9 Oktober 2020

Dah Cuba Popia Bergedil? Ini Resepinya.




Assalammualaikum.
Bismillah.

Dah Cuba Popia Bergedil? Ini Resepinya. | Bosan jugak bila minum petang cuma air teh o. Hari ni daku nak kongsikan resepi popia bergedil. Biasanya orang buat bergedil daging je kan, bergedil daging atau ayam selalunya boleh dimakan cicah sambal kicap atau pun makan bersama mee hoon sup. Perghh tiba tiba terliur pulak sebab dah lama tak pekena!

Tapi, korang pernah cuba tak, popia bergedil? Popia bergedil ni cuma salut dengan kulit popia dan goreng di minyak panas. Mudahkan? Ha apa kata baca resepi ni dulu dan cuba. In syaa Allah menjadi. Selamat mencuba semua!


 Jom Cuba Buat Popia Bergedil, Pasti Sedap!



Bahan - bahan  untuk membuat popia bergedil :

  • Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut
  • Daun sup/bawang dihiris halus
  • Isi ayam digoreng, garam sikit dan digunting halus
  • Bawang goreng
  • Bawang putih digoreng dan ditumbuk
  • Lada cili/merah ikutlah rentak rasa

Cara - cara untuk membuat popia bergedil :


Ikuti langkah di bawah dengan teratur.

1) Masukkan bahan bahan semua tadi bersama lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati sehingga sekata.

2) Ambil kulit popiah kecil, lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulungla bergedil bersama kulit popia tadi.

3) Kalau kulit popia tak lekat, letak air di bahagian yang tak letak tu.

4) Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng

5) Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain dan ambil bergedil popia tadi dan celupkan bergedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.

6) Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah dihidang dan taburlah sedikit daun sup.








Nak Resepi Lagi?


Boleh tengok senarai resepi dibawah ini. Daku akan tambah koleksi resepi yang menarik dari semasa ke semasa. 



Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat popia bergedil ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. Gerenti, suami dan anak anak pun sayang.  Selamat mencuba semua!


Kredit : Dapur Anie



7 Comments

sedapnyaa.. nampak terliur.. dah la waktu lunch ni

ammi belum pernah buat yg open camni..slalu ammi gulung habis jadi cam bantal. nanti boleh try. tq for the idea

wahhh nampak bestnya!!! boleh try buat nanti ni!

Inshaa Allah boleh cuba nnt, tq sharing om!

Allah masuk sini pun makanan sedap juga, semakin lapar dah sejak blogwalking tadi hahaha

tauhu begedil memang fav, popia begedil tak pernah try lagi.

Senang nya buat 😍 nak try ni , utk minum petang . Wahh

Sila tinggalkan comment korang disini!