9 November 2022

Ibu Bapa Perlu Ketahui Warna Najis Bayi, Normal Atau Tidak.

Ibu Bapa Perlu Ketahui Warna Najis Bayi, Normal Atau Tidak. | Sebagai ibu bapa yang masih baru lagi, kadang ada perkara yang amat ditakuti terutama najis bayi. Macam aku, baby Luth berak masa di ward then terkejut bila tengok najis Luth berwarna hitam kehijauan dan melekit. Masa tu tak tahu apa pun, sebab masih freshie dalam ilmu bayi. 

Terus google samaada normal atau tak, najis baby Luth masa tu. Bila ingat balik, kelakar pun, seolah-olah baby Luth keluar najis yang tak normal. Lepas je aku google, "Ooo najis baby baru lahir, macam tu rupanya", barulah aku tahu. Kalau tak, mati mati ingat najis baby Luth tak normal.

Jom Kenali Warna Najis Bayi Samaada Normal Atau Tidak?

Dah jadi ibu bapa ni, memang wajib tahu warna najis bayi dan sebenarnya najis bayi tersebut mempunyai maksud sama ada bayi mempunyai khasiat yang cukup atau tidak. Maksudnya di sini, tahap kesihatan anak-anak dapat diukur melalui warna najis bayi itu sendiri. 

1. Newborn (baru lahir)

  • Biasanya pada usia 1-3 hari.
  • Hitam kehijauan
  • Sedikit melekit lekit
  • Jika dilihat seperti warna minyak hitam kenderaan.
  • Ini adalah normal dan kita namakan dia mekonium 
  • Mekonium ini mengandungi hempedu, mukus, sel sel dari dinding usus, rembesan & cecair amnion atau ketuban)
  • Tidak busuk.
  • Selepas 2-4 hari, ianya akan bertukar kepada warna hijau tentera dan kurang melekit. Maknanya bayi anda telah muda hadam susu badan/susu formula.

2. Bayi yang menyusu badan

  • kuning mustard/hijau/cokelat
  • Ada kalanya berbiji biji seperti biji sawi
  • Kadang kala lembut atau sedikit cair
  • Bertekstur seperti doh pastri
  • Berbau wangi
  • Adalah normal jika bayi yang mendapat susu badan sepenuhnya tidak membuang najis selama 10 hari ( kurang dari 14 hari) jika bayi tidak demam, tidak meragam, tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.

3. Bayi yang menyusu formula

  • Kuning atau cokolat
  • Konsistensi seperti doh pastri atau peanut butter
  • Lebih kenyal
  • Lebih besar
  • Berbau kurang enak
  • Bayi wajib membuang air besar sehari sekali kerana jika tidak, dikuatiri sembelit.

4. Bayi kurang hadam

  • Akan terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan di dalam najis.

5. Najis warna hijau

  • Boleh terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk tambah darah.
  • Boleh juga berlaku pada bayi yang baru nak diperkenalkan makanan solid
  • Biasanya lebih pekat dan berbau.

6. Najis warna oren, kuning dan coklat

  • Normal jika diberikan susu badan atau susu formula.
warna najis bayi

7. Darah hitam

  • Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan dan kebetulan ada luka atau darah pada puting ibu dia. Mungkin bayi telah tertelan darah tersebut.
  • Namun bawa juga bayi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Ibu bapa juga perlu perhatikan najis bayi dengan kerap, ini kerana ada juga najis najis yang merbahaya dan perlu terus di bawa berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Cuba ibu atau bapa cek sama ada najis bayi anda ada ciri ciri di bawah :

8. Cair

  • Hijau, kuning atau cokolat
  • Normal pada bayi yang menghadapi cirit birit.
  • Jika bayi kurang aktif, dehydrated (kurang air), merengek dan cirit birit berlanjutan dan menjadi semakin teruk, bawalah bayi untuk pemeriksaan.

9. Keras

  • Bayi sukar mengeluarkan najis
  • Berketul ketul seperti batu kecil yang kering
  • Bayi mengalami kembung perut dan merengek
  • Bayi kelihatan seakan meneran sewaktu hendak buang air besar
  • Samada disebabkan oleh sembelit atau baru belajar makan makanan solid, bertukar susu, kurang air, kurang serat atau alahan kepada susu.

10. Merah darah

  • Boleh jadi disebabkan alahan kepada susu protein.
  • Jika sekali dengan cirit birit, mungkin jangkitan bakteria
  • Boleh jadi juga ada luka pada usus atau rektum atau anus.

11. Mukus

  • Berlendir
  • Bewarna kehijauan
  • Bermaksud ada jangkitan kuman

12. Putih

  • Putih kapur atau kelabu asap
  • Bayi mungkin tidak hadam makanan sepenuhnya
  • Juga boleh disebabkan masalah hati dan hempedu.

Kesimpulan

Aku harap ibu bapa yang masih kurang lagi pengalaman, bolehlah baca page Doctor. Disitu banyak info yang menarik dan keibubapaan yang perlu kita tahu. Semoga entri ini bermanfaat kepada ibu bapa yang masih lagi kurang pengalaman. 


Sumber: FB Dr Erna Nadia 

2 Comments

banyak benda kena belajar,walaupun belum kahwin..terima kasih atas perkongsian

Dah berlalu dah zaman telek dan kaji taik anak ni. Simpan ilmu untuk cucu pulak

Sila tinggalkan comment korang disini!