27 Oktober 2022

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai KanKunKap, Jom Cuba!

 Assalammualaikum & hello there!

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai KanKunKap, Jom Cuba! | Lama juga dah tak update entri resepi, terakhir update tentang daging prosperity jika tak silap. Hari ni, daku nak kongsikan lagi resepi daging. Kita kan baru jer menyambut hari raya korban, mesti kat rumah korang ada daging korbankan? 

Kadang boring juga bila kita masak menu daging yang sama je. Apa kata kali ni kata masak daging dengan cara lain sikit? Resepi kali ini, daku nak kongsikan cara untuk memasak daging masak merah ala thai. Biasanya menu ni ada hanya di kedai-kedai thai bukan? Apa salahnya ada lebihan daging korban, kita cuba masak menu ni.

In syaa Allah, pasti suami dan anak-anak menyukainya. Bertambah selera bila sentiasa bertukar menu makanan di rumah. Jangan cakap nak masak daging ni susah kalau kita sendiri tak mencubanya dulu. Resepi daging masak merah ala thai tak sesusah macam masak daging rendang, tak ada guna santan dan perlu tunggu berjam-jam. Jom kita cuba!


Jom Cuba Daging Masak Merah Ala Thai, Pasti Sedap!


Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat daging masak merah ala thai :

  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 1 biji cili merah (ikut selera masing-masing)
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos Cili
  • 500 gram daging 
  • Sedikit halia
  • 1 sudu kecil cili boh
  • Sedikit sos ikan (optional)


Cara-cara penyediaan daging masak merah ala thai :

Ikuti langkah dibawah dengan teratur, jangan gelabah tau. Tenang dan masak seperti biasa. 


#1 Sediakan bahan

Potong bawang putih 2 biji, pilihlah saiz yang paling besar dalam labunya dan potong juga bawang holland satu biji. Kalau guna banyak bawang holland pun tak jadi masalah, supaya rasa sedap dan manis tu. Jangan lupa potong juga cili merah, ikut atas selera nak banyak cili, potonglah lebih. 

#2 Rebus daging

Daging dalam 500 gram atau ikut banyak mana yang kita nak makan. Rebus daging tersebut besar macam tu dan semasa rebus letak pewarna makanan iaitu warna merah. Letakkan 2 inic halia yang dah ditumbuk bagi menghilangkan bau daging tau.


#3 Potong dan goreng daging

Setelah itu, daging yang dah masak kita potong seperti di atas. Cantikkan cara potong tu, pasti mak mertua teruja bila menantu pandai potong daging. Eh tiba! Kemudian, kita goreng daing tu. Goreng sekejap untuk bagi nampak warna gelap sikit sahaj. Tak perlu lama sangat goreng nanti keras pula.


Ada Lebihan Daging Korban? Jom Cuba Resepi Daging Masak Merah.


#4 Tumis bahan

Korang boleh je gunakan minyak yang sama, jimatkan? Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Tumis sampai naik bau. Lepas tu, korang letak 1 sudu kecil cili boh. Tumis bersama-sama dan masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit sos ikan. Sos ikan ni kalau tak ada, tidak usar gusar dan bimbang. Kalau korang rasa nak kuah lebih, letaklah lebih sikit sos-sos tadi tu. 

#5 Masukkan daging dan perisa

Masukkan daging yang kita goreng tadi. Gaul sebati. Letakkan air rebusan daging dalam 2 sudu besar. Biarkan daging seketika. Masukkan perasa, gula dan garam. Garam jangan banyak ya sebab sos tiram dan sos ikan dah masin. Bila dah nampak daging nak kering, masukkan cili besar ye.

#6 Siap dan hidang.

Rasa dulu tau sebelum hidang. Kalau nak tahu, rasanya masam, manis dan pedas sikit. Macam menu di kedai Thai tu. Hidangkan di dalam pinggan dan letaklah daun sup sikit. Barulah umpph rasanya. Mana tahu menu daging masak merah ala thai ni, bertambah selera korang. 


Alhamdulillah, siap juga daging masak merah ala thai. Mudah bukan? Bahan-bahan yang diperlukan pun senang je dapat, tak perlu nak ke Thailand cari bahan. Menu ni juga orang bujang pun boleh cuba. In syaa Allah memantapkan lagi masakan korang sebelum kahwin. Boleh juga pikat hati mak mertua, senyum meleret je mak mertua bila cuba resepi ni.

Jangan malu-malu untuk mencubanya tau. Selagi tak menjadi, kita cuba lagi lagi dan lagi tau. Selamat mencuba dan bila dah menjadi tu, jemputlah komen sebagai sokongan untuk daku terus share tips, petua dan resepi lain yang lebih banyak lagi nanti. 

6 Comments

yoh~ tu favorite kalo ke kedai ni. nasi goreng daging merah..

favourite ni. suka juga masak daging masak merah ni tapi tak letak pewarna..hehe ♕Tiara Sapphire♕

uiii sedapnyaaaa.. senang juga buatnya ni.. nanti boleh Cik TK try!

WOW! Bolehlah cuba resipi ni bulan puasa nanti

Sila tinggalkan comment korang disini!