Bengkak susu adalah satu perkara yang sangat menyakitkan dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada emosi ibu. Balik dari hospital hari tu, memang dah rasa dah bengkak ni. Rasa nak tumbuk-tumbuk je tau. Rasa sakit ni memang mimpi ngerilah buat aku.
Rasa sangat terbeban bila bengkak dada datang melanda. Aku ni baru je merasai pengalaman bersalin anak pertama, kiranya pengetahuan untuk redakan bengkak susu tu memang kosong macam tin kosong. Tak tahu nak buat apa, bayi pula kerja nak tidur, tu yang lagi bertambah emosi.
Sampai je rumah, terus mengadu dengan mak. "Mak, macam mana nak redakan bengkak dada?". Dari sinilah, mak aku ajar macam-macam. Sebab mak kita kan dah alami dah, mesti mak tahu macam mana nak redakan.
Siap mak bagi lagi tips cara nak banyakkan susu ibu susu badan dengan berkesan. So far, tips di bawah ni semuanya aku ikut dan alhamdullilah bengkak dada tu dah reda dan rasa sangat payudara ringan. Eh, tidur pun boleh nyeyak tau!
Ini 7 Tips Redakan Bengkak Susu
#1 Kerapkan Susu Bayi
Disebabkan aku menghadapi masalah puting melecet, aku tak bagi sangat bayi menyusu sebab tak tahan dengan keperitan yang aku rasai bila anak daku menghisap susu. Rasa melecet tu hanya ibu yang menyusu je yang tahu.
Jika ibu mahu redakan bengkak dada, ibu kena kerapa dan penting untuk memastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. In shaa Allah boleh kurang rasa bengkak dada tu.
#2 Urut Payudara Ibu
Urut payudara yang sedang dihisap oleh bayi perlahan-lahan ke arah kawasan puting untuk membantu kelancaran pengaliran susu. Ibu tunggu jelah nanti bila tanda-tanda bayi sedang tumbuh gigi, lagi sakit bila dia gigit. Mahu tak menjerit.
Kadang aku lebih suka, urut dengan minyak urut dulu barulah bagi bayi hisap, tapi kena pastikan puting susu tu bersih dulu seblum bagi hisap. Kang tak pasal bayi rasa pelik pulak.
#3 Segera Pam Payudara Ibu
Satu cara untuk redakan bengkak susu ialah dengan segera pam payudara ibu bila terasa berat ketika baring. Ni yang aku hari hari dok ulang rutin yang sama sepanjang 10 hari berpantang. Kiranya 2-3 jam sekali mesti nak pam susu, takut berat dan rasa sakit ketika hendak tidur. Kiranya mimpi ngeri jugalah bila tak pam susu, seksa tau bila nak tidur.
#4 Pakai Bra/Coli Yang Sesuai
#5 Tuam Payudara
Satu lagi cara untuk redakan bengkak susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada sebelum memerah susu. Ya, aku memang ikut tips ni, leceh sedikit tapi berkesan. Memang rasa sangat ringan bila tuala panas diletakkan di payudara.
Kalau tak nak baju basah, boleh cuba juga dengan bertuam dengan tungku. Letak batu tungku tu dan tekan perlahan-lahan bagi meredakan bengkak dada.
#6 Mandi Air Panas/Suam
Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabakan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Setakat ni, daku tak lalui lagi susu keluar bila mandi air panas/suam.
Aku tak berapa pasti dengan tips ni sebab aku tak alaminya lagi. Mungkin ada ibu ibu yang lain, sudah lalui tips ni dan berhasil. Tapi apa salahnya cuba mandi air panas/suam bagi meredakan bengkak dada.
#7 Letakkan Kobis Dalam Coli
Mak aku cerita, dulu tak ada pump susu eletrik. Bila bengkak dada, mak aku akan letakkan kobis di dalam coli bagi meredakan bengkak susu. Aku tak percaya tapi mak kata, inilah petua melayu dulu-dulu. Setakat ni, aku tak pernah cuba lagi.
Kesimpulan
Alhamdullilah, bila aku ikut 7 tips redakan bengkak susu, aku dah tak alami dah bengkak dada. Jadi, buat ibu yang tiada pengalaman lagi dengan bengkak dada, boleh cuba tips redakan bengkak dada. In shaa Allah memudahkan urusan harian ibu ibu yang baru sahaja bersalin. Bila bengkak dada ni, memang sangat mengganggu emosi ibu. Selamat mencuba ye ibu!
5 Comments
take noted semua tips ni :)
tq om!
wah terbaik tips. pernah guna yang kobis tu.
Masa awal2 lepas bersalin alami bengkak susu juga. Tapi urut2 time baby nyusu tu Alhamdulilla lega rasa. Jemput join my GA :) http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
Thanks for your sharing:)
good info!
Sila tinggalkan comment korang disini!