Assalammualiakum & hello there!
Kenapa Orang Lain Tak Nak Komen Entry Di Blog? | Sebagai seorang blogger, komen adalah salah kepentingan bagi blog korang. Dari situ, kita boleh tahu sebenarnya blog kita masih ada pembaca yang setia membaca. Daku akui ramai pembaca yang mahu jadi silent readers kan? Baca je tanpa komen?
Daku sendiri suka bila orang lain komen di blog, biar banyak pendapat sebab nanti senang nak tambah idea lain. Blogging ni dah bukannya waktu untuk syok sendiri dalam dunia alam maya. Nak nak bila blogging dah boleh buat duit, takkan 10 tahun blog tak bawa hasil apa apa.
Jom kita tengok kenapa orang lain tak nak komen di entry blog korang.
#1 Tulis Entry Yang Menarik
Entry yang menarik dah tentu orang lain akan komen. Cuba korang variasikan jenis jenis entry contohnya hari ni tentang blog, esok tentang tips dan lusa tentang personal. In syaa Allah dijamin orang lain akan komen. Takkan setiap hari nak topik yang sama? Mesti orang lain muakkan? Lets say, hari ni topik personal, cuba cari topik personal yang boleh tarik pembaca untuk baca. Ni tak balik balik topik yang sama. Boring tau nak baca!
#2 Tulisan Entry Blog
Tulisan entry di blog pun jadi punca utama kenapa orang lain tak nak komen entry di blog korang. Pernah terfikir tak dengan perkara ni? Tulisan yang terlalu kecik, penggunaan font yang berangkai pun jadi menyebalkan tau nak komen. Pemilihan font penting ye kawan kawan sekalian. Gunalah font Arial atau Verdana, kita nak orang lain baca dan komen di blog, itu matlamat kita. Takkan orang lain datang blog korang, scroll then klik X? Mesti tak mahu? Tolong ambil tahu ye nanti.
#3 Kotak Komen (Full page/embedded below post)
Tolong alert juga dengan kotak komen korang di blog. Cuba klik di comment di bawah, automatik akan keluarkan? Tu namanya pop up window comment. Untuk newbie, daku sangat recommend untuk korang guna pop up window ni, cepat dan pantas. Tak perlu dah nak tunggu waktu yang lama untuk orang lain komen. Tak reti buat? In syaa Allah ada masa nanti daku ajar buat dengan tutorial ye.
#4 Rajinkan Komen Di Blog Orang Lain
Tips no 4 ni, daku tak pasti sama ada orang lain akan komen semula di blog korang ke tak. So far setakat ni daku rajin komen kat blog lain, mesti mereka ni komen semula di blog daku. Jadi, rajinkanlah diri korang untuk komen ye.
#5 Jangan Buat ‘Word Verification’
Inilah punca kenapa entry blog korang jarang orang lain komen. Nak komen pun takkan nak kena ada word verification? Urghh bukannya nak buat something yang melibatkan privacy pun. Jujur daku sendiri jadi automatik malas nak komen bila jumpa word verification ni. Please alert with this! Tak pasal nanti orang yang tengah ada mood, terus tak ada mood nak komen disebabkan benda ni.
Daku harap dengan entry ni dapat membantu setiap pertanyaan korang terutama buat mereka yang masih berjinak dengan dunia blog.
Selamat membaca!
16 Comments
Ya,,, layan ja kalau tak sapa nak komen.. i feel good hehe
pasal word verification tu betul. penyebab orang malas nak komen
Sy kalau komen kt blog org, sekali tapau 10 blog terus utk erat silaturrahim...
setuju semua dengan ulasan om..
Ya betul! Saya sokong pendapat anda. Ada setengah entry nak komen tak jumpa pulak kotak komen. Haha
Betul3 bak kata upin ipin
Word verification! Omg say it louder girl! Sometimes rasa macam tak perlu pun letak benda tu. Turn off terus nak comment. But sometimes tutup mata jelah sebab kita enjoy the content and nak share our thoughts jugak hehe xx
lenne | www.lennezulkiflly.com
Tips yang menarik. Saya akan cuba perbaiki sedikit demi sedikit. Thanks!
Pasal word verification tu mmg betul.
Hai, salam kenal.
Akk ni blog suka2 je, dulu teringin gak nak jana duit kat blog tapi tak pandai, sudahnya camni jelah..hihi
betul tu
lama dah tak singgah drop komen .. okayy nak kena merajinkan diri ini lahh ehk. hehhee..
Yaaa betul tu... Lain dah komen box OM.. hehe
kita cuba cari masa nak komen & blog walking lps nie..😍
Betul la tu.. singgah sini sbgai membalas kunjungan..
betul2.. semua ni tips yg berguna
Ada blogger akan bg komen pukal.. Selalunya ni berlaku kalau kita dah komen bebanyak kt blog dia.. nanti dia dtg bg komen jugak..
Sila tinggalkan comment korang disini!