Assalammualaikum.
Bismillah.
Cara Keluarkan Income Google Adsense Terus Ke Akaun Bank. | Sebagai blogger, punca pendapatan daripada Google Adsense adalah satu perkara yang dinantikan dengan penuh debaran. Bila sebut je google adsense semua blogger dah tentu tahu mengenai platform ni. Ianya merupakan platform percuma buat duit onlie yang paling popular dan digunapakai hampir di semua internet.
Daku sendiri pun pada awalnya agak blur dan tidak tahu cara termudah untuk keluarkan income Google Adsense terus ke akaun bank. Kebanyakkanya mereka cuma tahu dua kaedah keluarkan income Google Adsense iaitu menerusi Western Union dan menerusi cheque. Setakat ni daku belum pernah lagi keluarkan income Google Adsense. In syaa Allah, bulan depan merasalah income Google Adsense yang pertama. Doakan ye!
Untuk pengetahuan semua, terdapat 2 cara yang korang boleh peroleh bagi menerima bayaran daripada Google Adsense iaitu :
Kaedah Pertama - Melalui Cek
Korang diarahkan untuk menulis alamat penerima dan jika cek sudah tersedia, pihak Google akan pos cek tersebut ke alamat yang korang tulis tadi. Cek ini mengambil masa lebih 2 minggu untuk sampai ke Malaysia.
Kaedah Kedua - Wire Transfer
Jadi dientri ini, daku kongsikan kaedah kedua iaitu dengan menggunakan Wire Transfer. Wire Transfer ni korang akan menerima pembayaran Google Adsense terus ke akaun bank korang tak perlu membuat apa apa kerja. Tahu tahu duit dah masuk ke dalam akaun, kan lebih cepat dan lebih mudah.
Cara Keluarkan Income Google Adsense Automatik Ke Akaun Bank
1. Log in ke akaun Google Adsense korang sendiri > Klik pada bahagian Payment
2. Sekarang klik pula pada bahagian ADD PAYMENT METHOD.
3. Kemudian, klik pada bahagian "Add New Wire Transfer Details" dan korang tekan pada butang SAVE.
4. Jadi, sekarang bolehlah korang isi segala maklumat peribadi yang dikehendaki. Korang kena pastikan isi segalanya dengan betul dan buat sekali double check mana tahu ada bahagian yang tersalah eja atau sebagainya.
- Beneficiary ID (Optinal) - Korang nak isi boleh tak nak isi pun boleh
- Name on bank account - Masukkan nama korang sendiri selaku pemilik untuk akaun tersebut dan pastikan ejaan nama adalah betul
- Bank Name - Nama bank
- SWIFT-BIC - Masukkan kod bank mengikut panggilan antarabangsa. Boleh semak kod bank tersebut di sini >> SEMAK KOD BANK ANTARABANGSA <<
- Account number - Masukkan nombor akaun bank korang sendiri
- Re-type account number - Masukkan sekali lagi nombor akaun korang sendiri
BACA INI JUGA :
- Alhamdullilah! Google Adsense dah berjaya pasang untuk kali ke 2
- Alhamdullilah... Google Adsense Dah ?!
- BERAPA LAMA SURAT DARIPADA GOOGLE ADSENSE NAK SAMPAI?
4 Comments
Thanks for your informative article 😊 I'll waiting for your visiting my blog 😊
Sis buat automatik jee sekali dulu, terus dah okay.. malas nak usik-usik dah hahaha
Tahniah! Dah boleh cashout.. Keep it up!
Thanks sharing this..mencari juga mana cara senang nak keluarkan
Sila tinggalkan comment korang disini!