Assalammualaikum & hello there!
Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil? | Setiap ibu mengandung pasti akan gerun bila terdengar kisah tentang minum air gula. Minum air gula atau Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib atas arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis.
Ini adalah mimpi ngeri untuk ibu mengandung yang baru pertama kali mengandung seperti daku. Bila nurse kata, 'minggu depan minum air gula ye', mahu terkulat-kulat biji mata.
Suami siap cakap, minum air gula apalah sangat. Erghh boleh pula suami cakap macam tu. Geram je tau. Kita ni dok pikir sedap ke tak air gula tu, lepas minum confirm muntah ke?
Sebab denganr orang kata, air gula bukannya sedap. Lagi teruk, bila dah termuntah lepas minum air gula, nanti kena ulang balik. Nightmare tau!
Kenapa Perlu Minum Air Gula Ketika Hamil?
Siapa yang wajib minum air gula?
- Wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
- Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
- Wanita yang pernah hamil bayi besar
- Wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
- Wanita berumur 25 tahun ke atas
- Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
Proses minum air gula?
Ibu mengandung perlu berpuasa sehari sebelum ujian dijalankan bermula 10 malam dan pergi ke klinik keesokan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji. Hanya dibenarkan minum air kosong. Pengambilan darah yang pertama dilakukan sebelum minum air gula. Bacaan gula ini dikenali sebagai bacaan gula ketika berpuasa (Fasting blood sugar).
Kemudian, ibu mengandung harus minum air gula (75mg glukosa di dalam 200ml air kosong). Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampurkan dengan perisa oren atau blackcurrent.
Tidak dibenarkan untuk makan dan minum sebelum darah diambil untuk kali kedua selepas 2 jam. Boleh beritahu jururawat untuk berehat dan berbaring jika rasa tidak selesa dan loya. Jika muntah sebelum ujian darah kali kedua dilakukan, ujian ini mungkin perlu diulang semula pada tarikh yang lain.
Tips untuk survive ketika ujian air gula?
- Minum air gula apabila ia masih suam.
- Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat kalau tidak mungkin akan rasa loya dan jelak.
- Kumurkan mulut selepas minum untuk membuang rasa gula dalam mulut.
- Jika rasa nak muntah, bawalah berehat sama ada duduk atau baring.
Keputusan saringan air gula?
Ujian MGTT memerlukan darah diambil sebanyak dua kali. Kali pertama dikenali fasting blood sugar dimana bacaan gula dalam darah yang normal ketika berpuasa adalah antara 3.0 mmol/L - 5.5 mmol/L. Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula (2 hour post prandial), keputusannya mestilah 7.8 mmol/L atau kurang daripada itu.
Jika bacaan normal selepas minum air gula lebih dari 7.8 mmol/L, pemeriksaan yang lebih lanjut akan dilakukan iaitu ujian Blood Sugar Profile (BSP) dan besar kemungkinan ibu mengandung ini sudah mengalami diabetes sebelum hamil lagi.
Jika keputusan BSP adalah normal, ibu mengandung akan terus mengamalkan diabetic diet sehingga bayi dilahirkan dan jika BSP menunjukkan tahap glukos dalam darah terlalu tinggi, doktor akan memulakan penggunaan insulin sebagai rawatatn 'gestational diabetes'.
Risiko elak diri daripada ujian minum air gula?
Golongan ibu yang mengelak daripada melakukan ujian minum air gula ketika hamil mungkin akan mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari. Ketika mengandung, hormon kehamilan merupakan faktor utama kenapa insulin tidak cukup di dalam tubuh wanita yang mengandung.
Jika insulin tidak mencukupi ini akan mengakibatkan tahap glukos dalam darah ibu mengandung adalah tinggi. Glukos yang tinggi akan menyebabkan masalah ke atas bayi seperti :
- Keguguran kelahiran pramatang Polyhydramnios (air ketuban yang banyak),
- Makrosomia (bayi besar)
- Sudden fetal death (kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
- Masalah jantung dan tulang belakang bayi
Glukos yang tinggi juga akan menyebabkan masalah ke atas ibu mengandung seperti :
- Sentiasa kerap kencing
- Sering lapar dan dahaga
- Kenaikan berat badan
- Merasa penat dan tidak bertenaga
- Risiko kelahiran secara Caesarean section
- Risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan
Bagi mengelak masalah di atas kepada ibu mengandung, ibu mengandung mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat sebelum hamil lagi. Ibu mengandung perlu jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan juga tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid.
BACA INI JUGA :
- Iberet Folic Acid 500 Khas Untuk Ibu Mengandung
- Perhatian! Ibu Mengandung Patut Elak 7 Cara Pemakaian.
- Carta Pergerakan Bayi? Ini Ibu Mengandung Perlu Tahu.
Akhir Kata
Jadi, jangan sesekali berfikir untuk mengelak daripada melakukan ujian minum air gula ketika hamil. Jangan jadi selfish! Kadang disebabkan pentingkan diri sendiri, nyawa anak dalam kandungan jadi taruhan. Bukan selalu pun minum air gula.
Setiap kali mengandung sahaja, kalau tiap kali check up minum air gula dah sah-sah wanita kat Malaysia ni tak mahu mengandung.
Siapa je yang nak minum air gula dengan kerap? Kalau sedap tak apa lah juga, ni air gula pekat likat dan melekat di dinding mulut. Mahunya tak muntah. Aku harap ibu mengandung di luar sana, lakukan ujian air gula ni untuk anak-anak kita, inilah dinamakan amanah dan tanggungjawab kita sebagai hamba yang sudah berkhawin.
Ingat tau, jangan muntah!
Air gula ni, jangan minum sikit sikit, loya nanti, sekali teguk je kasi setel, senang hehe
BalasPadamOh patut la sebelum ni terselamat walaupun umo dah 28 masa tu. Kali ni pulak tak survive sebab ada sejarah miscarriage and plus dah 30. hurm..
BalasPadamGreetings from Turkey:)
BalasPadamTak boleh go satu nafas je. Mesti terstop sebab tekak auto tolak
BalasPadam