dia banyak2, pastu bekukan. Nak makan, amik sebijik mee masukkan dalam kuah beku yang telah dipanaskan. Sedap mee ni.

da beberapa kali aida buat mee ni kat rumah.
terlalu rindu nak makan di food court!
di food court da tak sedap seperti dulu.
kurang rasa. kurang bahan. tapi harga mahal.
tu yg usaha masak sendiri.
boleh la :) ha ha ha ha ha

yes. bagus idea frozen ni.
tq tq han hanni :)

Sila tinggalkan comment korang disini!