28 Jun 2021

10 Himpunan Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak.

Assalammualaikum.
Bismillah.

10 Himpunan Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak. | Hari ni daku sudah hari ke 18 berpantang, alhamdullilah semuanya baik baik sahaja. Sebenarnya, lepas bersalin ibu perlukan makanan yang berkhasiat dan zat yang mencukupi bagi menambah tenaga. Makanan yang berkhasiat mampu menyembuhkan luka dalaman, menegangkan dan mengembalikan keadaan badan seperti sebelum bersalin. In syaa Allah, ianya akan dapat membantu ibu sihat luar dan dalam dengan baik.

Orang dulu pernah berpesan, ibu perlu mengelakkan pengambilan makanan yang boleh mendatangkan gatal-gatal terutama kepada mereka yang bersalin secara pembedahan (caesarean) agar luka dikawasan tersebut tidak gatal dan bernanah.

Jika ibu buntu nak masak apa menu makanan berpantang, boleh baca resepi di bawah ini. Selamat mencuba!


Ikan yang boleh dimakan semasa berpantang :

  • Ikan salmon
  • Ikan siakap
  • Ikan bilis
  • Ikan kod 
  • Ikan kerisi
  • Ikan senangin
  • Ikan bawal putih
  • Ikan kurau
  • Ikan tenggiri
  • Ikan merah
  • Ikan jenahak
  • Ikan gelama
  • Ikan selar
  • Ikan haruan


10 Menu Makanan Berpantang Yang Mudah Dimasak Oleh Ibu Selepas Bersalin


Daku senaraikan 10 himpunan makanan berpantang yang mudah dimasak :





#1 Peria Tumis Kering

Bahan-bahan:

  • Peria dipotong kepingan secukupnya
  • 2 ulas bawang kecil
  • Sebiji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • Garam
  • Lada sulah
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  • Rendam potongan peria dalan air bergaram selama 15 - 20 minit dan toskan. 
  • Tumbuk bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga hampir lumat. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. 
  • Masukkan potongan peria dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Jika mahu, boleh pecahkan telur dan kacau sehingga telur masak dan sebati dengan peria. Angkat dan hidangkan.

🚩 Pengambilan peria dikatakan dapat membantu ibu mengatasi masalah kesukaran membuang air besar selain meningkatkan penghasilan susu ibu.



#2 Sup Ikan Merah

Bahan Kisar

  • 2 Inci Halia
  • 1 Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih

Bahan-bahan Lain

  • Ikan Merah (Terpulang nak berapa keping)
  • 1 Kayu Manis
  • 1 Bunga Lawang
  • 1 Biji Tomato - Belah 4
  • 1/2 Batang Lobak - Potong bulat (Boleh Tambah Jika Mahu)
  • 1.5 Liter Air
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Secukup Rasa
  • Sedikit Minyak

Bahan Hiasan & Penaik Aroma

  • Daun Sup
  • Bawang Goreng


Cara memasak :

  • Tumis bahan kisar, bunga lawang dan kayu manis sehingga naik bau
  • Masukkan air. Tunggu sehingga mendidih
  • Masukkan lobak dan masak sehingga empuk
  • Masukkan garam dan secukup rasa
  • Masukkan ikan satu persatu & tomato
  • Biarkan sup mendidih sehingga ikan masak
  • Hidangkan dengan menabur daun sup dan bawang goreng


#3 Kari Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

  • 1 potong ikan tenggiri
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sm halia - ditumbuk
  • 1 sm kunyit - ditumbuk
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa


Cara-cara:

  • Campurkan bahan yang ditumbuk dengan serbuk kari. Ketepikan
  • Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah tumis. Kacau sehingg naik bau
  • Masukkan air asam jawa secukupnya. Apabila mendidih, masukkan ikan
  • Biarkan kuah mendidih dan ikan masak. Masukkan garam scukup rasa.



#4 Sup Ayam Halia Lada Hitam

Bahan-bahan :

  • Ayam satu mangkok sup kecil
  • serai sebatang di potong dan di ketuk
  • halia di hiris sendiri agak-agak
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah dan
  • berapa ulas baby bawang putih
  • sedikit daun bawang
  • 1 sudu gula
  • garam secukup nya

Cara memasak :

  • Masak kan air sehingga panas. lebih kan air utk di hirup.
  • Tumbuk bawang merah putih dan lada hitam, masuk kan serai, halia, bahan tumbuk, ayam garam gula tutup dan biarkan ia masak,
  • Selepas ayam sudah masak masukkan bawang putih dan daun bawang 
  • Siap di masak


Siapa Kata Menu Makanan Berpantang Tidak Menyelerakan dan Membosankan?




#5 Ayam Panggang

Bahan-bahannya:

  • 500g ayam
  • 1 batang serai diketuk
  • 1sudu kecil jintan manis
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam
  • 2 inci halia
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • 4 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih


Cara-caranya:

  • Kisarkan halia, kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan bawang merah.
  • Perap ayam dengan bahan kisar selama 1 jam
  • Panggang ayam sehingga masak
  • Tumis lebihan bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga naik bau
  •  Masukkans erai, jintan manis, jintan putih, air asam jawa dan garams ecukup rasa
  • Tambah air dan biarkan mendidih, kemudian curahkan ke atas ayam panggang tadi.







#6 Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus

Bahan-bahan

  • 3 – 4 ketul isi ikan tenggiri
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit jus lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :

  • Bersihkan isi ikan seperti biasa.
  • Mayang kesemua bawang, halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai. 
  • Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan. 
  • Kemudian, masukkan sos tiram, garam dan serbuk lada hitam. 
  • Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak .


#7 Sup Ikan Haruan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan haruan
  • 1/2 inci Halia
  • 2 ulas kecil Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 10 biji Lada Hitam
  • 1 sudu besar minyak olive


Cara Memasak:

  • Tumbuk lada hitam
  • Mayang halus-halus halia, bawang merah dan bawang putih (nak tumbuk sekali dgn lada hitam putih boleh)
  • Tumis bawang dan masukkan 2-3 cawan air. Bila mendidih, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
  • Bila ikan masak, boleh dimakan bersama-sama nasi panas.


🚩 Boleh masukkan ubi kentang/carrot jika mahu.

🚩 Sewaktu awal pantang, tidak digalakkan makan ikan haruan terlalu kerap. Luka akan sembuh terlalu cepat dan boleh menyebabkan daging keliling luka akan tumbuh dan menganggu healing process. Sila rujuk doktor utk maklumat lanjut.





#8 Ikan Kukus Dengan Halia

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 biji limau nipis – ambil jusnya
  • 3 biji cili api
  • Air
  • Daun sup/ketumbar

Penyediaan :

  • Sediakan pengukus dan panaskan airnya.
  • Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.
  • Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga separuh masak.
  • Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis.
  • Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar.





#9 Sup Ikan

Bahan-bahan :

  • Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • Sup bunjut ikan
  • Lada hitam
  • 500 ml air
  • Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis


Penyediaan :

  • Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.
  • Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak.
  • Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan.
  • Masukkan isi ikan dan sayur.
  • Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup.




#10 Sup Lobak Putih


Bahan-bahan :

  • ½ ekor ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2-3 ulas bawang merah
  • ½ inci halia
  • 1 paket perencah sup sayur
  • 1 kiub pati ayam

Penyediaan :

  • Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.
  • Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.
  • Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  • Masukkan lobak putih yang dihiris bulat.
  • Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang.

🚩 Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia juga mampu merawat masalah penghadaman, kencing tidak lawas dan darah tinggi.


Selamat berpantang ye!





2 ulasan:

Sila tinggalkan comment korang disini!