Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Macam Mana Tercetusnya Idea Untuk Menulis Blog | Siapa kat sini yang selalu kekeringan idea untuk menulis blog? Daku salah satu antara kalian yang kadang tu selalu je kekeringan idea. Sampai buntu dan tak update berhari-hari, itulah jenis daku. Bila dah tak update blog, mulalah bising google adsense, pageviews semuanya drop. Padahal salah sendiri, sebab tak reti nak cari idea untuk menulis blog.
Sebagai seorang blogger yang mahukan orang lain membaca blog korang, sudah semestinya korang kena selalu update blog. Sekurang-kurangnya 1 hari satu entri. Barulah pembaca lain senang hati nak singgah. Macam daku sendiri pun suka singgah di blog blogger lain yang selalu update entri. Hehehehehe.
Tak ada lah pembaca bosan nak baca topik yang sama di blog korang. Jom baca macam mana tercetusnya idea untuk menulis blog. Selamat membaca!
Ini Tips Macam Mana Tercetusnya Idea Untuk Menulis Blog
#1 Benda Atau Perkara Yang Korang Suka
Daku suka review produk skincare yang daku beli dengan duit sendiri. Korang boleh je kongsikan benda atau perkara yang korang suka. Tentang hobi korang ke? Contohnya korang suka kumpul handphone lama, eh tak salah pun korang jadikan cerita dan idea entri blog korang. Mana tahu pembaca suka dan tertarik untuk komen di blog korang.
#2 Kejadian Yang Baru Di Alami
Ini pun merupakan salah satu tips macam mana tercetusnya idea untuk menulis blog. Andai kata hari ni korang terbabit dengan kemalangan ke, terjadinya memori yang indah, kucing mati ke, korang boleh je share dan kongsikan di entri blog korang. Kadang pembaca ni pun boring juga asyik topik yang sama je hari hari. Apa kata tukar pulak entri yang menarik, contohnya macam kejadian apa yang terjadi pada korang hari ni. Confirm pembaca suka tau.
#3 Cerita Tentang Aktiviti Harian Korang
Untuk pembaca kenal siapa korang, tak salah pun korang cerita aktiviti tentang harian korang. Korang boleh je cerita apa jua yang korang nak cerita. Contohnya, apa yang korang buat hari ni. Memasak? Makan? Update je entri tentang aktiviti korang. Lagi best pembaca nak baca dan boleh tahu lagi dalam siapa korang di luar dunia blogger. Apa salahnya kan?
#4 Perkara Yang Baru Korang Tahu
Sekarang ni, mudah je nak dapat berita yang sensasi. Facebook dah tentu rajin update tapi janganlah pula kongsikan cerita yang tak pasti. Kan dah cakap, tak pasti jangan kongsi, bahaya nanti. Korang kongsikanlah berita contohnya, bila BSH masuk, hari ni kes Covid19 dah berapa ramai kena. Boleh je update cerita ni supaya pembaca tak bosan nak singgah di blog korang.
CUBA TIPS MENARIK LAIN
Daku harap dengan adanya tips ni, korang rajinlah nak update blog ye. Jangan malas malas nanti korang sendiri yang rugi. Hehehehe.
Selamat membaca semua!
13 Comments
waa.. nice sharing.. dah lama tak cerita pasal tips blogging nie..
Thank you for the tips OM
Dulu memula saya tulis blog untuk pasarkan bisnes je tapi lama2 jadi syok pula share benda2 lagi macam pengalaman dan sebagainya 😅
Nagus juga perkongsian ni OM. Nak cuba ni. ^^ Moga berjaya.
thanks for the tips OM
thankssss
setuju
Terima kasih untuk tips tu OM. Cik TK pun tengah tak ada idea nak menulis ni...
Nice sharing, greetings from Turkey...
Kann.. update apa yang terlintas di fikiran.. lagi kalau ada adsense, makin banyak update, makin berbuah usd tu hehehehe
setuju tu, saya selalu nak update skurang 1 entry sehari tapi tu lah pyakit antarabangsa, takda idea or ada idea tapi taktau nak mula camna, akhirnya idea tinggal idea
aida ni hanya update aktiviti seharian.
kisah anak ke, kisah holiday ke, kisah keje ke.
kekadang byk citer, masa plak takde hu hu hu hu...
tu yg bila ada masa, boom sehari 2-3 entri.
semua entri throwback ha ha ha ha...
wahhh terima kasih ehk up topik ni .. sangat bagus untuk ain .
Sila tinggalkan comment korang disini!