Assalammualaikum.
Bismillah.
Macam Ni Ke Perasaan Bila Jauh Dengan Anak? | Hari genap berpantang 44 hari dan hari ni juga hari pertama kerja di tempat baru. Tak ada lah tempat baru sangat pun, sebenarnya daku bekerja semula di company pertama yang daku kerja. Berhenti pun lepas setahun 7 bulan tinggal company tu. Tak silap masa sebulan sebelum berkahwin, daku ambil keputusan untuk berhenti.
Alhamdullilah, rezeki dengan company lama tu macam tak disangka sangka. Call bos untuk risik kerja dan terus dapat. Alhamdulillah syukur. Jadi bermula jugalah journey hitamkan balik kulit muka yang dah setahun lebih cerah ni. Eh tibe! Lagi pun bos lama ni kalau boleh suruh start kerja 5/10 hari tu, masa tu ngam ngam sebulan berpantang, so mak tak bagi bekerja lagi. Mak kata biarlah lepas berpantang, tu yang ambil tarikh hari ni. Itupun mak dah pesan macam macam dah, mak mana tak risaukan anaknya.
Begitu juga daku.
Ibu mana yang sanggup berpisah dengan anak. Yelah 9 bulan 10 hari dalam perut, tiba tiba kena berpisah dengan sebab bekerja. Husband lagilah sadis, tempat kerja kat melaka, 2 minggu sekali baru balik, itupun sabtu malam balik johor, ahad malam balik semula ke melaka. Betul juga, pengorbanan ni memerlukan kekuatan untuk bertahan. Kalau tak kuat untuk bertahan, memang tak ada istilah pengorbanan.
Luth Isyraf, daku tinggalkan dengan mak di kampung. Hati kuat mengatakan untuk tidak hantar rumah pengasuh selagi Luth tak besar. Daku takut nak hantar pengasuh disebabkan pelbagai kes pengasuh. Takut jadi apa apa, daku ni yang menyesal tak sudah. Sebab itu, kami ni ambil keputusan untuk tinggalkan di rumah mak, dan mak pun setuju. Husband juga setuju untuk bagi upah penat mak jaga cucu, upah jaga cucu dengan duit nafkah untuk mak, lain lain.
Kadang orang suka salah faham kat sini. Ambil kesempatan untuk bagi mak kepenatan jaga cucu. Mak pun kata daripada bagi orang mengasuh baik mak yang mengasuh lagi terjamin, mak juga cakap mak tak mintak untuk diupah.
Hari ni sehari berjauhan dengan anak, macam ni ke perasaan? Sedih bila tengok gambar anak. Walaupun rumah mak dengan tempat kerja hanya 1 jam 30 minit, hati ni Allah je yang tahu betapa berbelah baginya perasaan. Itu pun bawa bantal kepala Luth sebab takut rindu pulak. Tak dapat nak jaga, dapat bau pun jadilah.
Tak sabar nak balik ahad ni. Luth tunggu ibu ye.
Allahu! Boleh rasa perasaan ibu Luth 😢
BalasPadamMoga ibu Luth kuat yea 😊
Alahai... sedihnya... baru abis pantang terus berpisah... xpe take it positively... mungkin ada hikmah di sebalik pengorbanan ibu bapa luth..
BalasPadamhuaaa...sedihnya baca ni.. rindu ni menyakitkan kan... hopefully boleh dekat soon....
BalasPadambesar pengorbanan tu...
BalasPadammemang rindu bila berjauhan dengan anak
BalasPadam