Assallammualaikum dan salam sejahtera.
Pengalaman Bersalin Anak Pertama. | Buat kawan-kawan blogger yang tanya, "Om dah bersalin ke?", Alhamdullilah daku dah selamat bersalin anak lelaki pada 8.40 pagi 5.9.2020. Sejujurnya macam tak percaya dah keluar dah anak yang dikandungkan selama 41 minggu. Jadi, hari ni daku nak cerita pengalaman pertama bersalin anak lelaki daku ni.
Sebenarnya, risau juga bila dah overdue, tapi Dr kata normal je bila anak pertama overdue sebab rahim pun masih tebal lagi. Bila dah anak no 2 nanti, itu yang kena berjaga-jaga. Siapa je tak cuak bila due date dah dekat tapi tiada langsung tanda-tanda nak bersalin tu.
ARTIKEL YANG BERKAITAN : 7 Tanda Bersalin Semakin Dekat Yang Perlu Ibu Mengandung Ambil Tahu.
Macam macam daku buat semata mata nak bagi bersalin ngam-ngam tarikh bersalin. Buat sumo squad, jalan itik, ketuk ketampi tapi itulah kalau Allah kata belum sampai masa, memang takkan keluarnya. Klinik kesihatan dah bagi tarikh dah, andainya tak bersalin juga, 5.9 kena serah diri di Hospital Sultan Ismail, Johor.
Dalam kepala dah mindset, tak nak bersalin kat hospital tu sebab suami tak boleh masuk di labour room dan melawat. Kadang benda yang kita nak elak ni, benda tu jugalah yang kita kena hadap. 29.8 ni tarikh bersalin, petang tu keluar macam keputihan, berketul ketul warna hijau gitu. Tak lengah terus pergi Hospital Kota Tinggi. Bila nurse check, rupanya tu tanda bersalin juga dan dah buka 2cm, tapi nurse tak warded pun sebab tak berapa sangat teruk pun tanda tu.
Waktu tu, macam ni rupanya rasa kena seluk cek bukaan. Nurse pulak dok cakap, keputihan dah macam cheesy wedges. Mulut nurse pun lahai. So far, sepanjang kehamilan tak ada pun keputihan ni. Kenapa dah hujung bersalin, tiba tiba ada pulak. Patutlah mereyam kat tempat tu sampai tak boleh nak guna spender bila tidur sebab terlalu gatal.
Suami dah balik nak sambut kelahiran anak, tapi itulah baby tak mahu keluar jugak. 1.9 tu pergi balik ke Hospital Kota Tinggi sebab tiba tiba baby tak cukup gerak, biasanya 12.30pm dah cukup gerak 10 kali. Ni tak dalam 5 kali je, ha mahu tak cuak. Gigih pergi lagi ke hospital tu tapi masih tak kena warded pun sebab tiada tanda bersalin walaupun bukaan dah 2cm.
Balik dari hospital tu, serious dah kecewa sangat dan berserah je pada Allah. Tak kesahlah kena serah diri pun, janji baby selamat. 2.9 pergi check up, masa ni jam 9 pagi kena seluk dan jam 12 tengahari pun kena seluk lagi. Gila ke? Ingat barang mainan ke nak seluk seluk manjang, nurse kat situ dah kesian dah sebab 2 kali kena seluk. Nurse pun tak boleh nak buat apa, sebab arahan daripada Dr. Bukaan tetap sama 2cm juga.
Setengah hospital bukaan 2cm pun dah kena tahan ward. Tapi Johor lainlah pulak. Hahaha tapi tak tahulah kat tempat lain. 4.9, nak dijadikan cerita, pagi tu memang bangun lambat sikit, tiba tiba macam something keluar. Tak lengah terus masuk bilik air pastu sempat tengok jam, 7.40 pagi hari jumaat. Daku jerit panggil mak, "Mak ni apa?" Sambil tunjuk tangan yang ada air jernih putih tapi bukan air kencing. Mak pun kata, eh ni air ketuban ni. Apa lagi tak lengah terus siap siap pergi ke hospital.
Rupanya dah leakinglah tapi air ketuban tak pecah lagi. Seluk pun masih 2cm, ha apa lagi terus kena tahan wad. Risau takut leaking tu makin banyak, nurse pun kata pakai pad ye kalau keluar air warna hijau bagi tahu cepat. Masa tu tak tahu lagi, kalau leaking keluar hijau tandanya baby dah berak dalam perut.
Dari jam 10 pagi kena tahan wad, sampailah ke malam. Masih lagi tiada tanda nak bersalin, makan ni tak usah cakaplah, asyik nak makan je sebab nak simpan tenaga dalam labour room. Sekali jam 11.30 tu dah rasa, apa hal sakit pinggang sangat sangat ni. Daku ni time period je rasa sakit pinggang, daku tak alami rasa senggugut di bahagian ari ari mahupun perut. Dari 11.30-12.30pm, tu kenapa setiap 15 min sakit pinggang ni datang menyerang. Ha sudah, 12.30pm tu tak lengah terus cakap kat nurse, dah sakit sangat, sekali nurse seluk, bukaan dah 4cm.
Apa lagi, terus masuk labour room, ngam-ngam 1.30 pagi. Dari masa nilah, baru tahu sakit bersalin tu macam mana. 5 jam tahan sakit contraction ni sampaikan nurse tak percaya bila daku cakap, "saya tak tahan nurse, rasa nak berak sangat-sangat", nurse tu apa lagi, "awak nak berak sangatkan, ha berak" sambil nurse tu tekan tekan kat lubang najis keluarkan najis. Ya Allah, dugaan apa ni. Kita dahlah sakit contraction pastu dibuatnya macam tu. Serious daku aim gila muka nurse melayu tu!
Bila bukaan 10cm, nurse india tu kata, cuba awak teran, jujur cakap, memang dah tak ada tenaga lansung nak teran. Daku teran teran dan teran, masih tak mahu keluar. Suami pun masuk dalam labour room bagi semangat dekat daku, masa tu jam 6.30am. Suami kata teran macam berak, masa ni memang tak reti nak curi nafas. Sampaikan daku dah keletihan yang amat dan nurse yang tadi tu semua dah tukar shift dengan nurse lain.
Masa ni, daku dah putus harapan sampai cakap dekat suami, "Abang, ciksu tak nak baby ni", sampai macam tu sekali daku cakap sebab tak tahan dengan contraction tu. Nurse yang lain kata, istifar banyak banyak, awak baca doa nabi yunus, selawat jangan cakap macam tu, baby stress bila ibu stress tahu tak." Dari 6.30 pagi sampailah 7.45 pagi, memang teran teran tapi baby tak nak keluar. Sampai daku cakap dekat Dr, "Dr, tolonglah saya bagi bius, saya tak tahan sakit sangat pinggang ni".
Dr tu tak lengah terus call Hospital Sultan Ismail mengatakan dah 1 jam lebih baby tak keluar even dah teran, risau baby lemas. Apa lagi terus kemas kemas gerak naik ambulance pergi HSI, dalam 20 minit juga nak sampai ke HSI dari Kota Tinggi. Masa ni, memang mengiring je dan asyik nak teran, nurse dalam ambulance cakap, "Jangan teran dalam ni, nanti lagi susah kami ni tau", teran teran tapi tak keluar sampai tenaga tu dah zero!
Bila sampai HSI, memang dah nampak Dr India lelaki yang akan jadi Dr sambut anak daku. Ya Allah, terbuka aib aku hari ni. Dah tak pikir dah, janji keluarlah baby cepat-cepat. Masa ni, daku tengok sekeliling labour room, Ya Allah dah satu malaysia dalam labour room ni, riuh dan hiruk pikuk sebab takut baby lemas. Dr India tu terus tak lengah call Dr Pakar, cakap kena vaccuum. Apa lagi Dr Pakar ni turun tengok kat labour room, Dr lelaki melayu ye, lagilah malu. Tapi apakan daya rasa malu dah tak ada dah, lantaklah janji baby keluar secepat mungkin.
Masa ni lah, Dr pakar tu macam nak lempang je daku sebab daku kata "tak nak keluar baby ni", Dr tu terus cakap, "Awak dah gila ke? eh ini anak awak tau, saya tak kira awak teran sekarang", ayat nilah yang masih segar dalam ingatan sampailah ke hari ni. Apa lagi Dr pakar tu tarik tangan daku supaya pegang katil dan dari situlah kekuatan hadir untuk teran, dua kali teran keluarlah anak daku yang bernama Luth Isyraf Bin Zainal.
Sekali lagi dugaan diuji, bila uri/plasenta lekat dikawasan pusat. Kalau seluk pun masih tak sampai, buat apa seluk betul tak? Dr cadangkan untuk bagi epidural dan jahit yang terkoyak tu. Tak tunggu apa lagi, sign segala jenis borang. Rasanya suami pun setuju, masa ni daku tak jumpa pun suami. Tak tahu kat mana dia sekarang. 2 jam tunggu lepas bersalin anak daku, barulah ke bilik bedah. Masa ni suami datang jenguk kejap je, sambil ditolaknya hidung daku. Haissh bertuah sungguh.
Suami pun iring daku ke bilik bedah, masa ni nak gugur airmata bila tengok tabahnya suami bila daku dah tak ada kekuatan nak bercakap. Rasanya suami tak tidur dari pagi 4.9 sampailah petang 5.9, arghh lagi bertambah bercelaru perasaan, baby pun dapat jumpa kejap je itupun tak berapa jelas nampak muka baby.
Barulah tahu sakit epidural tu macam mana, kebas ya rabbi. 6 jam tak boleh nak gerak separuh badan, ya Allah macam ni bila nikmat di tarik. Bila dah settle, uri dan tempat yang koyak dah dijahit. Masa ni dah kena usung masuk wad 4B, waktu tu tak tahu anak kat mana. Tepat jam 2pm, barulah dapat jumpa anak. Tapi tak boleh langsung nak bangun sebab kesan epidural. Suami je yang bantu snap gambar dan bagi tengok.
"Ya Allah, anak aku! Maafkan Ibu nak."
Ni je yang terdetik dalam hati. Bila effect epidural tu hilang, barulah mampu nak pegang anak dan sempat bagi anak susu badan. Tepat jam 8.30 malam, Dr datang nak ambil baby dan tahan wad pakar kanak-kanak. Nak luruh jantung bila Dr cakap platelet dalam darah anak kurang. Dr kata, kalau boleh rawat cepat, in syaa Allah anak cepat sihat.
Tak lengah terus call suami, cakap anak kena tahan wad. Menangis teresak-esak salahkan diri sebab tak teran dengan cepat. Dua malam juga tak jumpa anak, daku sendiri pun kena tahan wad sebab darah rendah dan ada kuman. Patutlah berbotol air dan antibiotik, sampai naik bengkak tangan. 7.9 daku jumpa anak di wad kanak kanak, kesian bila tangan anak kena masuk jarum bagi memudahkan urusan antibiotik.
Luruh jantung, nurse bagitahu, kalau nak jaga baby kat wad ni, boleh prepare barang dan masuk petang 7.9 tu jugak. 8.9 tengahari, barulah dapat discaj. Alhamdullilah anak dah sihat dan kena pantau kuning di klinik kesihatan. Inilah pengalaman bersalin anak pertama yang tak boleh daku lupakan. Trauma bila kena seluk dan tak ada tenaga nak teran.
Ibu doakan Luth Isyraf membesar jadi anak yang soleh, mendengar kata ibu bapa dan berbakti pada keluarga, bangsa dan negara.
Ibu sayang awak, Luth Isyraf.
6 Comments
Tahniah kak
Tahniah sis :)
♕Tiara Sapphire♕
alhamdulillah, tahniah OM
Alhamdulillah. OM dah bersalin rupanya. Tengah pantang ya.
Kiranya OM sempat teran 2x baby dah keluar, tak jadi vacuum lah kan?
Memang malu OM bila dapat doc lelaki. Hehe. Tapi apakan daya. Nak tak nal kena bersalin juga.
Pengalaman awak lekat uri. Kena epidural. Masuk bilik bedah. Sama mcm akak.
Akak semua 4 anak lekat uri. Tumpah darah seluk2. Cuma yang sulong tu akak tak sampai masuk dewan bedah.
Tak pelah OM, jadikan pengalaman bersalin ni memori indah sebagai ibu dan wanita ya 💗
Panjang lagi perjalanan untuk besarkan anak yang kita akan lalui ☺️🥰
Semoga Luth menjadi anak yang soleh, baik dan taat untuk parent. Aamiin.
Untuk OM, selamat berpantang. Jaga diri. Makan ubat untuk recover balik dalaman kita untuk sihatkan badan dan juga darah rendah OM tu ya.
Take care dik 🤗
Saya ni lelaki... saya tak tahu sakit bersalin tu macam mana.. yang pasti ia salah satu kesakitan yang paling dahsyat yang pernah wujud di dunia ini
Tahniah akak. semoga anak yg lahir time covid ni sihat dan kuat!
Sila tinggalkan comment korang disini!